Jiwang Corner :)

Rabu, 5 Disember 2012

Kota Bharu aku datang ( Part 2 )

Seperti yang dijanjikan entry en3 aku kali ini adalah sesi makan2 di Medan Selera Terminal Larkin nih. Kalau korang singgah ke Terminal Larkin ni, korang perlu naik ke tingkat atas sekali untuk ke Medan Selera tuh.

Di sini aku nak info sikit tentang makanan di kawasan Terminal Larkin ni specially kepada yang tak pernah sampai lagi ke sini. Sekitar terminal ni memang banyak tempat makan. So korang jangan risau. Di aras bawah terminal ada banyak tempat makan termasuklah restoran mamak, McD dan Dunkin Donut. Bila korang jalan ke depan dah tersergam pula bangunan KFC dan Pizza Hut. Di bahagian belakang pula korang boleh lintas jalan ke Larkin Sentral. Kat situ pun ada banyak kedai makan termasuklah menu kacang pool yang popular di kawasan Larkin nih.

Ok...aku agak melalut. Terpesong sudah...Minta maaflah geng cikgu BM di luar sana ek. Lain yang nak diceritakan lain pula yang ditaipnya. (ini blog aku maka suka hati aku lah ek). Hikhikhik...

So aku cuba kongsikan menu special yang ada kat Medan Selera tu iaitu Sate Jawa. Kat kedai ni memang ada menu masakan dari Jawa. Nama2 makanannya pun pelik2. Tapi korang jangan risau sebab gerenti sedap.

Menu yang aku order adalah sate ayam dan kambing. Apa yang menariknya sate ini tidak berempah seperti sate biasa tu. Ayam dan kambing itu dibakar kosong. Kemudian dicurah kicap, sedikit kacang kot dan sepotong limau nipis.

Pertama kali aku lihatnya dulu mmg rasa pelik. Mula hati  berkata, " sedap ke? ". Namun bila aku tengok ramai je yang makan, maka sedap lah kot. Ternyata ianya memang sedap. So ini adalah kali ke-4 aku makan kat sini. Saper nak cuba, jangan ragu2. Order, makan dan bayor. Hik, hik, hik....

Sekian....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan