Jiwang Corner :)

Jumaat, 23 November 2012

Keputusan UPSR SKTM 2012

19/11- Pagi ini kira2 jam 10 pagi aku telah bersiap segia ke sekolah untuk menyaksikan Guru Besar mengumumkan keputusan UPSR. Kelihatan ramai ibu bapa dan telah menunggu di Dataran DeMolek. Pihak sekolah telah menjanjikan keputusan akan diumumkan pada jam 11.00 pagi.

Aku lihat ramai juga murid yang tidak sampai. Aku difahamkan mereka sedang menghadapi peperiksaan di sekolah agama. Pasti mereka tidak tenang menjawab soalan pepriksaan tersebut.

Hah...hari ini merupakan hari bersejarah! Keputusan UPSR lewat diumumkan. Biasanya minggu terakhir persekolahan pasti telah selesai. Banyak ura-ura yang menjadi sebab mengapa perkara ini berlaku. Antaranya adalah ' Soalan Bocor '.

Apa yang membanggakan aku pada hari ini adalah peningkatan prestasi murid sekolah aku. Bilangan 5A meningkat kepada 18 orang banding 12 orang pada tahun lalu. Bilangan 4A1B pula adalah 16 orang. Peratus lulus juga meningkat daripada 63 kepada 72. Bilangan calon yang gagal pula mencatat angka 69 orang daripada 270 orang.Alhamdulillah....

Murid yang aku ajarkan pula hanya 13 orang yang gagal daripada 67 orang. Syukur sangat kerana bukan mudah untuk mengajar murid kelas pertengahan dan lemah. Moga semangat daripada semua guru akan terus bangkit pada tahun hadapan. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan