Jiwang Corner :)

Selasa, 15 Januari 2013

Ragam Si Ayah I

Pagi ini YB Tan Cher Puk selaku ADUN Johor Jaya datang ke sekolah bagi memenuhi tanggungjawabnya. Majlis serahan wang bantuan persekolahan RM 100 kepada setiap murid berjalan dengan lancar. Untuk hari ini, seramai 80 orang murid sahaja yang menerima wang tersebut. Murid yang lain akan menerimanya mulai esok.

Aku sempat singgah di kaunter pendaftaran tadi. Seorang bapa murid datang mendaftar lalu dia bertanya, " Kenapa YB Tan Cher Puk yang sampaikan? Bukan duit dia." Seorang rakan guru menjawab," Dia mewakili DS Najib." Bapa murid itu menjawab lagi, "Buat apa DS Najib nak sampaikan pula. Buka duit dia juga. Semua ni duit rakyat!," tambahnya lagi. Aku pun terpaku. Aku terus berlalu memandangkan masa untuk masuk ke kelas telah hampir.

Terserempak pula dengan 4 orang murid sedang menduduki ujian Sains tahun 4. Aku berhenti di tempatnya lalu bertanya, "Semalam kenapa awak tak datang ke sekolah? " Murid itu menjawab, " Entah!." Aku pun naik musykil. Aku tanya lagi, " Takkan awak takde sebab kenapa awak tidak hadir ke sekolah semalam?"

Aku tunggu jawapannya kerana menurut guru kelasnya, murid tersebut malas nak ke sekolah.
Tidak lama kemudian murid itu berkata," Setiap hujung minggu saya akan balik ke Pahang, cikgu." Aik??? Pelik juga tuh. " Buat apa ayah nak balik Pahang setiap minggu?"

Murid lelaki itu menjawab lagi, " Ayah saya pergi jumpa kawan2 dia. Nanti dia berbual2 dengan kawan2 dia tuh." Aku tidak dapat menahan rasa kelakar lantas tertawa. Cara dia yang bersahaja menjawab soalan aku tadi cukup menggelihatikan aku. Ngeh3...

Tadi cerita kelakar. Kali ini aku nak kongsi cerita ganas pula. Sebenarnya kisah ini telah berlaku petang semalam. Namun aku tak berkesempatan nak kongsikan di sini.

Begini kisahnya. Semasa kami bermesyuarat  petang semalam, tiba2 kedengaran suara lelaki menjerit marah2 dari aras bawah. Aku dan rakan2 lain buat tidak kisah. Terus fokus pada mesyuarat. Aku fikir tentu cikgu disiplin sedang menjalankan tugasnya. Maklumlah murid2 sekarang ni agak agresif. Dah tak jalan jika dilayan secara lembut.

Tetiba seorang kerani naik ke bilik mesyuarat dengan tergesa2. Dia terus memanggil Guru Besar turun. Rupa2nya yang menjerit2 tadi suara seorang bapa murid tahun 1. Hah, sangat menakutkan!

Nak tahu selanjutnya? Ikuti kisahnya pada entry selepas ini. Daaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan