Hati ini masih tidak keruan. Aku sentiasa panjatkan doa agar tiada musibah yang berlaku pada diri ku. Aku masih ingat apa yang berlaku pada minggu lepas. Hingga kini ia masih segar dalam ingatan.
Dah beberapa hari kebelakangan ini kelopak mata kiri aku berkedip2 lagi. Jika minggu lepas aku bersedih kerana peristiwa itu bagaimana pula dengan petanda kali ini? Ya Allah...lindungilah aku dari sebarang merbahaya dan bala bencana.
Bukan aku nak percaya sangat tentang petanda seperti ini. Mungkin juga apa yang berlaku adalah kebetulan semata2. Namun bila petanda seperti ini sudah berulangkali berlaku pada aku dan ramalannya benar, ia menjadi satu kepastian.
Biasanya jika kelopak mata kiri aku berkedip2 aku akan mengalami kesedihan. Kesedihannya merujuk kepada kekecewaan, kematian mahupun kegagalan. Semuanya berbentuk negatif. Jika kelopak sebelah kanan berkedip pula ia menunjukkan aku nak tengok orang jauh yang lama tidak bersua muka. Adakalanya juga aku menangis gembira.
Hah...apa yang aku kongsikan ni janganlah dipercayai 100%. Ini hanya pendapat aku sahaja. Mungkin ia tidak berlaku pada korang. Jika ada yang nak kongsi pengalaman aku alu2kan. Sila2 :)
# Semua yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diriku sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan