Jiwang Corner :)

Sabtu, 10 November 2012

Ambang lawatan ke Legoland

Pagi ini aku bangkit awal seperti biasa. Selepas tunaikan tanggungjawab pada Pencipta, aku mula mem'packing' barang untuk ke sana. Menurut pengalaman rakan yang telah bkunjung ke sana, ada tempat permainan yang akn buat kita basah. So aku bawalah sepasang pakaian.

Rombongan kali ini memang agak kelakar. Mana tidaknya, nisbah guru dan murid yang pergi hampir sama. Masa buat tempahan tempohari, pihak Legoland pun agak terkejut. Hikhikhik...

Apa yang di cadangan jam 8 pagi semua murid berkumpul di kantin sekolah. Aku akan beri mereka sarapan sebelum bertolak. Mujurlah dapat nasi lemak drp jiran sahabat walaupun membuat tempahan saat2 terakhir. Alhamdulillah.

So siaran bicara tanpa kata ini akan bersambung pada posting seterusnya. Aku akan cuba update peristiwa yang akan berlaku di Legoland nanti. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan