Jiwang Corner :)

Ahad, 27 Januari 2013

Fail Pandu Puteri Tunas

Hari ni aku duduk bertapa di rumah. Bila berjalan, pasti kerja-kerja sekolah tidak siap. So, aku manfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan fail Pandu Puteri Tunas. Nampaknya kena isikan maklumat fail bagi sesi 2013 ini sama seperti yang dibuat pada sesi 2012 yang lepas. 

Pada tahun ini, aku diamanahkan sebagai penyelaras Unit Uniform Pandu Puteri Tunas ini. Memandangkan tiada yang bersedia untuk menjadi Setiausaha, maka aku merelakan diri untuk menyiapkan fail ini. Kami dimaklumkan oleh PK Kokurikulum bahawa ada pemantau daripada Unit Kokurikulm PPDPG yang akan datang ke sekolah.


Memandangkan aku mempunyai pengalaman menyiapkan 2 fail pada tahun lepas, maka ianya tidaklah jadi perkara yang baru bagi aku. Namun, seharian juga aku menyiapkannya. Ini termasuklah menaip nama-nama ahli unit aku seramai 122 orang, label setiap tajuk dan mengenalpasti nama murid tiada dalam daftar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan apa yang aku hasilkan ini bukan sahaja memuaskan hati aku, malah kalangan penilai juga. Hikhikhik...( perasan macam bagus jerk )


7 ulasan:

  1. MACAM MANA MAHU CARI BALUT TUNAS PUTERI

    BalasPadam
  2. Apa yang dimaksudkan dengan balut Tunas Puteri tu yea ? Maaf, saya kurang faham ni :)

    BalasPadam
  3. Cikgu, saya ingin mendapatkan carta organisasi Persatuan Pandu Puteri cawangan Kelantan. Adakah Cikgu tahu alamat pejabat pandu puteri di kelantan?

    BalasPadam
  4. cikgu saya nak lagu pandu puteri

    BalasPadam
  5. Maaf, saya tidak punyai alamat untuk hubungi PP Kelantan. Cuba cikgu tanyakan Pak Google.

    BalasPadam
  6. Lagu Dunia

    Arah kita jelas ke depan,
    Bendera berkibar;
    Tidak berlipat di dunia
    Harapan abadi;
    Bersatu untuk kebenaran,
    Persahabatan kukuh;
    Selagi dunia masih ada
    Akan nyanyi lagu ini.

    Yang cintakan kebenaran,
    Menetapkan janji;
    Dengan rela berjasa,
    setia abadi;
    Kebebasan kita tepati,
    Bersedia sama;
    Untuk semua miskin kaya,
    kita beri, yang terdaya.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah fail yang saya siapkan pada tahun lepas telah diiktiraf sebagai fail terbaik semasa majlis Hari Anugerah Koko peringkat sekolah :)

    BalasPadam