Jiwang Corner :)

Jumaat, 9 November 2012

Majlis Persaraan dan Perpisahan

Alhamdulillah cuaca pada pagi tadi cukup mendamaikan. Semua warga SKTM dapat berkumpul di dataran sekolah dengan berlapang dada.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin diikuti doa selamat. Perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Minit2 tertentu diiringi oleh airmata ekoran ucapan2 daripada guru2 yang akan berpindah.





Aku turut merasakan kepiluan itu. Airmata ini turut mengalir saat mereka mengaitkan kenangan mereka ketika sama2 menjalankan tugas. Namun kesedihan itu perlu aku diatasi. Mana mungkin aku dapat mengacarakan majlis dalam keadaan sayu dan pilu?









Akhirnya majlis dapat dikendalikan dengan baik. Acara yang terakhir adalah yang dirai bersalam-salaman dengan semua murid yang telah disusun hingga ke pintu pagar. Yang dirai pulang dengan sendiri. Biasanya dalam majlis begini, kami akan jemput dan hantar pulang yang dirai. Namun kali ini yang dirai tidak mahu dibuat demikian.


Apa yang aku buat selepas itu?  Aku berkejar ke KFC pula. Mengambil hidangan snake plate untuk aktiviti jamuan murid kelas aku. 

# Mood: Dah tak larat makan KFC. So aku sedekahkan pada rakan aku untuk diberikan kpd anaknya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan