Semalam pulang sahaja dari sekolah aku terus memandu laju menuju ke rumah. Mujurlah kedudukan rumah aku hanya sekangkang kera dari sekolah. Kiranya dengar satu lagu dalam kereta pun tak habid. Hihihi...
Aki bukannya nak berlumba di litar tapi aku terpaksa mengejar masa. Kalaulah masa itu boleh brek...pasti semua orang bahagia dalam kelalaian.
Selepas solat zohor aku teruskan pemanduan menuju ke The Store Tebrau. Target aku adalah membeli hadiah untuk seorang rakan yang akan berpencen dan 4 orang guru lain yang akan bertukar ke sekolah lain.
Tup2 hujan lebat telah turun. Maka pulanglah aku dalam keadaan hujan. Tempat letak kereta jauhlah pula. Kiri kanan tangan dah penuh dengan barang. Ditambah pula dengan payung. Huhuhu....( dalam hati, takde saper ke yang nak tolong aku nih )
Sampaj di rumah hampir jam 5.30petang. Bergegas pula mandi kerana kewajipan pada Allah belum lagi ditunaikan. Aktiviti memasang reben pada hadiah2 bermula. Otak pula terus menjalankan tugas berfikir untuk menyiapkan teks pengacara pula.
Hah, aku kena jadi MC lagi! Sedikit demi sedikit aku cuba timba pengalaman menjadi MC di sekolah ini. Alhamdulillah....
Akhirnya teks mengacarakan majlis aku selesai disiapkan dan dicetak pada jam 12.10pagi. Doa aku moga perjalanan majlis dapat berjalan dengan lancar :)
jarak sekolah dari rumah saya 42km dengan jalan yang agak mencabar minda dan fikiran..mengambil masa 50minit untuk jarak perjalanan dalam kelajuan 70-90km/j...teruskan cikgu..moga diberi kekuatan
BalasPadamMengajar di kawasan pedalaman dgn jln yang agk mencabar mmg cukup mberi menguji mental dan fizikal. Pengalaman sedemikian mmg tidak dapat saya lalui spt mana yg cikgu mustaqim lalui. teruskan pjuangan cikgu demi mlahirkan modal insan yang cemerlang di negara ini. Ikhlaskan hati dan moga setiap pengorbanan yang cikgu usahakan menjadi satu ibadah.
Padam