Pagi ini aku cadang untuk meninjau ke Kota Iskandar dan Family Theme Park di Puteri Habour. Skodeng cuaca hari ini nampaknya agak baik. Alhamdulillah....insyaAllah cadangan aku ini diperkenankan olehNya.
Jam menunjukkan 11.00 pagi. Aku dan 3 rakan lain ke Restoran Cahaya Molek untuk mengisi perut. Kemudian perjalanan diteruskan melalui lebuhraya EDL. Perjalanan mengambil masa kira2 35 minit untuk sampai ke destinasi.
Sampai di Wilayah Iskandar aku rakan lain agak bangga dan teruja melihat seni rekabentuk setiap bangunan. Cuaca yang redap memudahkan pergerakan kami. Kawasan yg luas itu agak lengang hari ini. Maklumlah semua penjawat awam yang bertugas bercuti ( awal Muharram ).
Boleh dikatakan setiap taman yang ada di situ aku terjah. Seni rekabentuknya yang menarik membuatkan kami tidak melepaskan peluang mengaktifkan lensa kamera kami. Actually takde camera canggih pun. Sekadar mengunakan galaxy note yang ada di tangan sahaja.
InsyaAllah aku akan kongsikan rakaman gambar yang kiut miut itu. Tunggu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan