Aktiviti pagi ini adalah memandikan si Comel. Lama betul ia tak mandi. Berpanas berembum berhujan dah mjadi lumrah kehidupannya. Ada masanya aku suka merenungnya memikirkan jasa2nya. Sepanjang 9 tahun aku menggunakannya, ia tidak banyak menyusahkan hidup aku. Terima kasih Comel, I ♥ U!
Aku soroti aktiviti aku seterusnya. Masih lagi menceritakan tentang Si Comel. Tengahari tadi aku tukarkan kaki si Comel. Aku kemaskn kaki si Comel dengan butang2 aloi. Wah...si Comel makin cute! Aku cadangkan akan turut menukar warna pada badannya.
Aku rasa hari ini si Comel sangat bahagia. Maklumlah kakinya dah luka parah. Tulangnya mula reput. Bulan lepas aku cuba pujuk hatinya. Aku dengarkannya siaran hiburan dengan nada yang lebih enak. Aku harap si Comel sukakannya.
Aku syukur dan gembira sebab si Comel ada perubahan. Kalau tuannya nak berbedak takkan si Comel terus dibiarkan comot. Betul tak? Walaupun wang aku terbang1.2+k namun aku tak kisah. Aku lebih kisah, bimbang, risau dan sedih jika si Comel sakit. Lagipun telah sampai masanya aku perlu buat kebajikan pada Si Comel. Aku tidak boleh kehilangan Comel. Aku perlukannya setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan