Jiwang Corner :)

Isnin, 12 November 2012

Musim Kenduri Kahwin

Cuti sekolah telah bermula.Maka bermulalah episod orang2 bujang menamatkan zaman bujang masing-masing. Aku? Masih menunggu gilirin ketetapan yang telah Allah tentukan. Bukankah jodoh itu rahsia Allah...

Tahun ini ada 5 pasang rakan guru di sekolah aku telah dan akan menamatkan zaman bujang mereka termasuklah housemate aku. Aku tumpang bahagia atas rezeki mereka.

Dalam masa yang sama ada juga suara2 latar yang sibuk bertanya, "kau bila lagi? ". "Erm...saya? InsyaAllah, Januari." Mulalah mereka terkejut. Hahaha...saja aku buat kontroversi. Padahal teman lekaki pun tiada. Huhuhu....


Aku yakin sampai masanya nanti Allah akan bongkarkan rahsianya terhadap aku. Pada waktu itu aku pasti Allah tidak merahsiakan lagi tarikh aku diijabkabulkan. InsyaAllah...

# Kita merancang Allah tentukan. Apa yang kita rancang rasanya dah cukup baik tp kita jangan lupa perancangan Allah kepada kita adalah yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan