Selamat tahun baru hijrah 1434 kepada semua pembaca blog Cerita Tentang Cikgu. Mudah2an tahun baru ini membawa seribu makna dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Moga setiap doa kita akan makbulkan oleh Allah. Amin....
Petang td sejurus solat Asar aku dan 4 rakan lain menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar untuk Maghrib dan Isyak berjemaah disamping dpt membaca doa akhir dan awal tahun hijrah. Mana tahu ada ceramah hijrah. Bolehlah kami dengar.
Selesai solat Maghrib kami sama2 membaca Yaasin dan tahlil ringkas. Selepas Isyak kami dihidangkan dengan sedulang nasi bariyani. Baunya dah cukup menyelerakan. Maklumlah perut pun sedang minta diisi. So sedulang nasi dikongsi berempat. Memang sedap. Walaupun agak lapar, namun aku hanya makan sekadar mengalas perut. Aku dapat rasakan ada orang yang lebih lapar yang duduk makan sedulang dengan aku itu. Biarlah dia makan...
Air yang diberikan juga sangat sedap. Mulalah menjadi tanda tanya . " Air apa ni?" Setelah brdiskusi sesama sendiri maka kami dapat meneka. Itu adalah air sunquick yang dicampur dengan asam boi. " Memang ada umphhhh! "
Setelah selesai makan, kami keluar dari perkarangan masjid dengan perancangan seterusnya. Nak tau apa dia? Kami merancang sambung makan Yong Taufu di Dataran Bandaraya. Jom ikuti cerita aku pada entry seterusnya.
# Lima srangkai memakai jubah. Ala2 hajah gayanya. Comeyyy!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan