Jiwang Corner :)

Isnin, 7 Januari 2013

Kerenah murid

Minggu ni giliran kumpulan aku bertugas. Ini bermakna aku kena datang lebih awal berbanding hari dalam minggu lain.
Perhimpunan berjalan lancar. Aku tak banyak kelas hari ni. Selepas perhimpunan murid tahun 4 bergerak ke kantin. Mereka menghadiri taklimat orientasi.
Aku hadirkan diri ke taklimat orientasi itu. Namun kehadiran aku hanya seketika kerana PKHEM hubungi aku. Nampaknya ada murid baharu lagi! Arghh...terpaksalah aku menguruskan murid itu. Nampaknya masa free aku habis dengan kerja-kerja tambahan sebagai penyelaras aliran tahun 4.
Tahun ini aku masih menjadi guru kelas kelas pertama. Mengajar murid kelas arif memanglah lain. Tingkahlaku mereka agak aktif. Tahun ni murid kelas aku agak hyperaktif. Mulut diorang pun tak henti bertanya itu ini. Adeh...
Selepas aku mengajar tadi, seperti biasa aku berjalan melihat cara mereka menulis latihan. Kadang2 tak sempat nak duduk pun. Tetiba seorang murid bersuara, "cikgu, kenapa cikgu tak duduk? Dari tadi cikgu asyik berjalan. Cikgu tak penat ke?"
Kakakakah....kelakar juga budak nih. Aku hanya mampu tersenyum lalu berkata, "Cikgu akan duduk selepas pastikan kamu semua dapat menulis mengikut apa yang cikgu arahkan." Murid itu menjawab, " Ok, cikgu." Dia tersenyum-senyum lalu terus menjawab soalan latihan yang aku berikan.
Adeh....macam-macamlah mereka nih. Itu baru seorang yang bertanya. Belum lagi 40 orang yang lain. Begitulah anak-anak kecil yang perlu perhatian seorang guru. Maka, bersabar ye cikgu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan