24/11 Seawal jam 1.00 pagi hujan lebat telah turun. Aku tersedar sambil mengucap syukur dan berdoa agar semuanya selamat. Hujan tadi berhenti seketika dan mula turun semula pada jam 4.30 pagi.
Selesai Subuh aku jengok ke halaman rumah. Kelihatan air mula bertakung pada paras buku lali. Air di parit depan rumah aku dah mula melimpah keluar. Harap2 hujan ini tidak berterusan. Setakat ini kawasan rumah aku tidak pernah dibanjiri air hingga ke dalam rumah. Alhamdulillah....
Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah pengalaman pertama aku nemandu sendiri ke Kuantan. Bukan aku tidak pernah ke sana. Tapi, aku ke sana bukan sebagai pemandu! Siapa tak seronok bila jadi mem besar. Duduk memperhati jerk. Hehehe....
Aku bergerak ke Kuantan kira2 jam 9.45pagi. Perjalanan dari Batu Pahat ke Segamat agak lancar. Aku mengambil masa kira2 2 jam untuk sampai ke sempadan Pahang iaitu Bandar Muadzam Shah. Aku teruskan pemanduan menerusi hutan yang ada di kiri dan kanan jalan. Terdapat juga beberapa gerai peniaga yang menjual durian dan rambutan di bahu jalan. Maklumlah sekarang ini adalah musim durian.
Semasa memandu, kepala otak aku berfikir tentang keburukan melalui jalan seperti itu. Bagaimanakah keadaaanya pada malam nanti? Adakah ada jalan alternatif lain untuk aku lalu malam nanti? Akhirnya apa yang aku fikir dan bayangkan tadi terhenti seketika. Aku berhenti berehat seketika di R&R. ..... Aku ke tandas dan makan tengahari.
Perjalanan diteruskan. Sampai di bandar Kuantan aku cuba bertanya kpd beberapa orang di situ supaya dapat menuju ke rumah pakcik sepupu aku itu dengan lebih mudah. Alhamdulillah akhirnya aku sampai di rumahnya pada jam 3.15 petang. Tetamu mula lengang. Kami makan apa yang dihidangkan. Eh, warna baju kurung yang aku pakai sama pula dengan warna tema pengantin iaitu merah jambu!♥'s it. Hehehe....
Kira2 jam 4 petang aku minta izin daripada pakcik untuk keluar seketika. Aku berhajat untuk menemui sahabat lama aku di bandar Kuantan. Aku mengambil masa kira2 1 1/2 jam untuk berbual2 dgn sahabat lama aku itu. Banyak yang tidak berubah padanya. Sama seperti yang aku kenal sebelum ini.
Kira2 jam 6.15pm aku mula brgerak pulang ke Batu Pahat semula. Kali ini aku memandu mengikut arah yang berbeza daripada arah aku datang. So pemandangannya juga turut brbeza. Namun, kawasan hutan memang tidak dapat dielakkan. Merentas kawasan perkampungan orang asli turut aku rasakan. Tidak banyak kenderaan yang lalu di kawasan trsebut. Memandangkan aku tidak pernah melalui kawasan itu, aku hanya memecut 100km/jam sahaja. Takut2 ada yang menganggu perjalanan pula. Maklumlah gelap malam semakin pekat ditambah pula hujan renyai2.
Akhirnya aku sampai ke rumah pada jam 11.30pm. Agak terlewat sedikit kerana aku tersilap simpang masuk. Sepatutnya aku perlu masuk ke simpang Yong Peng Batu Pahat bukannya Yong Peng Ayer Hitam. Namun aku tetap rasa syukur kerana aku telah sampai di rumah dengan selamat. Alhamdulillah....
# Pengalaman mengajar aku erti tabah dan berani melalui cabaran hidup. Apa yang pasti setiap apa yang ada pada aku hanyalah pinjaman daripada Allah. Sampai masanya, setiap apa yang dipinjamkan akan diambil semula. Aku tidak pernah lupa yang Allah tidak beri apa yang kita nak tapi Dia akan beri apa yang kita perlu. Wallahulam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan