Jiwang Corner :)

Isnin, 19 November 2012

Semakan UPSR secara SMS @ SAPS

Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan di sekolah. Seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. Untuk itu, aku ada terbaca yang semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online

1) Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan kepada pihak ibubapa untuk nenyemak prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka.

Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my. ( Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan )

2) Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

#turut sama berdebar-debar menantikan hasil pengajaran. Yang berjaya diucapkan tahniah dan kurang berjaya teruskan usaha kalian. Langkah kemerlangan kalian bukan terhenti di sini. SPM petunjuk masa depan kalian. Jangan putus asa dan terus tanamkan niat untuk cenerlang dalam pendidikan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan