Jiwang Corner :)

Selasa, 5 Ogos 2014

Bukit Tinggi, Pahang Siri 3

Hari ini baru sempat nak sambung cerita percutian aku ke Bukit Tinggi. Selepas sampai di Chalet Dusun Nora, kami merehatkan diri sambil menghirup udara yang segar. Masing-masing mula berselfie. Itu yang tak leh tahan lah yea! Hahahaha.....( ketawa jahat, nampak ? ) Apapun, kami tau apa yang kami buat. Foto-foto selfie kami bukan untuk tontonan umum. Hanya sekadar menjadi koleksi peribadi kami. Yeahhh...

                                                   Sempat bergroupie dalam hujan renyai

Petang tu kami gerak ke Colmar. Sebenarnya, Colmar Tropicale ni tempat yang sangat cantik pemandangannya. Aku memang teruja bila sampai di sana. Seakan kita berada di perkampungan Perancis! Pembangunan di sini diilhamkan oleh bandar asal Colmar di Alsace, Perancis, dengan unsur-unsur yang diambil dari kampung-kampung sekitarnya seperti Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg. Memang menakjubkan bagi sesiapa yang sukakan keindahan alam semula jadi apatah lagi geng selfie :)

Kunjungan kami sedikit tidak lancar kerana hujan. Namun kami gagahi begitu juga dengan pengunjung yang lain. Merakam gambar sudah menjadi tradisi kami. Letih le juga memusing kawasan tersebut. Lastly kami lepak kat restoran pizza untuk mengisi perut yang mula berdondang sayang. Memandangkan tiada pilihan lain, kami pun tempah dua keping pizza bersaiz besar. Mahal giler, beb! Erm...sesekali terkena, maka redhakan je lah...

Selepas perut membuncit, kami teruskan perjalanan ke Perkampungan Jepun. Sebenanrnya ada shuttle bus yang boleh bawa pengunjung ke sana. Namun, kami memilih untuk pandu kereta sendiri. Kira-kira 10 minit kami sampai ke destinasi. Alamak, kat sini kena mendaki pulak! Tinggi juga tangga yang nak dipanjat tu. Belum lagi disambung dengan pendakian bukit. Arghhhh....aku perlu gagahkan diri, kuatkan semangat. Jika makcik-makcik yang telah berada di atas itu boleh, mengapa aku tidak?

Pendakian ke Perkampungan Jepun
Bergroupie lagi

Akhirnya aku sampai juga ke Perkampungan Jepun. Hujan lebat mula membasahi keindahan alam di situ. Nyaman sungguh udara di situ. Segar je rasa biarpun kaki rasa letih. Menantikan hujan reda, kami berehat di bawah pondok yang disediakan. Dapat juga aku merehatkan kaki. Flat food katakan...

Sebelum turun, aku sempat membeli cenderahati. Freeze magnet sudah semestinya jadi tujuan utama. Lega rasanya bila dapat turun dengan selamat. Seterusnya, kami ke Deer and Rabbit Farm. Malangnya telah ditutup pada jam 5 petang. Kami pula sampai dalam jam 5.15 petang. Huhuhu...takde rezeki le aku nak bermain dengan haiwan-haiwan tu. Pekerja di situ minta kami datang pada jam 9.30 pagi esoknya. Erm...mood jadi terbantut. Kami teruskan pemanduan ke Horse Riding yang kira-kira 15 minit dari situ. Di situ, aku mencipta kenangan bersama Si Putih ! Yeah, tunggu bebelan aku pada siri 4 pula !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan