"Welcome girls....boys...." itulah ungkapan pertama yg kami dengar drp staff2 Legoland sejurus masuk. Mereka berbaris gitu. Comey2 belaka.
Kelihatan roller coster telah menjalankn tugasnya menjadikan jeritan manusia yang masuk ke dalam perutnya membuatkan jantungku berdegup kencang. Hahaha....( ekoran pengalaman sebelum ).
Jalan-punya jalan memang terpaku.seketika dengan pembinaan replika2 yang diperbuat drp LEGO. Akhirnya aku beratur juga untuk menaiki roller coster kecil di situ.
Jeritan aku menambahkan lagi bingit jeritan yang sedia ada. Sesekali melepaskan rasa tensoin bekerja. Hahaha....sweet gitu. Kelihatan beberapa orang di situ tersenyum2 memandang aku. Ahaksss, malu jugak tp tak jumpa mereka lagi dah. Hikhikhik....
Perjalanan di dalam taman tema itu tergendala seketika kerana hujan. Kami berhenti di Jungle Cafe untuk menuntut baucer makanan dengan set burger yang ada di situ.
Banyak perkara yang aku nak kongsikan sebenarnya. Tapi keseronokan melihat semua yang ada di situ tak terluah dengan kata-kata. Menonton movie 4D juga menarik. Movie yang aku tonton waktu itu adalah spellbreaker. Memang best. Ada salji dan hujan turun. Angin kencang turut dirasakan.
Masa yang diperuntukkan hampir tiba. Aku singgah untuk solat zohor. Aku dah janji dengan Encik Zainal pemandu bas itu untuk pulang pada jam 4.30ptg.
Hakkikatnya banyak tempat permainan yang aku tidak dapat cuba. LEGOLAND...tunggu kedatangan aku lagi. Terasa nak buat annual pass je.Dengan nilai RM275, aku boleh masuk 365 hari. Hehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan