Jiwang Corner :)

Khamis, 14 Februari 2013

From Seremban to KL by KTM's komuter ( Part 1 )

Pagi ini aku keluar menghantar anak buah ke TASKA. Perjalanan diteruskan dengan pemanduan ke Seremban untuk mendapatkan perkhidmatan komuter ke KL. Ternyata telah lama aku tidak menaiki komuter ini. Mungkin telah hampir 3 tahun yang lalu. Apa yang aku tahu banyak perubahan tentang perkhidmatan awam tersebut.
Sampai di Seremban aku meletakkan kereta di parkir yang disediakan di Stesen KTM itu. Bayaran yang dikenakan adalah RM1 setiap satu jam dan RM5 untuk sehari. Tak tahu maka perlu bertanya. Rupa2nya perkhidmatan parkir di sini beroperasi 24 jam.
Pengalaman menaiki komuter kali ini memang membuat aku ketawa dalam debar. Mujurlah ada yang bantu beritahu. Kalau tidak, tak tahulah aku nak tuju ke mana. Tersebutlah kisah pertemuan aku dengan seorang lelaki Pakistan yang sama2 naik komuter itu.
Nak tahu cerita selanjutnya? Tungguuu...
#Mood : Senyum tak perlu kata apa2 :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan