Jiwang Corner :)

Jumaat, 15 Februari 2013

FSTKL by KTM's Komuter ( Part 2 )

Dah baca entry sebelum neh. Hah...ini kisah tentang aku, adik dan seorang pemuda Pakistan. Setelah membeli tiket komuter yang berharga RM6 seorang, aku pun duduk di kerusi batu yang disediakan. Berdasarkan pengalaman aku pada 3 tahun yang lepas, kami memang tunggu komuter di situ.
Beberapa minit kemudian komuter pun sampai. Wah, komuter itu berwajah baharu! Sebelum ini ada terbaca dan dengar berita juga tentang komuter 1Malaysia antara bandar ini. Tapi sekarang ia ada depan mata aku. Di gerabak itu ada tertulis destinasi ke Sungai Gadut. Ke mana tu? Macam tak familiar je nama tempat tu? Aku tidak hiraukan semua tu. Apa yang pasti aku segera masuk ke dalam perut gerabak komuter itu. G ke gerabak ladies coach lagi. Hehehe...
Kelihatannya hanya ada beberapa penumpang sahaja dalam gerabak itu. Maklumlah hari bekerja. Aku nampak ada seorang remaja perempuan yang duduk hampir dengan aku. Tetiba pemuda Pakistan itu datang bertanya kepada aku dan adik," Awak nak je mana? Saya nak ke Kluang. " Aku dan adik mengerutkan kening lalu aku menjawab, " Saya nak ke KL. " "Erm....saya salah ke?" tanyanya lagi. Aku pun yakin menjawab, "Yea..salah."
Pemuda Pakistan itu nampak panik. Aku mula  rasa musykil. Adakah sudah tukar? Aku ringankan mulut bertanya kepada remaja perempuan itu, " Dik, komuter ni nak ke KL ke?" Remaja itu menjawab, " Tak, kak. Ini nak ke Sungai Gadut." Aik? Nampaknya aku pun salah nih. Setaraf dengan Si Pakistan itu. "Sepatutnya akak tunggu di platform 2 di seberang sana, " tambah remaja itu lagi.
"Lepas ni akak turun kat stesen Senawang. Lepas tu akak naik komuter di landasan sebelah," remaja itu menyambung kata2nya. " Terima kasih ye dik. So dia ni nak ke Kluang. Macamana pula?" tanya aku. Si Pakistan itu cuba fahamkan penerangan remaja itu.
Akhirnya aku dan adik turun di Stesen KTM Senawang bersama pemuda Pakistan itu. Dia mengekori aku dan adik. Hah...seakan dah jadi ejen warga asing pulaknya aku neh.
So, apa yang terjadi seterusnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan