Jiwang Corner :)

Selasa, 26 Februari 2013

Tuisyen Malam

Tuisyen malam bermula pada hari ini. Seperti biasa aku akan masuk mengajar kelas 3 dan 4. Tahun ini bilangan murid yang menyertai kelas tuisyen ini lebih banyak berbanding tahun lepas.

Jika pada tahun lepas murid kelas 3 dan 4 tidak mencecah 40 orang tetapi tahun ini mencapai 68 orang. Apapun kena tunggu sama ada bilangan ini akan berterusan hingga ke bulan Ogos atau setakat bulan pertama jerk.

Aku harap semangat belajar calon UPSR tahun ini lebih membara. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan