Jiwang Corner :)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Berkabung : Kepulangan Jenazah MH17

Jumaat merupakan hujung minggu bagi negeri Johor. Jadi warga Johor berkesempatan menonton siaran langsung kepulangan jenazah anak kapal dan penumpang MH17. Aku turut tidak ketinggalan mengambil kesempatan tersebut. Seawal pagi aku telah mengikuti siaran Nasi Lemak Kopi O dan seterusnya Astro Awani berselang seli dengan siaran TV3.

Hari ini adalah hari warga Malaysia bersatu menghimpun duka mengenang mangsa MH17. Biarpun aku tidak mempunyai talian persaudaraan ataupun kenalan dengan mangsa, namun kesedihan tersebut turut menyelubungi aku. Airmata mata mengalir tanpa dipaksa. Hibanya hati seakan terasa bagaimana jika antara mangsa tersebut adalah saudaraku sendiri.

Saat jenazah diusung mengikut istiadat, hanya Al Fatihah dapat ku sedekahkan. Mereka pergi meninggalkan semua insan yang disayang hanya sekelip mata. Perginya dalam kemalangan yang seakan sukar diampunkan. Merekalah mangsa kekejaman. Takdirnya telah tertulis. Moga roh mereka dicucuri rahmatNya.
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dariNya. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan