Jiwang Corner :)

Sabtu, 16 Februari 2013

From KL Sentral to Central Market

Rasa lega bila dah sampai di KL Sentral. Bermacam ragam sikap penumpang dalam komuter yang ada masanya tidak menyenangkan, namun aku jadikan iktibar. Sesekali kita perlu rasa apa yang orang lain rasa terutamanya semasa menggunakan perkhidmatan awam.


Orang yang ramai di stesen KL Sentral sudah menjadi lumrah. Masing2 ada urusan tersendiri. Aku teruskan ke mesin tiket Rapid KL. Rupa2nya mesin ini tidak mengeluarkan tiket malah token. Hah...jika tidak cuba maka tak tahu. Inilah yang dinamakan pengalaman. Betol2, betol2, betol2....



Sampai di Central Market aku target nak dapatkan magnet peti sejuk. Aku sempat singgah 2 buah kedai untuk mendapatkan corak dan bentuk magnet yang berbeza. Dua kedai menawarkan harga yang berbeza. Kedai pertama satu magnet berharga RM 7.90 & after discount we can get RM7. So i have choosed 3 of it. Kedai kedua puls menawarkan harga 3 fride magnet berharga RM 15. Aku beli lagi 3 magnet walaupun dalam hati timbul rasa bengkek sebab rasa ditipu. Namun setelah pulang aku cuba pujuk hati danbanding beza magnet tersebut. Ternyata kualitinya memang jauh beza.


Perjalanan kami diteruskan ke Jalan Masjid India untuk membeli kain pasang. Seterusnya kami ke Sogo untuk menebus voucher yang ada dalam simpanan. Pelbagai dugaan yang kami tempuh terutamanya semasa menukar tren LRT dari stesen bandaraya ke stesen Kelana Jaya untuk meneruskan perjalanan ke KL sentral-Seremban. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di rumah pada jam 9.00 malam dengan selamat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan