Jiwang Corner :)

Sabtu, 2 Februari 2013

Bengkel Penandaan Matematik K2

Selepas selesai menunaikan amanah yang diberi oleh PKKoku aku pulang ke rumah. Tergesa-gesa aku menukar pakaian sukan kepada pakaian rasmi waktu bekerja.
Enjin si Comel dihidupkan lantas bergerak menuju ke destinasi. Kira-kira 20 minit aku pun sampai ke Bengkel Penandaan Matematik Tahun 6. Biarpun sebelum ini aku pernah hadir ke bengkel yang sama seperti ini,  namun aku gagahkan diri dengan niat untuk mendapatkan ilmu baharu.
Sesampainya di sana, ketua panitia Matematik sekolah berkenaan terkejut dengan kehadiran aku. Mujurlah aku datang berdua. Rupa-rupanya sekolah kami tidak terlibat. Lagipun jika diperhatikan surat yang diterima sekolah aku memang bukan dalam senarai zon tersebut.
Atas budi baik mereka kami dibenar duduk bagi menerima perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Ramli bin Mohamad, dari JPNJ. Alhamdulillah aku dapat mengimbas semula perkongsian ilmu yang disampaikan olehnya sebelum ini. Apa yang menarik kami diberi beribu soalan latih tubi dalam softcopy. InsyaAllah apa yang dikongsikan olehnya dapat dipanjang luas lebarkan ke peringkat sekolah nanti.
InsyaAllah aku akn kongsikan perkongsian ilmu yang aku terima pada entri akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan