Jiwang Corner :)

Jumaat, 8 Februari 2013

@ Court Giant

8/2 Selepas selesai waktu persekolahan tadi aku dan rakan memenuhkan masa di kedai eMart Plentong. Sebenarnya aku nak survey tv dan peti sejuk untuk rumah baharu aku nanti.
Memula aku kaji tentang peti sejuk. Menurut hasil pembacaan aku melalui bantuan Pak Google, jenama Toshiba mempunyai ketahanan dan kelebihannya tersendiri. So aku cuba cari bentuk dan warna yang sesuai mengikut budget yang aku ada. Ternyata peti sejuk warna hitam jenama Toshiba itu ada di eMart. Harga yang ditawarkan adalah RM 1899 sebelum diskaun. Menggigil juga aku.
Aku cuba survey di SenQ pula. Harga yang sama tetapi tiada diskaun. So ada baiknya aku booked. Alhamdulillah selesai satu perkara. Aku singgah di Court M pula untuk survey tv. Hati dah berkenan pada TV Sharp LED Full HD 39inc itu. So cash n carry je la.
Aku nak kongsi pula satu perkara yang aku tak pernah ambil tahu. Perkara tu tentang perkhidmatan penghantaran Courts. Rupa2nya perkhidmatan penghantaran dikenakan bayaran. Kos penghantaran tv adalah sebanyak RM48 manakala sofa adalah RM89. So tinggallah wahai sofa. Aku cancelllll! Huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan