Jiwang Corner :)

Sabtu, 19 Januari 2013

Sistem Maklumat Murid ( SMM )

Pagi ni aku pulun menggabungkan data SMM. Aku pun tak pasti sama ada data SMM versi 4.02 ni masih digunakan di negeri lain atau pun tidaka. Kan data murid dalam APDM dah ada. Dua kali kerja lah pulak kan? Namun apa yang aku dapati di Pulau Pinang sudah menggunakan aplikasi SMM versi 4.5.

Hah...macam biasa pasti ada saja data yang tak lengkap di isi oleh guru kelas. Bukannya apa pasti ada saja murid yang tidak menghantar borang kemaskini maklumat. Ada pula pelbagai maklumat yang tidak dapat dikemaskini kerana maklumat tidak dapat dikesan atas masalah keluarga. Adeh....memang masalah!

So apapun aku kena settlekan sebarang ralat ini sebelum dihantar ke unit HEM PPDPG esok. Harap2 Allah permudahkan urusan aku. Amin...

14 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu...
    saya masih baru dalam smm ini..nak tanya sikit..mcm mana nak gabung data murid pilihan?
    diharap dapat membantu
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam...maaf lewat membalas sebab terlepas pandang lebih2 lg hanya menggunakan blog mobile.

      Proses gabung data murid pilihan :
      1) kenalpasti sumber data diberi dalam bentuk A atau F atau lain2
      2) jika dlm bentuk A hanya klik pd import data
      3) seterusnya gabung data

      InsyaAllah maklumat murid tersebut ada masuk dlm data SMM sek cikgu. TK.

      Padam
  2. Assalamualaikum.. Ada tak cara import datasmm ke apdm? Sbb dua kali kerja jadinya. Dan jabatan minta hantar kedua2 rekod. Trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam....terima kasih atas respon anda. Setakat ini masih tiada cara yg khusus utk berbuat demikian. Kami di sini turut mengemaskini dua sistem tersebut yg mn APDM digunakan diperingkat KPM manakala SMM diperingkat PPD.

      Padam
  3. Trima kasih. Perlukan guru data kemaskini semua maklumat atau tugas ini boleh diserahkan kpd guru ting?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua aktiviti kemaskini dilakukan oleh guru kelas. Semua guru kelas diminta banyak2 bersabar yea. Motivasi untuk diri sendiri juga ni :)

      Padam
  4. Assalamualaikum
    Guna SMM versi apa?
    Kalau SMM 4.5, apa nama pengguna dan kata laluan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami guna 4.02. Setakat ini data SMM dah tak aktif dan hya digunapakai dalam sistem pertukaran murid diperingkat sekolah sahaja. Sekolah cikgu masih aktif hingga 4.5 yea ?

      Padam
  5. Hello cgu, Ada cara import data apdm ke smm ke?

    BalasPadam
  6. SMM masih guna pakai ke pas ada APDM?

    BalasPadam
  7. macam mana cara nak gabung data kelas pula? sebab kelas t1 ada 4 kelas. setiap cikgu isi kelas masing2.macam mana saya nak gabung kelas2 t1 tu cikgu? saya baru lg dlm smm.

    BalasPadam