Jiwang Corner :)

Sabtu, 2 Februari 2013

Pagi Gemuruh

Pagi tadi aku bersemangat hadir ke sekolah menghadiri aktiviti kokurikulum kali kedua. Walaupun aku diminta menghadiri ke bengkel Matematik oleh Ketua Panitia, amanah daripada PKKo tetap aku tunaikan.
Lagu Ke Puncak Jaya dan lagu Bangsa Johor dinyanyikan dengan penuh semangat biarpun kehadiran hanya memuaskan. Kami dimaklumkan ramai murid yang hadir ke majlis maulidur rasul di sekolah agama mereka.
Seterusnya lagu Gemuruh berkumandang. Aku dan tiga orang rakan lain mula menggerakkan kaki dan tangan. Empat orang murid aku juga turut membuat aksi tersebut sambil menyanyi bersama-sama.
Lagu Gemuruh ini akan terus berkumandang di astasa Dataran DeMolek kiranya ada aktiviti koko pada hari Sabtu. Hah...nampaknya tugas kami sekumpulan masih belum selesai hingga perjumpaan akhir aktiviti koko nanti :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan