Jiwang Corner :)

Jumaat, 8 Ogos 2014

Deer Land Kuala Gandah, Lanchang

Sambungan daripada episod Bukit Tinggi, Pahang Siri 6...

Pemanduan diteruskan ke Kuala Gandah. Kira-kira sejam lebih, kami sampai ke destinasi. Tempatnya memang jauh dari pekan atau bandar. Kawasan kampung yang masih tidak banyak didiami oleh penduduk. Kelihatannnya lebih sepuluh buah kereta yang telah berada di parkir. Ini bermakna tempat ini mula dikenali pengunjung. Bunyi teiakan si merak jelas kedengaran seakan menyambut kehadiran kami.

Pintu masuk Deer Land
Setelah membuat bayaran RM6/seorang, kami mulakan langkah meneroka kediaman habibat fauna di situ. Tiket yang diberikan kepada kami ditukar kepada sebekas ubi keledek di kaunter kandang rusa. Hah, disinilah kami berpeluang memberi rusa-rusa itu makan! Pada mulanya aku cuak juga sebab rusa-rusa tu nampak macam kelaparan je. Bekas ubi yang aku pegang tu macam nak terkam. Huhuhu....

Cubaan pertama. Terasa macam Si Rusa tu nak makan tangan aku juga. 
Ular Albino yang sedang kekeyangan 

Aku tak ingat nama dia apa. Tapi dia seakan landak bersaiz kecil.
Bulunya tajam tapi mazih boleh dipegang.

Rama-rama yang jinak menghinggap tangan aku.
Iguana tu sedang bermain mata kot ek

Iguana tu mempunyai kombinasi warna yang sangat cantik !

Haiwan ni kaki tidur waktu siang. Waktu malam baru aktif.
Baunya sangat busuk walhal dia sentiasa dimandikan.

Ini ular sawa yang diimport dari Burma.
Coraknya macam batu wallpaper.

Ini Sawa Malaysia. Kulitnya berbatik-batik 

Si Merak yang sombong

Tidur pada waktu siang adalah rutinnya.
Selepas dua tiga kali mencuba memberi makan kepada rusa-rusa itu, aku mula yakin untuk datang lebih rapat. Mana tidaknya mereka mengejar makanan beramai-ramai. Aku takut dengan yang bertanduk tu. Kalau disondolnya aku, ke hospital plak aku nanti. Selepas itu, kami melangkah melihat haiwan-haiwan yang lain. Deer Farm ini seperti mini zoo. Banyak juga haiwan yang diletakkan di sini dan majoritinya diimport dari luar negara. Di sini kebanyakkan haiwannya boleh dipegang dan boleh bergambar bersama. So, aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti tersebut. Tapi bila berhadapan dengan sawa, aku jadi tewas. Aku geli!

Ok, lepas ni kitaorang nak ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah pula. Jom !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan