Jiwang Corner :)

Selasa, 27 November 2012

Rindu Datang Lagi

Saat sunyi menerjah minda
rindu itu menjelma lagi
terus menerus mengganggu emosiku
adakah dia turut merasakannya?

Sebak dada menahan kepiluan
mengapa ini harus terjadi
kenapa ada sahaja perpisahan
selepas pertemuan itu....
adakah ini ujian yang selayaknya
untukku Ya Allah.....

Yang pergi takkan kembali,
Yang hidup pastikan mati,
Yang segar akan layu jua,
Yang pasti setiap yang patah akan tumbuh kembali...

Ya Allah,
aku teruskan munajat terhadapMu
dalam doa tulus ku
harapan yang indah pastikan tiba
Ya Allah....
ampunilah aku
atas semua dosa silam aku
jahilnya aku tanpa hidayahMu
tidak terjejak aku melawannya...

PetunjukMu Ya Rabbi
menyedarkan aku akan kelalaianku
aku ku terus mencari cintaMu
cinta yang tidak pernah tinggalkan aku
cinta yang kekal abadi srlamanya...

Ya Allah,
cukuplah sekadar rindu ini padaMu
rindu yang pasti
rindu yang tiada noktahnya
mengapa rindu ini harus aku lontarkan?

Rindu akan brtemuMu
membuat aku semakin kuat dan tabah
perlindunganMu padaku
kusyukuri dalam titisan airmata
yang jernih ini

aku tahu Ya Allah
Engkau ada bersamaku
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang...
Allahu Akbar!

mimisalmi bt pahat

Isnin, 26 November 2012

Walimatulurus ke Kuantan

24/11 Seawal jam 1.00 pagi hujan lebat telah turun. Aku tersedar sambil mengucap syukur dan berdoa agar semuanya selamat. Hujan tadi berhenti seketika dan mula turun semula pada jam 4.30 pagi.

Selesai Subuh aku jengok ke halaman rumah. Kelihatan air mula bertakung pada paras buku lali. Air di parit depan rumah aku dah mula melimpah keluar. Harap2 hujan ini tidak berterusan. Setakat ini kawasan rumah aku tidak pernah dibanjiri air hingga ke dalam rumah. Alhamdulillah....

Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah pengalaman pertama aku nemandu sendiri ke Kuantan. Bukan aku tidak pernah ke sana. Tapi, aku ke sana bukan sebagai pemandu! Siapa tak seronok bila jadi mem besar. Duduk memperhati jerk. Hehehe....

Aku bergerak ke Kuantan kira2 jam 9.45pagi. Perjalanan dari Batu Pahat ke Segamat agak lancar. Aku mengambil masa kira2 2 jam untuk sampai ke sempadan Pahang iaitu Bandar Muadzam Shah. Aku teruskan pemanduan menerusi hutan yang ada di kiri dan kanan jalan. Terdapat juga beberapa gerai peniaga yang menjual durian dan rambutan di bahu jalan. Maklumlah sekarang ini adalah musim durian.

Semasa memandu, kepala otak aku berfikir tentang keburukan melalui jalan seperti itu. Bagaimanakah keadaaanya pada malam nanti? Adakah ada jalan alternatif lain untuk aku lalu malam nanti? Akhirnya apa yang aku fikir dan bayangkan tadi terhenti seketika. Aku berhenti berehat seketika di R&R. ..... Aku ke tandas dan makan tengahari.

Perjalanan diteruskan. Sampai di bandar Kuantan aku cuba bertanya kpd beberapa orang di situ supaya dapat menuju ke rumah pakcik sepupu aku itu dengan lebih mudah. Alhamdulillah akhirnya aku sampai di rumahnya pada jam 3.15 petang. Tetamu mula lengang. Kami makan apa yang dihidangkan. Eh, warna baju kurung yang aku pakai sama pula dengan warna tema pengantin iaitu merah jambu!♥'s it. Hehehe....

Kira2 jam 4 petang aku minta izin daripada pakcik untuk keluar seketika. Aku berhajat untuk menemui sahabat lama aku di bandar Kuantan. Aku mengambil masa kira2 1 1/2 jam untuk berbual2 dgn sahabat lama aku itu. Banyak yang tidak berubah padanya. Sama seperti yang aku kenal sebelum ini.

Kira2 jam 6.15pm aku mula brgerak pulang ke Batu Pahat semula. Kali ini aku memandu mengikut arah yang berbeza daripada arah aku datang. So pemandangannya juga turut brbeza. Namun, kawasan hutan memang tidak dapat dielakkan. Merentas kawasan perkampungan orang asli turut aku rasakan. Tidak banyak kenderaan yang lalu di kawasan trsebut. Memandangkan aku tidak pernah melalui kawasan itu, aku hanya memecut 100km/jam sahaja. Takut2 ada yang menganggu perjalanan pula. Maklumlah gelap malam semakin pekat ditambah pula hujan renyai2.

Akhirnya aku sampai ke rumah pada jam 11.30pm. Agak terlewat sedikit kerana aku tersilap simpang masuk. Sepatutnya aku perlu masuk ke simpang Yong Peng Batu Pahat bukannya Yong Peng Ayer Hitam. Namun aku tetap rasa syukur kerana aku telah sampai di rumah dengan selamat. Alhamdulillah....

# Pengalaman mengajar aku erti tabah dan berani melalui cabaran hidup. Apa yang pasti setiap apa yang ada pada aku hanyalah pinjaman daripada Allah. Sampai masanya, setiap apa yang dipinjamkan akan diambil semula. Aku tidak pernah lupa yang Allah tidak beri apa yang kita nak tapi Dia akan beri apa yang kita perlu. Wallahulam...

Jumaat, 23 November 2012

Kisah Si Comel

Aktiviti pagi ini adalah memandikan si Comel.  Lama betul ia tak mandi. Berpanas berembum berhujan dah mjadi lumrah kehidupannya. Ada masanya aku suka merenungnya memikirkan jasa2nya. Sepanjang 9 tahun aku menggunakannya, ia tidak banyak menyusahkan hidup aku. Terima kasih Comel, I ♥ U!

Aku soroti aktiviti aku seterusnya. Masih lagi menceritakan tentang Si Comel. Tengahari tadi aku tukarkan kaki si Comel. Aku kemaskn kaki si Comel dengan butang2 aloi. Wah...si Comel makin cute! Aku cadangkan akan turut menukar warna pada badannya.

Aku rasa hari ini si Comel sangat bahagia. Maklumlah kakinya dah luka parah. Tulangnya mula reput. Bulan lepas aku cuba pujuk hatinya. Aku dengarkannya siaran hiburan dengan nada yang lebih enak. Aku harap si Comel sukakannya.

Aku syukur dan gembira sebab si Comel ada perubahan. Kalau tuannya nak berbedak takkan si Comel terus dibiarkan comot. Betul tak? Walaupun wang aku terbang1.2+k namun aku tak kisah. Aku lebih kisah, bimbang, risau dan sedih jika si Comel sakit. Lagipun telah sampai masanya aku perlu buat kebajikan pada Si Comel. Aku tidak boleh kehilangan Comel. Aku perlukannya setiap hari.

Aktiviti pagi Khamis

22/11 Pagi ini aku aturkan aktiviti aku. Jika tiada aktiviti musim cuti panjang begini maka akan jadi mati kutulah. So aku tidak akan berdiam.Ingatkan nak dapat kunci rumah yang aku beli tu...tp jumpalah pulak. Takpe, sabar...hehe

So tengahari ini aku keluar bersama kakak ipar aku dan 2 orang anaknya. Aku ke kedai gunting rambut. Mau dpotong rambutnya sikkk...udah panjang sangat. Hehehe...

Lepas tu aku ke BP Mall. Beli kasut baruuuu....anak2 buah aku pula ke Popular Book Store. Beli kelengkapan alat tulis mereka. Then aku serbu ke Watson untuk shopping make up. Kini aku menggunakan produk ZA banding sebelum ini Maybelline. Aku nak tengok apakah perbezaannya dan adakah ia sesuai untuk aku.

Sekian entry aku untuk hari ini.

Kampung halaman jadi destinasi

21/11 - Pejam celik pejam celik dah seminggu cuti persekolahan berlalu. Hah...jika macam-macam yang kita lakukan pasti kita akan rasa masa cepat sahaja berlalu. Namun, jika kita hanya duduk berdiam diri maka masa itu rasanya tak sampai2 ke senja. Hehehe....

Selepas solat Zohor pemanduan aku meluru ke kampung halaman aku iaitu Batu Pahat. Perjalanan aku agak selesa kerana tidak diganggu dengan kesesakan lalulintas. Semua orang sedang bekerja pada waktu itu. Aku?  Sure holidays...hoorey!

Perancangan setakat ini

10/11 - Legoland ( done )
24/11 - Kuantan
30/11 & 1/12 - Kelantan

Keputusan UPSR SKTM 2012

19/11- Pagi ini kira2 jam 10 pagi aku telah bersiap segia ke sekolah untuk menyaksikan Guru Besar mengumumkan keputusan UPSR. Kelihatan ramai ibu bapa dan telah menunggu di Dataran DeMolek. Pihak sekolah telah menjanjikan keputusan akan diumumkan pada jam 11.00 pagi.

Aku lihat ramai juga murid yang tidak sampai. Aku difahamkan mereka sedang menghadapi peperiksaan di sekolah agama. Pasti mereka tidak tenang menjawab soalan pepriksaan tersebut.

Hah...hari ini merupakan hari bersejarah! Keputusan UPSR lewat diumumkan. Biasanya minggu terakhir persekolahan pasti telah selesai. Banyak ura-ura yang menjadi sebab mengapa perkara ini berlaku. Antaranya adalah ' Soalan Bocor '.

Apa yang membanggakan aku pada hari ini adalah peningkatan prestasi murid sekolah aku. Bilangan 5A meningkat kepada 18 orang banding 12 orang pada tahun lalu. Bilangan 4A1B pula adalah 16 orang. Peratus lulus juga meningkat daripada 63 kepada 72. Bilangan calon yang gagal pula mencatat angka 69 orang daripada 270 orang.Alhamdulillah....

Murid yang aku ajarkan pula hanya 13 orang yang gagal daripada 67 orang. Syukur sangat kerana bukan mudah untuk mengajar murid kelas pertengahan dan lemah. Moga semangat daripada semua guru akan terus bangkit pada tahun hadapan. InsyaAllah...

Isnin, 19 November 2012

Semakan UPSR secara SMS @ SAPS

Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan di sekolah. Seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. Untuk itu, aku ada terbaca yang semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online

1) Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan kepada pihak ibubapa untuk nenyemak prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka.

Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my. ( Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan )

2) Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

#turut sama berdebar-debar menantikan hasil pengajaran. Yang berjaya diucapkan tahniah dan kurang berjaya teruskan usaha kalian. Langkah kemerlangan kalian bukan terhenti di sini. SPM petunjuk masa depan kalian. Jangan putus asa dan terus tanamkan niat untuk cenerlang dalam pendidikan. Amin...

Ahad, 18 November 2012

Class Screening 2013

Jumaat lalu aku ke sekolah. Aku ditemani oleh 3 orang rakan yang lain. Objektif kami adalah menyiapkan pengagihan kelas tahun 5 2013. Hari itu aku dah selesaikan perkara ini bersama mereka. Namun atas beberapa sebab aku terpaksa key in semula kenaikan kelas semula.

So aku minta rakan lain turut hadir untuk bantu aku. Biasanya, setiap akhir tahun semua guru kelas akan key in sendiri kenaikan kelas murid kelas masing-masing. Tapi akhir tahun ini memang agak kalut. Ada aktiviti sampingan yang telah dirancang. Jadi aku buat keputusan untuk selesaikannya bersama rakan-rakan terdekat sahaja.

Alhamdulillah atas bantuan 2 orang rakan, maka selesailah kerja aku kira2 jam 1.30ptg. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. InsyaAllah...

Khamis, 15 November 2012

Posing@ Kota Iskandar

Pagi ini aku cadang untuk meninjau ke Kota Iskandar dan Family Theme Park di Puteri Habour. Skodeng cuaca hari ini nampaknya agak baik. Alhamdulillah....insyaAllah cadangan aku ini diperkenankan olehNya.

Jam menunjukkan 11.00 pagi. Aku dan 3 rakan lain ke Restoran Cahaya Molek untuk mengisi perut. Kemudian perjalanan diteruskan melalui lebuhraya EDL. Perjalanan mengambil masa kira2 35 minit untuk sampai ke destinasi.

Sampai di Wilayah Iskandar aku rakan lain agak bangga dan teruja melihat seni rekabentuk setiap bangunan. Cuaca yang redap memudahkan pergerakan kami. Kawasan yg luas itu agak lengang hari ini. Maklumlah semua penjawat awam yang bertugas bercuti ( awal Muharram ).

Boleh dikatakan setiap taman yang ada di situ aku terjah. Seni rekabentuknya yang menarik membuatkan kami tidak melepaskan peluang mengaktifkan lensa kamera kami. Actually takde camera canggih pun. Sekadar mengunakan galaxy note yang ada di tangan sahaja.

InsyaAllah aku akan kongsikan rakaman gambar yang kiut miut itu. Tunggu....

Ucapan Khas Salam Maal Hijrah 1434

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita untuk berjihad kepada-NYA semata-mata. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Tahun Hijrah 1434H telah tiba menemui kita. Secara tidak langsung tahun 1433H telah berlalu meninggalkan kita. Terasa cepat sangat masa berlalu. Apa yang telah kalian banggakan atas usaha kalian sepanjang tahun lepas?

Ini bererti jarak masa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah sehingga kini 1434 tahun dengan kita.Bersama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan hidayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1434H bersamaan 2012M pada tahun ini bertemakan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH."

Jom pekena Yong Tau Foo @ Dataran Bandaraya JB

Tadi aku cerita masa di masjid. Kali ini aku nak share cerita tentang makan pula. Sebenarnya aku dah lama tak gi makan kat Dataran Bandaraya nih.

Hah...kalau korang nak tau tempat makan di sini sangat unik. Kenapa yea ? Ini kerana konsep yang digunakan oleh peniaga2 di sini. Tempat yang aku maksudkan adalah Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya. Medan selera ini hanya menyediakan juadah yong tau foo, steamboat, tahu bakar, dan rojakpetis.

Sesiapa yang berkeinginan meh aku bagitau lokasinya. Tempatnya terletak bersebelahan Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya dan betul-betul terletak di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Dari jauh pasti korang dah nampak deretan luton van tu di situ.

Kalau tak silap mereka dah mula berniaga lepas jam 5 petang hinggalah lewat malam. Harganya pula agak berbaloi. Secucuk steamboat yang lidinya berwarna merah hanya RM1 manakala lidi yang berwarna biru adalah RM1.50. Steamboat ini boleh dimakan dengan sup ataupun sos kacang. So korang leh makan ikut pilihan selera korang sendiri.

Nak tau sedap atau tidak, jom singgah. InsyaAllah tak menyesal :)



Aku dan Hijrah 1434

Selamat tahun baru hijrah 1434 kepada semua pembaca blog Cerita Tentang Cikgu. Mudah2an tahun baru ini membawa seribu makna dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Moga setiap doa kita akan makbulkan oleh Allah. Amin....

Petang td sejurus solat Asar aku dan 4 rakan lain menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar untuk Maghrib dan Isyak berjemaah disamping dpt membaca doa akhir dan awal tahun hijrah. Mana tahu ada ceramah hijrah. Bolehlah kami dengar.

Selesai solat Maghrib kami sama2 membaca Yaasin dan tahlil ringkas. Selepas Isyak kami dihidangkan dengan sedulang nasi bariyani. Baunya dah cukup menyelerakan. Maklumlah perut pun sedang minta diisi. So sedulang nasi dikongsi berempat. Memang sedap. Walaupun agak lapar, namun aku hanya makan sekadar mengalas perut. Aku dapat rasakan ada orang yang lebih lapar yang duduk makan sedulang dengan aku itu. Biarlah dia makan...

Air yang diberikan juga sangat sedap. Mulalah menjadi tanda tanya . " Air apa ni?" Setelah brdiskusi sesama sendiri maka kami dapat meneka. Itu adalah air sunquick yang dicampur dengan asam boi. " Memang ada umphhhh! "

Setelah selesai makan, kami keluar dari perkarangan masjid dengan perancangan seterusnya. Nak tau apa dia?  Kami merancang sambung makan Yong Taufu di Dataran Bandaraya. Jom ikuti cerita aku pada entry seterusnya.

# Lima srangkai memakai jubah. Ala2 hajah gayanya. Comeyyy!

Selasa, 13 November 2012

Pantun tersimpan

Tengah hari tadi aku mula mengemas segala bagai khazanah di rak buku aku. Tak sangka banyak juga stok buku aku. Betul kata pepatah, "sikit2 lama2 jadi bukit".

Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah tentang sehelai kertas. Di situ tulisan aku mencatat pantun jasa or budi yang aku ambil dari seorang guru BM ( kini sudah 3 tahun lebih berpwncen ) semasa aku ajarkan subjek BM satu masa dulu.

Jom baca dan boleh kita gunakan pada waktu2 tertentu terutamanya dalam mengacarakan majlis perpisahan.

Terima kasih dedaun cemara
Datang ke mari kami gembira

Terima kasih dedaun sireh
Tuan kemari menjunjung kasih

Terima kasih dedaun halia
Tuan bermadah diangkat mulia

Terima kasih dedaun seroja
Jasamu tuan kan kami puja

Terima kasih dedaun tanjung
Ilmu tuan kan kami junjung

Terima kasih dedaun bambu
Kenangan di sini ingatan di kalbu

Terima kasih dedaun serai
Kekusutan kami telah dihurai

Terima kasih dedaun temu
Semoga kita kembali bertemu.

Harap bermanfaat :)

Selamat Menyambut Deepavali 2012

Hari ini cuti umum sempena sambutan Hari Deepavali. Aku masih di rumah sewa merehatkan diri di depan tv sahaja. Nak mulakan misi mengemas masih tiada mood lagi.

So, sempena Hari Deepavali ini aku nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India di negara ini. Apa yang aku harapkan setiap kaum dapat meraikan perayaan ini bersama.


Semoga ikatan perpaduan antara kaum 1Malaysia ini dapat dieratkan. Hormat menghormati setiap jenis perayaan oleh penganut agama dan kaum yang berbeza juga dapat dihayati dengan budaya kunjung mengunjungi.

Isnin, 12 November 2012

Musim Kenduri Kahwin

Cuti sekolah telah bermula.Maka bermulalah episod orang2 bujang menamatkan zaman bujang masing-masing. Aku? Masih menunggu gilirin ketetapan yang telah Allah tentukan. Bukankah jodoh itu rahsia Allah...

Tahun ini ada 5 pasang rakan guru di sekolah aku telah dan akan menamatkan zaman bujang mereka termasuklah housemate aku. Aku tumpang bahagia atas rezeki mereka.

Dalam masa yang sama ada juga suara2 latar yang sibuk bertanya, "kau bila lagi? ". "Erm...saya? InsyaAllah, Januari." Mulalah mereka terkejut. Hahaha...saja aku buat kontroversi. Padahal teman lekaki pun tiada. Huhuhu....


Aku yakin sampai masanya nanti Allah akan bongkarkan rahsianya terhadap aku. Pada waktu itu aku pasti Allah tidak merahsiakan lagi tarikh aku diijabkabulkan. InsyaAllah...

# Kita merancang Allah tentukan. Apa yang kita rancang rasanya dah cukup baik tp kita jangan lupa perancangan Allah kepada kita adalah yang terbaik.

Pengalaman di Legoland

"Welcome girls....boys...." itulah ungkapan pertama yg kami dengar drp staff2 Legoland sejurus masuk. Mereka berbaris gitu. Comey2 belaka.



Kelihatan roller coster telah menjalankn tugasnya menjadikan jeritan manusia yang masuk ke dalam perutnya membuatkan jantungku berdegup kencang. Hahaha....( ekoran pengalaman sebelum ).






Jalan-punya jalan memang terpaku.seketika dengan pembinaan replika2 yang diperbuat drp LEGO. Akhirnya aku beratur juga untuk menaiki roller coster kecil di situ.

Jeritan aku menambahkan lagi bingit jeritan yang sedia ada. Sesekali melepaskan rasa tensoin bekerja. Hahaha....sweet gitu. Kelihatan beberapa orang di situ tersenyum2 memandang aku. Ahaksss, malu jugak tp tak jumpa mereka lagi dah. Hikhikhik....

Perjalanan di dalam taman tema itu tergendala seketika kerana hujan. Kami berhenti di Jungle Cafe untuk menuntut baucer makanan dengan set burger yang ada di situ.

Banyak perkara yang aku nak kongsikan sebenarnya. Tapi keseronokan melihat semua yang ada di situ tak terluah dengan kata-kata. Menonton movie 4D juga menarik. Movie yang aku tonton waktu itu adalah spellbreaker. Memang best. Ada salji dan hujan turun. Angin kencang turut dirasakan.

Masa yang diperuntukkan hampir tiba. Aku singgah untuk solat zohor. Aku dah janji dengan Encik Zainal pemandu bas itu untuk pulang pada jam 4.30ptg.

Hakkikatnya banyak tempat permainan yang aku tidak dapat cuba. LEGOLAND...tunggu kedatangan aku lagi. Terasa nak buat annual pass je.Dengan nilai RM275, aku boleh masuk 365 hari. Hehehe....

Ahad, 11 November 2012

Lawatan ke Legoland, Nusajaya

Bas bergerak kira-kira jam 8.30 pagi. Bas yang dipandu oleh Encik Zainal meluru sederhana laju melalui lebuhraya EDL. Itu pertama kali aku melalui lebuhraya itu.

Kira2 35 minit kami telah sampai ke Legoland. Banyak bas2 membawa rombongan telah sampai. Aku terus kumpulkan murid2 aku ke pintu masuk lalu menguruskan tiket2 yang telah ditempah.


Tambahan tiket dibeli dengan harga yang sama dengan peserta yang lain. Alhamdulillah urusannya dipermudahkan asalkan pergi dalam bentuk kumpulan. So jumlah peserta rombongan terdiri daripada 28 orang murid dan 29 orang guru. Hihihi....

Di dalam taman tema itu aku bahagikan murid2 kepada 7 kumpulan. Aku cuba bebaskn pergerakan mereka asalkn dapat berkumpul semula pada jam yang telah ditetapkan.

Sabtu, 10 November 2012

Ambang lawatan ke Legoland

Pagi ini aku bangkit awal seperti biasa. Selepas tunaikan tanggungjawab pada Pencipta, aku mula mem'packing' barang untuk ke sana. Menurut pengalaman rakan yang telah bkunjung ke sana, ada tempat permainan yang akn buat kita basah. So aku bawalah sepasang pakaian.

Rombongan kali ini memang agak kelakar. Mana tidaknya, nisbah guru dan murid yang pergi hampir sama. Masa buat tempahan tempohari, pihak Legoland pun agak terkejut. Hikhikhik...

Apa yang di cadangan jam 8 pagi semua murid berkumpul di kantin sekolah. Aku akan beri mereka sarapan sebelum bertolak. Mujurlah dapat nasi lemak drp jiran sahabat walaupun membuat tempahan saat2 terakhir. Alhamdulillah.

So siaran bicara tanpa kata ini akan bersambung pada posting seterusnya. Aku akan cuba update peristiwa yang akan berlaku di Legoland nanti. InsyaAllah...

Jumaat, 9 November 2012

Majlis Persaraan dan Perpisahan

Alhamdulillah cuaca pada pagi tadi cukup mendamaikan. Semua warga SKTM dapat berkumpul di dataran sekolah dengan berlapang dada.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin diikuti doa selamat. Perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Minit2 tertentu diiringi oleh airmata ekoran ucapan2 daripada guru2 yang akan berpindah.





Aku turut merasakan kepiluan itu. Airmata ini turut mengalir saat mereka mengaitkan kenangan mereka ketika sama2 menjalankan tugas. Namun kesedihan itu perlu aku diatasi. Mana mungkin aku dapat mengacarakan majlis dalam keadaan sayu dan pilu?









Akhirnya majlis dapat dikendalikan dengan baik. Acara yang terakhir adalah yang dirai bersalam-salaman dengan semua murid yang telah disusun hingga ke pintu pagar. Yang dirai pulang dengan sendiri. Biasanya dalam majlis begini, kami akan jemput dan hantar pulang yang dirai. Namun kali ini yang dirai tidak mahu dibuat demikian.


Apa yang aku buat selepas itu?  Aku berkejar ke KFC pula. Mengambil hidangan snake plate untuk aktiviti jamuan murid kelas aku. 

# Mood: Dah tak larat makan KFC. So aku sedekahkan pada rakan aku untuk diberikan kpd anaknya :)

Kekalutan masa

Semalam pulang sahaja dari sekolah aku terus memandu laju menuju ke rumah. Mujurlah kedudukan rumah aku hanya sekangkang kera dari sekolah. Kiranya dengar satu lagu dalam kereta pun tak habid. Hihihi...

Aki bukannya nak berlumba di litar tapi aku terpaksa mengejar masa. Kalaulah masa itu boleh brek...pasti semua orang bahagia dalam kelalaian.

Selepas solat zohor aku teruskan pemanduan menuju ke The Store Tebrau. Target aku adalah membeli hadiah untuk seorang rakan yang akan berpencen dan 4 orang guru lain yang akan bertukar ke sekolah lain.

Tup2 hujan lebat telah turun. Maka pulanglah aku dalam keadaan hujan. Tempat letak kereta jauhlah pula. Kiri kanan tangan dah penuh dengan barang. Ditambah pula dengan payung. Huhuhu....( dalam hati, takde saper ke yang nak tolong aku nih )

Sampaj di rumah hampir jam 5.30petang. Bergegas pula mandi kerana kewajipan pada Allah belum lagi ditunaikan. Aktiviti memasang reben pada hadiah2 bermula. Otak pula terus menjalankan tugas berfikir untuk menyiapkan teks pengacara pula.

Hah, aku kena jadi MC lagi!  Sedikit demi sedikit aku cuba timba pengalaman menjadi MC di sekolah ini. Alhamdulillah....

Akhirnya teks mengacarakan majlis aku selesai disiapkan dan dicetak pada jam 12.10pagi. Doa aku moga perjalanan majlis dapat berjalan dengan lancar :)

Rabu, 7 November 2012

Bengkek pun ada...

Kelmarin aku dah telefon. Petang tadi aku  telefon lagi. Tapi kenapa dia tak angkat jawab? Aku nak tanya pasal barang aku yang aku hantar untuk servis tempohari. Adeh.....rasa bengkek pun ada bila jadi macamni. Sabar jelah!

Inilah tabiat sesetengah orang. Ada telefon tapi tak tahu fungsi telefon tu. Bagi aku telefon bimbit ini bagaikan nyawa. Ke mana sahaja aku akan bawa dan gunakan sebaik mungkin.

Bukan itu sahaja, telefon ni sangat penting terutamanya ketika kecemasan. Lebih2 lagi jika ada kematian. Bagi aku janganlah atas sebab lalai meletakkan telefon, kita akan terlepas daripada menerima maklumat penting.

# mood : kalau tak pandai guna telefon lebih baik letak bawah bantal jerk. Leh jadikan jam loceng utk bangun pagi.

Menanti penuh harapan

Hari ini dah hari Rabu. Ini menunjukkan tinggal 2 hari je lagi berakhirnya sesi persekolahan 2012. Sekejap betul masa berlalu.

Apa yang aku dan rakan-rakan lain nantikan adalah program lawatan bersama murid ke Legoland, Nusajaya. Ikut perancangan yang telah diluluskan, kami akan ke sana pada hari Sabtu.

Harga pakej lawatan secara berkumpulan ke sana memang berbaloi2. Tiket masuk hujung minggu hanya memerlukan RM75 sahaja.

Apa yang saya risaukan sekarang ni adalah keadaan cuaca. Musim hujan telah tiba malah ada pula kawasan yang telah mengalami bah. Apapun, harapan dan doa saya agar perjalanan kami nanti selamat dan dipermudahkan. Moga-moga cuaca yang elok akan mengiringi kami di sana. Amin, Ya Allah...

Ke mana gambar yang kiut miut itu?

Bicara tanpa suara diteruskan. Hari ni aku nak suarakan tentang ketidakpuas hatian aku terhadap blog mobile.

Pertama, gambar yang diupload tidak seperti asal. Pecah2 jerk. Padahal gambar asalnya cantik dan kiut miut. Ada sesiapa menghadapi masalah yg sama?

Keduanya gambar yang kita upload tidak dapat disiarkan pada widget paparan semasa. Bila widget brgerak hanya dipaparkan perkataan "image not available". Pelik juga kan?

Ketiga, gambar yang kita upload tu tak boleh nak pusing. Ada juga gambar yg dalam keadaan normal namun selepas dimuatnaik ia jadi terbalik pula. Huhuhu....

Walaupun aplikasi ini mudah digunakan namun kelemahannya ttp ada.

Selasa, 6 November 2012

Keputusan UPSR 2012 diumum Isnin, 19 November

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Kunjungan kumpulan pemantau SPSK

Pagi ini sesi prsekolahan seperti biasa. Ramai guru yang tidak hadir. Masing2 dengan urusan tersendiri termasuklah menghadapi peperiksaan bg yang sedang mlanjutkn pelajaran.
Kunjungan oleh penilai2 Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ( SPSK ) seawal jam 8.15pagi membuatkan guru2 yang menguruskan fail2 PK 01- 08 begitu sibuk. Mujurlah aku terkecuali. Aku hanya diminta melengkapkan buku RPH sebagai rujukan.
Lega satu perkara bila satu perkara yg kurang lgkap sblm ini dapat dilengkapkn sepenuhnya. Alhamdulillah...
Dikesempatan tadi, aku sempat mengedarkan keputusan peperiksaan murid kelas aku. Aku turut mengedarkn hadiah kelas terceria kepada semua murid. Rezeki mereka bmakna rezeki aku juga. Alhamdulillah...




Isnin, 5 November 2012

Selamat menduduki SPM 2012

Hari ini bermulanya SPM. Kepada semua calon SPM tahun ini, cikgu ucapkan selamat maju jaya. Semoga kalian semua dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan mudah.

Insyaallah setiap apa yang telah kalian usahakn akan terbukti keberhasilannya nanti. Insyaallah...

Penantian Keputusan UPSR 2012

UPSR 2012 telah lama berlalu. Kini keputusannya bakal diumumkan. Jika diikutkan pada kebiasaan keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis sebelum cuti persekolahan bermula.
Erm...apa yang jadi isu sekarang ini adalah di mana ada yang mengatakan keputusan tersebut akan diumumkan dalam cuti sekolah iaitu pada 21hb November nanti..Namun sejauh mana khabar angin itu aku sendiri tdk tahu.
Terbaca juga status rakan aku di Facebook. Dia mencatat di mana calon2 daripada beberapa buah sekolah terpaksa menduduki kertas Bhs Inggeris semula. Ini berikutan banyak kes soalan bocor. Wallahulam.
Apapun kita tunggu sama2 bilakah tarikh sebenar keputusan UPSR ini akan diumumkan. Tunggu...
#Mood : Penantian itu satu penyeksaan.Mengalahkan diri sendiri yang mengambil exam padahal murid2.

Blog mobile

Hari ini aku mula mengepos dan mengemaskini blog aku menggunakan aplikasi blog mobile. Bagi aku aplikasi ini agak menarik. Kita boleh mengemaskini blog kita di mana sahaja dan ianya mudah dilakukan.

Namun, ......hah,ada namun lah pulak!  Apa yang kurangnya neh. Bila korang perhatikan, gambar yang aku muat turun jadi tunggang langgang. Kat mana aku nak rotate?  Ada sesiapa sudi ajarkan aku tak?  Huhuhu....


Hari Kanak- kanak peringkat sekolah

Hari ini merupakan hari kanak-kanak peringkat sekolah aku. Aturcara yang dicadangkan tergendala seketika memandangkan hujan lebat.
Majlis yang sambut sederhana kali ini dimeriahkan dengan beberapa anugerah. Antaranya hadiah kelas bersih dan ceria bulanan, hadiah kehadiran penuh murid, hadiah guru kreatif dan inovatif, hadiah-hadiah pertandingan sempena hari kanak-kanak dsb.
Alhamdulillah...hari ini ada lagi rezeki aku. Kelas aku iaitu kelas 4 Arif telah dinobatkan sbg kelas terceria dan terbersih tahun 2012. Syukur...tak sia-sia aku berkorban masa dan tenaga untuk melakukan semua itu.
Suka juga aku nak kongsikan acara istimewa tahun ini si mana guru-guru menghulurkan sumbangan untuk menyediakan makanan kepada murid2. Menu tang dipersetujui adalah mihun sup. Maka pentol2 rewang untuk masak bertungkus lumus menyediakan menu tersebut.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Selesai makan, murid dibenarkan pulang.


Malam Gala KAGUM SKTM

Malam Gala atau majlis makan malam tahunan pada tahun ini telah diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Tema tahun ini agak suram iaitu hitam putih.



Malam ini agak bertuah bagi aku walaupun pada awal tu ada sedikit kekeliruan semasa acara bertukar2 hadiah. Syukur sebab nombor yang aku pilih kali ini melayakkan aku naik ke pentas untuk mengambil hadiah cabutan drp Encik Tuah.


Akhirnya 'stand mixer' itu mjadi milik aku.  Alhamdulillah....kiranya meja kumpulan aku iaitu meja 5 mmg bertuah. 2 drp 10 shaja yg kurang btuah pada malam tadi.



Peristiwa tak boleh lupa : nombor aku disebut namun orang lain yg perasan bangun untuk ke pentas terlebih dahulu. Argh....mmg jadi topik hangat semasa sehhh....



Pasukan Didik Bistari Johan lagi

Sabtu lalu pertandingan Cilik Bistari peringkat Daerah Pasir Gudang telah diadakan di SMK Agama Johor Bahru. Pertandingan ini dikendalikan oleh JCorp dengan kerjasama JPNJ. SKTM telah menghantar 2 buah pasukan.

Pasukan pertama telah menjadi Johan sementara pasukan kedua mdapat tempat ketiga. Kedua2 pasukan ini sekaligus akan mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri Johor. InsyaAllah mereka akan btanding ke peringkat negeri Johor pada tahun hadapan.

Hadiah pertama : Voucher KFC/AYAMAS/PIZZA/ PHD bernilai RM150
Hadiah ketiga : Voucher bernilai RM80

Congrates to all players!