Jiwang Corner :)

Ahad, 3 Februari 2013

Buku Kedatangan

Pagi Ahad ini aku pasangkan niat agar tidak keluar bersiar-siar. Ini semata-mata kerana nak menyiapkan buku kedatangan murid kelas aku. Hah...mau makan berjam-jam juga nak menyiapkan buku kedatangan nih. Tambahan pula tidak boleh salah tulis. Pemadam cecair pula disenarai hitamkan. Hehehe...
Mujurlah pada tahun ini ada seorang rakan mencadangkan kepada guru kelas tentang penggunaan pen yang boleh dipadam. So takdelah ralat initial dalam buku kedatangan nanti. Alhamdulillah aku telah memilikinya dengan harga RM5.50 sebatang selepas diskaun ek. Jika tidak, korang bayarlah dengan harga RM6.90.
Akhirnya buku kedatangan kelas aku siap mengikut nama murid selepas disaring pada 30hb lalu. Sekian, terima kasih. Yahuuuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan