Jiwang Corner :)

Sabtu, 5 Januari 2013

Pendaftaran tahun 2 - 6

31/12 - Pagi ini aku dah bersedia ke sekolah. Pendaftaran akan bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Aku masih setia menjadi guru kelas 4 Arif sekaligus ketua aliran darjah 4. Nampaknya dah masuk tahun ke lima dah nih. Hehehehe...

Pendaftaran pagi ini agak tergendala. Semua guru terpaksa menunggu kerani menyerahkan resit pembayaran terlebih dahulu. Banding sebelum ni kami dah terima lebih awal. Mungkin ada masalah kot. Aku pun tak pasti.

Dalam pada itu ramai ibu bapa yang dah menunggu. Mereka tiba lebih awal kerana mungkin akan ke tempat kerja selepas itu. Aku mula lah nak kalut. Hehehe...

Ditambah pula dengan kehadiran murid2 baru yang pindah masuk. Aku juga yang nak kena urus. Waktu tu jugalah mereka nak bagi aku fail2 mereka. Lepas tu aku nak kena tentukan pula kelas murid2 baru tu. Argh....tak suka, tak suka...

Memandangkan ada 4 orang murid kelas aku yang berpindah, maka kelima2 murid baharu itu aku letakkan ke dalam kelas aku. Ini menjadikan kelas aku ada 41 orang murid. Argh...ramainya! Namun keadaan itu hanya sementara. Selepas ujian saringan diadakan nanti, murid2 ini mungkin akan berpindah ke kelas lain.

Jam 11.40 pagi aku dah tutup kedai. Ibu bapa pun dah tak kunjung tiba. Untuk apa aku tunggu lagi kan? Perut pun dah bunyi2. So, aku terus melangkah ke kantin untuk memenuhi kehendak perut aku. Hehehehe...

Alhamdulillah tugas pertama dah selesai. Tugas2 seterusnya akan menyusul selepas ini. Mudah2an Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku dan rakan2 yang lain. InsyaAllah, ameen...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan