Jiwang Corner :)

Sabtu, 16 Februari 2013

FSTKL by KTM's Komuter ( Part 3 )

Sambung cerita di sini. Sampai di stesen KTM Senawang aku dan adik dan lega. Namun kami masih kasihan dan risaukan pemuda Pakistan itu. Kami nak yakinkan dia namun kami sendiri tak biasa dengan perkhidmatan komuter ini.

Aku lihat ada seorang pakcik yang duduk di situ sambil memerhati aku. Mungkin dia tahu aku perlukan bantuan. Pemuda Pakistan itu masih berdiri di sisi aku. Huhuhu...serba salah jadinya. Aku terus menuju ke arah pakcik itu.

" Assalammualaikum, pakcik. Boleh tumpang tanya?". Pakcik itu menganggukkan kepalanya. " Kalau nak ke KL naik di sini ke?". "Ya, betul," jawabnya. "Dia ni nak ke Kluang. Nak tunggu di mana ye?" tanya aku sambil menudingkan ibu jariku ke arah pemuda Pakistan itu. " Owh...awak kena tunggu di stesen Seremban. Kemudian seberang ke landasan bertentangan. Awak kena tunggu kereta api dari Butterworth," jawabnya penuh yakin. Aku cuba terangkan semula kepada pemuda itu.

Aku pasti yang pakcik itu memang selalu menggunakan perkhidmatan kereta api. Pakcik itu bercerita lagi tentang perkhidmatan komuter antara bandar itu. Katanya landasan itu akan di panjangkan hingga ke Rembau. InsyaAllah pembinaannya dalam proses.


Pemuda Pakistan itu masih setia bersama aku. "Saya takda tiket nak ke Seremban. Saya kena ambil teksi ke? Tiket saya ke Kluang jam 10 pagi. Sempat ke?" tanya pemuda itu. Jam sudah menunjukkan pukul 9.50 pagi. Aku pun kasihan melihat dia.

" Cuba tengok tiket awak?" pakcik itu bersuara semula. Aku dan pakcik tengok bersama2. Ahhh...lega.Tiket itu menunjukkan perjalanan dari Seremban ke Kluang adalah pada jam 10.15 pagi. Maknanya dia sempat sampai ke stesen Seremban nanti.
Sedang membelek2 tiket itu komuter pun sampai. Kami masuk ke gerabak bersama2. Pemuda itu nampak tenang dan mula tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan