Jiwang Corner :)

Isnin, 18 Ogos 2014

Kohort Umur Murid

Seawal pagi tadi aku dihubungi oleh rakan sejawatan dari sekolah berdekatan. Aku ni dah le baru je menjawat jawatan SUP, maka blur tahap gaban pun melanda. Cikgu tu tanya pada aku tentang calon yang lahir pada 1.1.2003. Mengikut kohort umur, murid tersebut perlu menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Aduh, masalah negara, nih !

Aku temui Penyelaras Tahun 6 dan beberapa orang guru tahun 6 yang lain. Jadi kecohlah juga. Aku temui PK1 namun tiada jawapan yang dapat menyelesaikam masalah. Begitu juga dengan GB yang bercuti pada hari ini. PKKo turut memberi beberapa cadangan. Akhirnya PKHem membuatkan aku sedikit tenang. Bukan apa, aku tak nak dipersalahkan pada masa akan datang.

Mujurlah kaunselor turut membantu meringankan masalah ni. Menurut PKHem, bapa murid tersebut telah dipanggil sebelum ini. Beliau telah berbincang dengan PKHem tentang perkara tersebut. Menurut PKHem, bapa murid tersebut bersetuju jika anaknya tidak naik ke darjah 6 tahun hadapan, malah  terus ke tingkatan 1. Huh, terkejut beruk juga aku dibuatnya! Kalau anak korang lah, apa yang korang buat?

Esok, kes ini akan terus disiasat. Inshaa Allah, esok semuanya akan selesai. Semoga Allah permudahkan, amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan