Jiwang Corner :)

Khamis, 31 Januari 2013

Gara-gara Gemuruh

Hari ni aku dan 3 rakan lain meluangkan sedikit masa untuk berlatih pergerakan bagi lagu Gemuruh Jiwa  sempena aktiviti kokurikulum Sabtu nanti. disamping itu, kami turut melatih 6 orang murid dari kelas aku untuk sama-sama membuat pergerakan tersebut. PKKO juga sempat singgah melihat aktiviti kami tadi. Beliau turut sama melakukannya. Kami memang tidak kisah jika dia melakukannya kerana beliau memang dah biasa turun padang.

Setakat ini pergerakan yang telah dilatih tadi agak menarik walaupun agak meletihkan kaki aku. Ingatkan aku seorang je yang letih, rupa-rupanya kaki rakan-rakan yang lain turut lenguh. Mudah-mudahan apa yang dirancang akan dipermudahkan olehNYA. Amin...



Video ini merupakan antara rujukan kami

Rabu, 30 Januari 2013

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum ( Seni Silat )

Pagi ini merupakan perhimpunan bulanan kokurikulum buat kali pertama. Jika tahun sebelum dimulakan dengan giliran Pandu Puteri Tunas, maka tahun ini giliran Seni Silat mendahuluinya. Ini bermakna pada tahun ini, Pandu Puteri Tunas merupakan unit uniform yang terakhir yang akan mengendalikan perhimpunan bulanan Kokurikulum. 


Alhamdulillah...lega rasa hati. Masih banyak ruang dan peluang untuk ahli Pandu Puteri Tunas menimba pengalaman dan pengajaran sebelum mengendalikan perhimpunan bulanan Kokurikulum. Jom, saksikan beberapa rakaman gambar ahli unit uniform Seni Silat mengendalikan perhimpunan bulanan dan disamping membuat persembahan.


Persembahan pertama


Persembahan Kedua

Program Guru Penyayang

Semalam guru kaunseling telah mengedarkan borang soal selidik tentang program guru penyayang kepada aku. Beliau meminta aku agar memberi boranng tersebut kepada murid kelas aku. Memaandangkan waktu suntuk, aku hanya meminta murid aku menjawabnya sebelum waktu rehat murid tadi.

Ini merupakan salah satu jawapan soal selidik tadi. Jom selidik. Lajur yang pertama membawa maksud Sangat Tidak Setuju, lajur kedua bermaksud Tidak Setuju, lajur ketiga bermaksud Setuju dan lajur ketiga bermaksud Sangat Setuju. 

Aku hanya minta 10 orang murid sahaja untuk menjawab soalan soal selidik itu tadi. 8/10 memberi pandangan positif sementara 2 orang lagi agak tidak setuju dengan pendekatan guru terhadapnya. Jom lihat jawapan salah seorang daripada mereka.




Saring Kelas Tahun 4

Aku terus meluahkan segala bagai yang ada dalam kerja-kerja aku dalam coretan aku di sini. Masih algi berfokus tugas-tugas semasa pendidik. Kadang-kadang aku rasa bengang juga jika orang di luar sana yang tidak tahu tugas sebenar seorang pendidik. 

Kini aku berasa masih mengantuk berikutan tidur hampir jam 2.30 pagi malam tadi. Kemudian, jam 6 pagi aku dah kena bangun untuk bersiap ke sekolah. Letihnya mata dan otak aku yang ada masanya aku terpaksa gunakannya ke tahap maksimum. Inilah tugas seorang guru. Bila kita mengeluh orang akan kata kita tidak ikhlas bekerja. Namun, hanya Allah yang tahu. 


Hasil kerja aku malam tadi dibawa ke perhimpunan pagi tadi. Sebagai tugas penyelaras aliran tahun 4, aku cuba edarkan senarai nama murid yang telah disaring mengikut kelayakan selepas ujian diagnostik. Maka bermulalah detik bagi murid-murid yang terlibat itu belajar di dalam kelas yang baharu dan berjumpa dengan rakan-rakan yang baru.

Kelihatan ada yang suka, ada yang berduka dan ada yang cool as blue. Apa yang berlaku sedikit pun mereka tak kisah. Bahkan mungkin dalam hati mereka berkata, " ada aku kesah ? " Hehehe...
Bila bermulanya guru kelas menerima murid baharu di dalam kelas, maka kerja guru kelas semakin bertambah. Kerja-kerja bagaikan beratur menunggu giliran untuk disiapkan. Antaranya rekod kehadiran, kenaikan kelas selepas saring dalam data APDM, data SMM, borang G pinjaman buku teks, rekod TOV dan ETR murid, cetak keputusan ujian diagnostik murid dan bla...bla...bla...Sabar ekk...

Ya, Allah permudahkan urusan kerja aku. Sihatkan tubuh badanku agar aku dapat diselesaikan setiap kerja yang menanti dengan mudah. Amin...

Isnin, 28 Januari 2013

Di Sebalik Cuti

Hari ini cuti sempena menyambut perayaan Thaipusam. Bolehlah merehatkan badan dan suara banding di sekolah. Namun di sebalik cuti adakah ia betul-betul cuti? Hah, soalan ini semua cikgu mesti bijak menjawab terutamanya guru-guru kelas. 

Kerja guru kelas memang tak pernah selesai. Kerja-kerja pengurusan kelas pasti terselit tak kira masa. Itu belum ditambah dengan penandaan buku latihan murid yang semakin membukit. Huaaa....tolong, tolong, tolong!

Untuk itu aku selesaikan satu persatu. Jika semalam aku siapkan fail Unit Uniform Pandu Puteri Tunas, maka hari ini aku fokus kepada jadual waktu kelas dan jadual tugas membersihkan kelas. Aku juga target agar dapat menanda sebahagian buku latihan murid.

Jika orang lain berjalan dan bercuti sepanjang waktu cuti, namun aku hanya berkurung di dalam rumah. Hah, inilah hasil kerja aku hari ini! Puas hati bila kerja-kerja dalam senarai belum selesai dapat disiapkan sedikit demi sedikit. Alhamdillah...


Jawapan Matematik

Hari ini aku nak kongsikan jawapan murid aku pada soalan kertas 2 Matematik tahun 6. Jawapan ini aku sempat rakam pada tahun lepas namun tidak sempat aku kongsikannya di sini.  Jom, sesama kita perhati dan baca jawapannya.


Mula-mula aku baca dah buat aku senyum sorang-sorang. Tetapi selepas itu, aku rasa kesal. Aku gagal mengajar murid tersebut menjawab soalan itu dengan betul biarpun hanya mendapat 1 markah. Mudah-mudahan tidak ada lagi murid aku yang menjawab soalan sama seperti itu pada tahun ini. InsyaAllah...

Ahad, 27 Januari 2013

Fail Pandu Puteri Tunas

Hari ni aku duduk bertapa di rumah. Bila berjalan, pasti kerja-kerja sekolah tidak siap. So, aku manfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan fail Pandu Puteri Tunas. Nampaknya kena isikan maklumat fail bagi sesi 2013 ini sama seperti yang dibuat pada sesi 2012 yang lepas. 

Pada tahun ini, aku diamanahkan sebagai penyelaras Unit Uniform Pandu Puteri Tunas ini. Memandangkan tiada yang bersedia untuk menjadi Setiausaha, maka aku merelakan diri untuk menyiapkan fail ini. Kami dimaklumkan oleh PK Kokurikulum bahawa ada pemantau daripada Unit Kokurikulm PPDPG yang akan datang ke sekolah.


Memandangkan aku mempunyai pengalaman menyiapkan 2 fail pada tahun lepas, maka ianya tidaklah jadi perkara yang baru bagi aku. Namun, seharian juga aku menyiapkannya. Ini termasuklah menaip nama-nama ahli unit aku seramai 122 orang, label setiap tajuk dan mengenalpasti nama murid tiada dalam daftar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan apa yang aku hasilkan ini bukan sahaja memuaskan hati aku, malah kalangan penilai juga. Hikhikhik...( perasan macam bagus jerk )


Sabtu, 26 Januari 2013

Jengok Rumah & Kedai Lampu

Petang ni jiran rumah baharuku telefon minta aku temaninya berjumpa dengan kontraktor ubah suai rumah. So, kami bergerak kira-kira jam 3 petang. Aku sempat masuk ke rumah baharuku untuk melihat jika ada perubahan baharu. 

Nampaknya rangka kabinet batu aku telah siap. Barang-barang pekerja juga telah diambil. So, hanya kena tunggu pintunya dipasang, begitu juga dengan kabinet atas.


Selepas membuat urusan dengan kontraktor tersebut kami menuju ke kedai lampu dan kipas. Aku telah bersetuju memilih lampu-lampu dan kipas di kedai yang terletak di Bandar Seri Alam itu. Pilih punya pilih hari telah menjelang ke senja. Begitu cepat masa berlalu. 

Setelah dijumlahkan kos perbelanjaan aku, pemilik kedai itu mengeluarkan invoice kepada ku. Hah, banyak juga pulus yang kena keluar. Kos kipas, lampu dan upah pemasangan mencecah RM2500. Grrr...apapun, alah membeli menang memakai. So, semua peralatan tersebut hanya akan dipasang setelah adanya bekalan elektrik di rumah baru aku. Untuk itu aku hanya membayar RM200 sebagai deposit kepada taukeh Hup Seng Lighting & Electrical Supplier itu.

Jalan-jalan @ Pasar Tani Larkin

Memandangkan hari ini tiada aktiviti koko di sekolah, maka leh lah panjangkan langkah. Pagi ini kira-kira jam 9.00 pagi aku dan rakan-rakan ke Pasar Tani Larkin. Nampaknya ramai sungguh pengunjung yang datang ke sana termasuklah warga Singapura. Mereka memang suka berbelanja di sana memandangkan kosnya lebih jauh murah berbanding di negara kelahiran mereka.


Jalan punya jalan, akhirnya aku hanya membeli makanan. Rakan-rakan yang lain membeli pakaian termasuklah baju kurung dan blaus. Teringat pula semasa aku singgah ke sebuah gerai untuk membeli karipap pusar. Remaja yang membantu emaknya menjual itu menegur aku, " Ye,makcik. Nak beli apa? " Hah, dia panggil aku makcik. Aku hanya tersenyum namun tidak menjawab pertanyaannya.


Dalam hati, " Memanglah aku dah bertitle makcik, tapi untuk anak-anak saudara aku je pun." Lagaknya macam nak sentiasa muda je aku nih. Ngeh, ngeh, ngeh...

Jumaat, 25 Januari 2013

SAPR : Isi Markah Ujian Pengesanan

Petang tadi aku isikan masa dengan memasukkan markah ujian pengesanan murid kelas aku. Pagi tadi lega rasa hati apabila telah menyerahkan markah murid kelas yang aku ajar. Tahun ini 4 kelas Matematik aku ajarkan iaitu 2 kelas tahun 4 dan 2 kelas tahun 6. Ini bermakna ada lapan kertas yang aku kena tanda iaitu empat set kertas 1 dan 4 set kertas  2.


So, markah murid aku tak dapat nak di isi 100%. Ada seorang murid aku yang tidak hadir kerana demam panas. Ibunya telah memaklumkan terlebih awal meminta anaknya menduduki ujian apabila dia telah hadir ke sekolah semula nanti. Aku terpaksa akur memandangkan murid itu salah seorang murid cemerlang kelas aku. So, tak dapat juga aku nak cetak keputusan keseluruhan murid kelas aku. Huhuhu...

* Selasa - 29hb nanti nak kena saring semula murid tahun 4. Sebagai penyelaras, kerja aku masih belum selesai nih. Chaiyok2...( bersabarlah duhai hati )

Khamis, 24 Januari 2013

Jangan dipukul anak kecil yang menangis

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.


Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuatnya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapanya.
Dan apa yang di perbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuknya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Harap dapat lah terapkan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam..

Cara Rasulullah menjaga kesihatan diri

* SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.



* AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


* TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

* GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

* TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

* OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

* TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. 

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


* PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.." ;-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Antara 9 mimpi Rasulullah

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Jom, ini adalah perkongsian kedua aku tentang nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKUYANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT".....

Rabu, 23 Januari 2013

Biodata Rasulullah SAW

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Salam Maulidur Rasul buat semua. Sempenan Maulidur Rasul pada hari ni aku nak kongsikan biodata Rasulullah SAW. Moga kita lebih menegenalinya lantas lebih menyayanginya. InsyaAllah...


Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf 

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib
 
Bapa-bapa saudara: 

• Al-Harith bin Abdul Muthalib 

• Muqawwam bin Abdul Muthalib 

• Zubair bin Abdul Muthalib 

• Hamzah bin Abdul Muthalib 

• Al-Abbas bin Abdul Muthalib 

• Abu Thalib bin Abdul Muthalib 

• Abu Lahab bin Abdul Muthalib 

• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib 

• Hijl bin Abdul Muthalib 

• Dzirar bin Abdul Muthalib 

• Ghaidaq bin Abdul Muthalib 

Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: 

Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun 

Nama isteri-isteri Rasulullah: 

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 

2. Saudah bt. Zamah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 

3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 

4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina Umar bin Al-Khattab 

5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 

6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 

7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 

8. Safiyah bt. Huyay 

9. Zainab bt. Jansyin 

10. Asma bt. al-Numan al-Kindiyah 

11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 

12. Zainab bin Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu Orang Miskin) 


Nama anak-anak Rasulullah: 

1. Qasim 

2. Abdullah 

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah 

6. Ummi Kalthum 

7. Fatimah Al-Zahra

8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah] 


Pengalaman bekerja Rasulullah:


Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.

Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih. Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: 

Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. 


Sifat-sifat terpuji Rasulullah: 

Berkata benar (siddiq) - Boleh dipercayai (amanah) - Penyampai ajaran Islam (tabliq) - Bijaksana (fatanah) 

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy. 

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 

- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.

- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. 

- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 

- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. 

- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: 

• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) 

• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) 

• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) 

• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) 


Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:

- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 

- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 

- Berusia 40 tahun. 

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. 

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku." 

Wallahu Alam...

Selasa, 22 Januari 2013

Goncang dan campak murid ke dinding?

Hari ini akhbar Metro membawa isu sensasi tentang guru goncang dan campak murid ke dinding. Betul ke? Ada bukti daripada kedua2 pihak ke atau saja nak lariskan jualan?

Listen!Listen! Listen! Meh aku nak khabar nih. Apa yang Metro tulis tu auta bukan fakta. Aku tahu cerita sebenar dari awal hingga akhir. Memang aku simpati atas tertuduh. Tertuduh yang aku kenali adalah seorang guru bahasa Inggeris yang tinggi budi bahasanya. Seorang yang pendiam dan sangat menghormati rakan setugas. 


Peristiwa yang aku cuba sampaikan ini ada kaitannya dengan entry aku yg lepas iaitu Ragam Si Ayah II. Kami rakan guru sangat kesal dengan berita yang war-warkan. Apa yang ditulis oleh wartawan itu tidak benar belaka. Murid tersebut yg dikatakan digoncang dicampak ke dinding dimaki dengan perkataan bodoh adalah auta semata.

Mengapa kita terlalu manjakan anak? Begitu ke cara nak didik anak supaya berjaya? Bagaimana pula dengan caci maki bapa tersebut terhadap guru itu? Kalau aku nak cerita sure 3 hari 3 malam nih.

Anak yang tidak mahu ke sekolah dilayan dan ditatang oleh ibu bapa bagaikan raja. Makan semasa rehatnya masih disuap. Kemudian sanggup pula tunggu si anak di pintu kelas tanpa jemu. Tak pergi kerja ke ek? Menurut maklumat murid tersebut, si ayah hanya menjual ikan di pasar. Adeh...banyaknya cekadak dia.

Guru yang hanya menegur dan mengajarkan cara minta izin ke tandas dalam Bahasa Inggeris disalah ertikan. Guru yang mengejar dan menangkap murid daripada lari pecut supaya dapat belajar dalam kelas dimaki-maki. Adilkah begitu? Patutkah cikgu diugut untuk dibelasah?
Subhanallah...Allahu Akbar!

Panduan Memilih Kawan

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.

Pertama :
PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.


Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Isnin, 21 Januari 2013

Lega : Data SMM telah dihantar !

Hari ini aku masih pulun menyiapkan ralat data dalam Sistem Maklumat Murid ( SMM ). Kadang-kadang jadi pening nak settlekan satu persatu. Maklumlah bila murid ramai maka semakin banyaklah ralat yang muncul. Mujur ralat itu tak main cak-cak dengan aku. Kalau betul berlaku mau pengsan plak aku. Hihihi...

Hakikatnya memang agak sukar nak mendapatkan maklumat yang tepat daripada ibu bapa terutamanya maklumat gaji. Ada masanya mereka tidak telis dalam memperakui jumlah gaji mereka yang sebenar terutamanya yang menjalankan perniagaan sendiri. Dah 10 tahun aku jadi penyelaras SMM ni. Namun, masalah yang sama sentiasa muncul. 

Satu lagi masalah adalah sukar untuk mendapatkan maklumat kad pengenalan ibu atau bapa murid. Kes ini berlaku ekoran masalah penceraian ataupun masalah anak tidak sah taraf. Ada juga ibu yang tidak mahu kongsikan gajinya dengan menulis status tidak bekerja walhal bekerja. Ini memang kerap berlaku setelah siasatan dijalankan. Erm...no komen. Kalau nak bantuan daripada KPM sekalipun, janganlah sampai menipu. Adeh...


Aku akui ada masanya aku terpaksa meletakkan nombor kad pengenalan sementara. Perkara tersebut terpaksa aku lakukan untuk mengatasi jumlah ralat yang banyak. Murid sekolah aku hampir mencecah dua ribu orang. Kalaulah dalam satu kelas ada 2 ralat, didarabkan dengan 52 kelas, dah ada berapa ratus ralat ek ? Hah, cuba korang kira sendiri lah kan ?

Apapun, bila dah biasa dengan tugas ini, aku aku anggap alah bisa tegal biasa. Semuanya aku belajar melalui pengalaman sendiri. So, kat sini aku cuba kongsikan ralat yang biasa berlaku :

i) no kad pengenalan ibu atau bapa
ii) gaji
iii) bantuan KPM seperti buku teks, RMT dan KWAPM
iv) unit uniform ( murid tahap 1 yang tidak terlibat sepatutnya diisi dengan TIADA UNIFORM bukan dikosongkan tanpa status )
v) tanggungan ketua keluarga

Tanpa disangka dalam jam 3.00 petang Unit HEM telah menelefon ke sekolah kerana data belum masuk ke emailnya. Selepas pelbagai dugaan aku hadapi, akhirnya data SMM berakhir 21 Januari ini berjaya dihantar ke alamat email PPDPG pada jam 4.30 petang. Lega :)

Ujian Pengesanan diteruskan

Hari ini murid tahun 4 dan 6 terus menjalani ujian pengesanan. Bagi murid tahun 4, mereka menduduki ujian kertas Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi murid tahun 6 pula mereka menduduki ujian Sains dan Matematik kertas 1.

Aku set soalan Matematik tahun 4. Punyalah tersilap pandang hingga soalan no 30 tu tiada jawapan. Mujurlah aku sempat perbaiki ralat itu pada awal pagi. So terpaksalah maklumkan kepada semua kelas tentang ralat tersebut. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.


Bila ujian selesai, mulalah projek menanda kertas. Seperti tahun lepas, aku masih ajarkan 4 kelas Matematik tahun 4 dan 6. So maknanya di sini aku perlu pulun menanda kertas bagi empat kelas.

Ahad, 20 Januari 2013

Pantau Pekerja di Rumah Baru

Petang semalam aku dan jiran sempat pantau pekerja2 di rumah baru aku. Jiran aku sempat buat bayaran kepada uncle Yong setelah rumahnya siap tinted.

Aku masuk ke rumah aku. Nampaknya tidak ada pekerja yang datang bekerja pada hari ni. Namun aku puas hati sebab kerja pendawaian telah siap. Table top kabinet dapur pun dah nampak bentuknya. Alhamdulillah...

Mungkin minggu depan ni mereka akan mula buat cornis rumah aku. Kabinet dapur aku memang nampak panjang. Kalau tak silap 19kaki kot. Tak sabar pulak aku nak tengok kabinet tu siap. Warna merah putih jadi pilihan aku. Hihihi....


Inilah kabinet dapur aku. Tak sabar nak tengok ia disiapkan.


Pendawaian elektrik yang berjuntai-juntai ni memang nampak serabut je kan. 
Bila kornis dah siap nanti, kemaslah ia. 

Sabtu, 19 Januari 2013

Motivasi bersama ibu bapa calon UPSR 2013

Pagi ini masih hujan. Sejak malam tadi hujan tak henti-henti turun. Namun motivasi bersama2 murid tahun 6 terus dijalankan. Nak bangun ke sekolah punyalah bertangguh. Maklumlah rakan lain yang tidak mengajar tahun 6 masih berselimut di atas katil. Huhuhu....

Calon UPSR sekolah aku tahun ni mencecah kira2 320 orang. Memang ramai. Nak kejar GPS yang baik memang agak sukar. Namun kami akan sentiasa berusaha demi kecemerlangan mereka. InsyaAllah...

Kehadiran ibu bapa murid tidak sampai separuh. Majoriti yang hadir adalah dalam kalangan ibu sahaja. Mungkin bapa mereka bekerja. Beginilah sikap ibu bapa murid yang kurang komitmen dengan program2 sekolah. Aku kira di sekolah2 lain pun turut merasai perkara yang sama. 

Majlis pada hari ini membawa sedikit kelainan. Unit B&K telah menjemput ibu bapa murid cemerlang UPSR 2012. Alhamdulillah seramai 4 orang ibu murid tersebut hadir untuk berkongsi pengalaman cara mendidik anak jadi cemerlang.


Antara tips yang dikongsi oleh mereka adalah :

1) duduk bersama anak semasa mereka buat kerja sekolah

2) buat jadual untuk anak

3) dengar masalah anak dan sentiasa ambil tahu perkembangan mereka hingga mereka tidak tahu nak berahsia dengan ibu bapa.

4) tidak tinggal solat dan baca Quran

5) tidak putus asa dalam berdoa

6) puasa sunat semasa hari peperiksaan

7) pemakanan yang sihat dan elak makan makanan yang masam dan berjeruk, kepala ikan dan organ dalaman.

8) tanya hala tuju minat atau cita-cita anak. Kemudian bantu untuk merealisasikan cita2 anak tersebut.

9) wujudkan bilik yang selesa untuk anak belajar dan pilih warna yang sesuai.

10) sesekali cemburukan aktiviti anak-anak

11) gunakan wangian yang sesuai untuk menaikkan semangat anak.

Sistem Maklumat Murid ( SMM )

Pagi ni aku pulun menggabungkan data SMM. Aku pun tak pasti sama ada data SMM versi 4.02 ni masih digunakan di negeri lain atau pun tidaka. Kan data murid dalam APDM dah ada. Dua kali kerja lah pulak kan? Namun apa yang aku dapati di Pulau Pinang sudah menggunakan aplikasi SMM versi 4.5.

Hah...macam biasa pasti ada saja data yang tak lengkap di isi oleh guru kelas. Bukannya apa pasti ada saja murid yang tidak menghantar borang kemaskini maklumat. Ada pula pelbagai maklumat yang tidak dapat dikemaskini kerana maklumat tidak dapat dikesan atas masalah keluarga. Adeh....memang masalah!

So apapun aku kena settlekan sebarang ralat ini sebelum dihantar ke unit HEM PPDPG esok. Harap2 Allah permudahkan urusan aku. Amin...

Cuba Teka ?


Mata tak leh lelap lagi nih. So lappy ni jadi peneman aku pada awal pagi nih. Ternampak plak gambar kucing-kucing comel nih. Cuba teka ada berapa ekor kucing dalam gambar nih ? 

First time tengok, macam ada ..... ekor. Then, ada berapa sebenarnya ek ? 

Mood : Jom, layan mata !


Inline image 1