Jiwang Corner :)

Rabu, 2 Januari 2013

Hari pertama persekolahan

Pagi ini hujan lebat. Semangat berkobar2 untuk mengadap muka2 baru di dalam kelas tetap ada. Aku sampai di sekolah kira2 jam 0705. Ada ibubapa murid baru yang telah menunggu aku. Arghh..awalnya mereka sampai!

Jadual PdP aku pagi ni agak kosong. Namun semuanya terisi dengan kesibukan mengurus dua orang murid baru pindah masuk. Nampaknya kelas tahun 4 tahun ni sangat padat. Dengan 8 kelas kami terpaksa menampung 310 orang murid. Sesak tuh!

Kira2 jam 0900 seorang ibu murid datang mahu menemui aku di bilik guru. Aku melayannya dengan baik. Maklumlah dia adalah pelanggan kita. Aku pelawa dia duduk lalu aku bertanya, " Puan nak buat bayaran ke?" Lalu wanita itu menjawab," Fatin belum buat bayaran ye, cikgu?" Aku agak musykil namun aku buat2 tak faham kerana aku dapat agak apa masalah wanita itu.

Aku cuba kirakan jumlah keperluan pelbagai yang perlu dibeli olehnya. Aku terangkan satu persatu keperluan setiap item itu. Aku jumlahkan harga keperluan itu," semuanya RM 89.90 ya, puan.."Dia membuka beg tangannya. Aku kira dia mahu mengeluarkan wangnya tetapi sangkaanku meleset.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat panggilan. "HELLO, KAU TAK BAGI DUIT YURAN KAT MANJA EH?" Terkejut aku. Sambungnya lagi,"Aku kat sekolah neh. Naper kau tak bayar lagi? Cikgu dia dah mintak nih!" Aku beristiqfar di dalam hati. Maklumlah tiada pengalaman sedemikian sebelum nih. Malu pun ada.

"Kau jangan lupa bagi Manja duit! Esok suruh dia bayar. Bagi RM 100!" Entah apa yang dijawab oleh orang yang berada di talian itu aku tak pasti. Dia sambung lagi. "Ala...ada baki beberapa ringgit je...dia dah mintak nih. Nanti suruh Manja bagi kat dia." Aduh...kasarnya. Jiwa aku yang sentimental ni mula terusik. Huhu...

Dia? Akukah yang dimaksudkan itu? Hiskh...kasarnya. Bagaimana dia mendidik anak2nya yea? Aku terus memikirkan keadaan anaknya. Biasanya anak2 seperti inilah yang akan menjadi mangsa konflik ibu bapa. 

Selepas dia meletakkan telefon, dia berkata," Cikgu, boleh tak saya bayar esok? Nanti saya kirimkan duit pada Fatin." Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum melihatnya.

Dia bangun lantas kami bersalaman. "Cikgu, boleh saya pergi tengok Fatin di kelas?" Aku mengangguk lantas menunjukkan arah kelas anaknya itu.

Macam2 kerenah manusia ni kan. Aku bukanlah yang terbaik tapi sentiasa usaha untuk jadi yang terbaik. Maruah perlu dijaga walau di mana kita berada. Janganlah sampai mencemarkan maruah diri dan keluarga sendiri. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan