Jiwang Corner :)

Sabtu, 9 Ogos 2014

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

5/6/2014 Pemanduan diteruskan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah. Teruja juga aku nak sampai ke sana untuk melihat gelagat-gelagat si belalai. Aku takdelah berhajat untuk mandi bersama gajah-gajah itu, tapi nak menumpang keseronokannya sahaja.

Stiker masuk
Sampai di sana, kami perlu mendaftar dahulu. Isi borang di kaunter. Kemudian kita akan terima stiker masuk.Tiada bayaran dikenakan kecuali jika mahu membuat sumbangan. Pusat ini dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Actually, pusat ini merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.

Hehehe...inilah peluang keemasan. Kulitnya kasar !
Sampai dilokasi, kelihatannya telah ramai pengunjung yang berada di sana. Kami berjalan masuk. Aku teruja nak mengambil peluang memberi gajah-gajah itu makan. Ada gerai kecil yang menjual makanan gajah di situ. Terdapat pisang, tebu, dan kacang yang dijual mengikut harga tertentu. Erm...nampaknya gajah-gajah itu sudah tidak minat dengan tebu. Dia lebih minat kepada kacang. So, aku pun membeli sebungkus kacang berharga RM5 kalau tak silap.

Menuju ke sungai untuk bermandi manda

Mula-mula agak takut dan geli juga bila belalai gajah itu menyentuh tapak tangan aku. Tapi aku gagahi juga kerana staf di situ beritahu yang belalai gajah takda gigi untuk menggigit. Hehehehe...Betul juga kan...Aku cuba berbual-bual dengan staf di situ tentang aktiviti di tempat itu. Menurutnya, sejak berlaku satu kemalangan pada tahun lepas, pengunjung tidak dibenarkan lagi untuk menaiki gajah. Aktiviti mandi bersama gajah juga telah dibatalkan.

Yeay, seronoknya tengok gajah mandi !
Sejak insiden itu, pengunjung hanya dibenarkan memberi makan, menonton persembahan, dan aktiviti staf memandikan gajah. Puas hati juga dapat melihat gajah dari dekat jika nak dibandingkan di zoo. Boleh sentuh lagi badan si gajah itu.

Gajah tu tak nak makan tebu yang diberi oleh minah Salleh tu. Huhuhu...



Aku hanya sempat rakam gambar ni dicelah-celah pengunjung yang ramai. 

Selepas menonton gajah-gajah dimandikan, kami singgah di cafe untuk membasahkan tekak sebelum bergerak pulang. Destinasi R&R Gombak menjadi destinasi makan dan tempat solat kami. Percutian singkat ini membawa makna buat aku coz inilah percutian pertama tanpa membeli belah !

Sampai Batu Pahat jam 12.00 tengah malam. Alhamdulillah, kami selamat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan