Tadi aku cerita masa di masjid. Kali ini aku nak share cerita tentang makan pula. Sebenarnya aku dah lama tak gi makan kat Dataran Bandaraya nih.
Hah...kalau korang nak tau tempat makan di sini sangat unik. Kenapa yea ? Ini kerana konsep yang digunakan oleh peniaga2 di sini. Tempat yang aku maksudkan adalah Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya. Medan selera ini hanya menyediakan juadah yong tau foo, steamboat, tahu bakar, dan rojakpetis.
Sesiapa yang berkeinginan meh aku bagitau lokasinya. Tempatnya terletak bersebelahan Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya dan betul-betul terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Dari jauh pasti korang dah nampak deretan luton van tu di situ.
Kalau tak silap mereka dah mula berniaga lepas jam 5 petang hinggalah lewat malam. Harganya pula agak berbaloi. Secucuk steamboat yang lidinya berwarna merah hanya RM1 manakala lidi yang berwarna biru adalah RM1.50. Steamboat ini boleh dimakan dengan sup ataupun sos kacang. So korang leh makan ikut pilihan selera korang sendiri.
Nak tau sedap atau tidak, jom singgah. InsyaAllah tak menyesal :)
Hi Cikgu Mimi...cakap pasal medan steamboat luton van nih, memang saya suka lepak2 kat sini dari zaman muda remaja lagi sampai la dah beranak pinak hehe...
BalasPadamSaya baru jer upload pics masa makan kat sini baru2 ni ngan famili. Senang2 tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com
Topik blog saya nih tentang makan jer 100% sebab saya suka keluar makan kat restoren,warung dan gerai.Terutama area JOHOR tapi tempat2 lain pun ada.
Kalau minat tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ.