Jiwang Corner :)

Sabtu, 2 Februari 2013

Kenduri Kesyukuran

Selesai menghadiri bengkel penandaan, aku pulang ke rumah. Kira2 jam 1.30 petang aku pun sampai. Namun tanpa diduga hari ini merupakan hari tergesa2 aku. Bukanya apa, jam 2.00 petang nanti nak kena hadirkan diri ke rumah seorang sahabat pula. Sahabat tersebut mengadakan kenduri kesyukuran sempena masuk pindah ke rumah baharunya di kawasan Seri Alam, Masai.
So sesampainya di sana semua rakan2 lelaki sedang membaca Yaasin dan tahlil. Geng2 perempuan duduk menunggu di bawah khemah yang disediakan. Sambil itu sempat juga aku memerhati kawasan sekeliling mahupun sekitar rumahnya yang mempunyai keluasan sama seperti rumah aku itu.
Hah...selepas geng lelaki selesai bertahlil, mereka keluar untuk makan. So geng perempuan berganjak ke dalam rumah pula. So inilah masanya untuk skodeg pengubahsuaian rumah dan segala deko dan lain2 benda. Hahaha...takda hal punya sebab tuan rumah dah beri keizinan. Kami bukan propa...hikhikhik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan