Jiwang Corner :)

Ahad, 18 November 2012

Class Screening 2013

Jumaat lalu aku ke sekolah. Aku ditemani oleh 3 orang rakan yang lain. Objektif kami adalah menyiapkan pengagihan kelas tahun 5 2013. Hari itu aku dah selesaikan perkara ini bersama mereka. Namun atas beberapa sebab aku terpaksa key in semula kenaikan kelas semula.

So aku minta rakan lain turut hadir untuk bantu aku. Biasanya, setiap akhir tahun semua guru kelas akan key in sendiri kenaikan kelas murid kelas masing-masing. Tapi akhir tahun ini memang agak kalut. Ada aktiviti sampingan yang telah dirancang. Jadi aku buat keputusan untuk selesaikannya bersama rakan-rakan terdekat sahaja.

Alhamdulillah atas bantuan 2 orang rakan, maka selesailah kerja aku kira2 jam 1.30ptg. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan