Jiwang Corner :)

Khamis, 15 November 2012

Ucapan Khas Salam Maal Hijrah 1434

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita untuk berjihad kepada-NYA semata-mata. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Tahun Hijrah 1434H telah tiba menemui kita. Secara tidak langsung tahun 1433H telah berlalu meninggalkan kita. Terasa cepat sangat masa berlalu. Apa yang telah kalian banggakan atas usaha kalian sepanjang tahun lepas?

Ini bererti jarak masa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sehingga kini 1434 tahun dengan kita.Bersama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan hidayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1434H bersamaan 2012M pada tahun ini bertemakan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan