Jiwang Corner :)

Selasa, 13 November 2012

Pantun tersimpan

Tengah hari tadi aku mula mengemas segala bagai khazanah di rak buku aku. Tak sangka banyak juga stok buku aku. Betul kata pepatah, "sikit2 lama2 jadi bukit".

Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah tentang sehelai kertas. Di situ tulisan aku mencatat pantun jasa or budi yang aku ambil dari seorang guru BM ( kini sudah 3 tahun lebih berpwncen ) semasa aku ajarkan subjek BM satu masa dulu.

Jom baca dan boleh kita gunakan pada waktu2 tertentu terutamanya dalam mengacarakan majlis perpisahan.

Terima kasih dedaun cemara
Datang ke mari kami gembira

Terima kasih dedaun sireh
Tuan kemari menjunjung kasih

Terima kasih dedaun halia
Tuan bermadah diangkat mulia

Terima kasih dedaun seroja
Jasamu tuan kan kami puja

Terima kasih dedaun tanjung
Ilmu tuan kan kami junjung

Terima kasih dedaun bambu
Kenangan di sini ingatan di kalbu

Terima kasih dedaun serai
Kekusutan kami telah dihurai

Terima kasih dedaun temu
Semoga kita kembali bertemu.

Harap bermanfaat :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan