Jiwang Corner :)

Ahad, 31 Ogos 2014

Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-57

Hari ini cuti umum sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-57. Namun aku tetap melangkah kaki ke sekolah. Ini lah perjuangan aku untuk anak bangsa. Tinggal 9 hari je lagi UPSR akan dijalankan. Aku pula yang berdebar-debar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Semoga anak-anak didik aki dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah. Inshaa Allah, setiap ilmu yang diterima ada keberkatannya. 

Sementara mengadap televisyen ni aku terpanggil untuk mereka puisi sempena kemerdekaan ini. Actually aku bukannya pandai bebenor nak berpuisi apatah lagi  bergurindam bagai ni. Untuk suka-suka bolehlah...

Saban tahun ia kembali,
Sambutannya kini berulang lagi,
Perjuangan terdahulu diimbas kembali,
Mendokong kemenangan menabur bakti.

Jalur gemilang berkibar bangga,
Negeri aman bersatu dalam negara,
Rakyat megah menggamit sejahtera,
Hanya Malaysia negara tercinta.

Di sini lahirnya sebuah cinta,
Di sini tanah tumpahnya darah kita,
Menabur bakti aku rela,
Sampai masa aku undur jua.

Malaysia, oh tanahairku...
Meski diheret bencana pilu,
Tragedi hiba rakyat bersatu,
Merentap perasaan lidah jadi kelu,
Bangkit sebaris menitip syahdu,
Kenangan tersimpan terpahat padu.

Pejuang bangsaku,
Malaysia bebas daripada penjajah,
Namun minda masih terjajah,
Pergaulan bebas masa depan musnah,
Fesyen keterlaluan menjemput padah,
Penzinaan mengundang murka Allah.

Anak muda pewaris bangsa,
Bangkitlah perjuang selamatkan negara,
Usah alpa nikmat dunia,
Ayuhlah berbakti hingga ke akhirnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan