Jiwang Corner :)

Jumaat, 15 Februari 2013

Elaun Rumah Naik RM450,Cola Naik RM300 ?

Elaun Perumahan Wilayah 2013 Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ITP (RM450), Elaun Sara Hidup COLA (RM300) & Penginapan (RM200) 2013. Pengumuman Sebelum PRU Ke 13?


Elaun Tetap Perumahan 2013 : Akhirnya, pihak Cuepacs telah pun menghantar kertas cadangan berkaitan dengan tuntutan majoriti kakitangan awam yang mahukan kenaikan elaun kakitangan awam seperti Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) dipercepatkan. Cuma ada sedikit perubahan pada angka yang dituntut berdasarkan kertas cadangan kali ini apabila kami semak semula laporan berita sebelum-sebelum ini.

Jikalau berdasarkan kenyataan Omar Osman sebelum ini, Cuepacs mahu menuntut Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sekitar RM480. Kali ini angka ada sedikit berkurangan untuk semakan terakhir sebelum dimuktamadkan.




Tuntutan Cuepacs 2013 Sebelum PRU Ke 13

Antara Yang Terkandung Dalam Kertas Cadangan Cuepacs yang telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara ialah :

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripadaRM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa



Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300



Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga



Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara



Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)



Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya

Melihatkan rekod dan tindakan sebelum ini :

Tahun 2011 : masih dalam peringkat kajian
Tahun 2012 : masih lagi kajian
Tahun 2013 : harap-harapnya menjadi kenyataan


Elaun Sara Hidup JPA 2013 Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ITP (RM450), Elaun Sara Hidup COLA (RM300) & Penginapan (RM200) 2013. Pengumuman Sebelum PRU Ke 13?

Kami yakin pada waktu yang terdekat ini, kakitangan awam lebih selesa jika elaun tetap perumahan diberikan perhatian yang lebih untuk direalisasikan.

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sebenarnya kerajaan berbesar hati untuk memberikan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP). Cuma kertas cadangan yang dihantar oleh Cuepacs sebagai salah satu prosedur biasa (syarat) sahaja.

Minggu ini masuk kertas cadangan.
Dalam masa terdekat, semakan cadangan akan dilakukan & diluluskan. Mungkin angka tidak akan dapat “sebiji” seperti yang dipohon. Mungkin berkurang sedikit. Mungkin tidak semua tuntutan tidak dipenuhi. Cuma Imbuhan Tetap Perumahan ITP akan diberikan perhatian lebih oleh pihak kerajaan buat masa ini termasuklah isu gaji maksimum.

Dan selepas itu, dijangka Perdana Menteri akan mengumumkannya semasa menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13.

Sumber : http://beritasemasa.com/kenaikan-imbuhan-tetap-perumahan-itp-2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan