Jiwang Corner :)

Rabu, 7 November 2012

Menanti penuh harapan

Hari ini dah hari Rabu. Ini menunjukkan tinggal 2 hari je lagi berakhirnya sesi persekolahan 2012. Sekejap betul masa berlalu.

Apa yang aku dan rakan-rakan lain nantikan adalah program lawatan bersama murid ke Legoland, Nusajaya. Ikut perancangan yang telah diluluskan, kami akan ke sana pada hari Sabtu.

Harga pakej lawatan secara berkumpulan ke sana memang berbaloi2. Tiket masuk hujung minggu hanya memerlukan RM75 sahaja.

Apa yang saya risaukan sekarang ni adalah keadaan cuaca. Musim hujan telah tiba malah ada pula kawasan yang telah mengalami bah. Apapun, harapan dan doa saya agar perjalanan kami nanti selamat dan dipermudahkan. Moga-moga cuaca yang elok akan mengiringi kami di sana. Amin, Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan