Jiwang Corner :)

Isnin, 14 Januari 2013

Bantuan Persekolahan RM100

Dalam taklimat ringkas oleh Tuan Guru Besar kepada semua guru pada jam 1.00 petang tadi sudah tentunya membuat2kan semua murid dan pelajar gembira. Wang bantuan yang secukupnya telah dikreditkan ke dalam akaun sekolah. Setiap murid akan menerima RM100 pada hari Rabu nanti. Wah2...bestnya. Aku nak jugak!

Ekoran daripada itu, esok akan di adakan satu majlis khas serahan wang RM100 oleh ADUN Johor Jaya kepada sejumlah murid di mana sekolah aku menjadi tuan rumah peringkat zon Johor Jaya. Seramai 80 orang murid sekolah aku yang terlibat dalam majlis tersebut. Sebilangan guru turut terlibat dalam mengurus majlis tersebut. Aku? Selamatttt....leh le aku buat kerja lain. Hehehe...

Menurut guru besar aku, ada press yang akan datang buat liputan. So, sesiapa yang nak tumpang glamour leh lah datang ke sekolah aku mulai jam 11.00 pagi esok.Kotlah muka korang leh tersebar kat suratkhabar nanti. Keh..keh..keh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan