Jiwang Corner :)

Isnin, 5 November 2012

Hari Kanak- kanak peringkat sekolah

Hari ini merupakan hari kanak-kanak peringkat sekolah aku. Aturcara yang dicadangkan tergendala seketika memandangkan hujan lebat.
Majlis yang sambut sederhana kali ini dimeriahkan dengan beberapa anugerah. Antaranya hadiah kelas bersih dan ceria bulanan, hadiah kehadiran penuh murid, hadiah guru kreatif dan inovatif, hadiah-hadiah pertandingan sempena hari kanak-kanak dsb.
Alhamdulillah...hari ini ada lagi rezeki aku. Kelas aku iaitu kelas 4 Arif telah dinobatkan sbg kelas terceria dan terbersih tahun 2012. Syukur...tak sia-sia aku berkorban masa dan tenaga untuk melakukan semua itu.
Suka juga aku nak kongsikan acara istimewa tahun ini si mana guru-guru menghulurkan sumbangan untuk menyediakan makanan kepada murid2. Menu tang dipersetujui adalah mihun sup. Maka pentol2 rewang untuk masak bertungkus lumus menyediakan menu tersebut.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Selesai makan, murid dibenarkan pulang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan