Jiwang Corner :)

Sabtu, 19 Julai 2014

@ Giant, Plentong

Bertemu kita pada 21 Ramadhan. Hari ini merupakan hujung minggu aku yang betul-betul santai. Mana tidaknya, seawal jam 8.30 pagi aku dah keluar rumah menuju ke Pasar Tani Larkin untuk mencari keperluan peribadi. Erm...nak raya nih mesti le cari baju, tudung dan selendang lah yea. Perempuan, oh, perempuan !

Ke Pasar Tani Larkin bersendirian tadi agak menghampakan. Aku pulang tanpa mendapat apa-apa hasil. Semuanya tidak menepati citarasa dan warna yang aku inginkan. So, kaki terus melangkah dan memandu ke Giant Plentong. Hah, kat sini aku dapat macam-macam. 

Hasil tinjau yang pertama ( after less RM145 )
Then aku ke Kedai Hiasan Dalaman Romantika untuk membeli bunga gantung. Sebenarnya dah lama aku nak memiliki bunga gantung di rumah. So, hari ini baru berkesempatan untuk membeli bunga dan pasu. Erm...nak menggubah pulaklah, yea !

Selesai pilih bunga aku ke Kedai Cosway untuk membeli keperluan peribadi. Hah, kelakarlah pulak sebab aku beli body trimmer. Konon le nak bersenam kat rumah, yea! Ahaks...Apapun aku akan usahakan almaklumlah, sedang dalam proses diet nih. So, takkan nak buat alat tu jadi perhiasan pula. Hehehe...

Allat ni berharga RM 28.90 jerk :) Total shopping at Cosway = RM95.00

Sebelum balik, sempat lagi aku singgah dan beli sepasang sandal di Kedai Kasut Amly ( RM49.99). Kat kedai kasut ni tadi aku agak terkilan dengan satu aksi begis seorang bapa kepada anak perempuannya. Masa aku masuk tu, si anak sedang mencuba kasut. So, aku pun skodeng le kasut-kasut yang ada kat situ. 
(Tak sangka ada plak sandal Dr Cardin kat situ). Dalam pada itu, si bapa yang berkopiah itu meninggikan suara kepada anaknya.

Bapa : Kasut tu boleh pakai ke tidak ?
Anak : ( muka takut )
Bapa : Boleh ke tidak !!!
Anak : Menganggukkan kepala.
Bapa : Nak cari kasut pun susah!

Bapa ke kaunter untuk membuat bayaran yang hampir dengan kedudukan aku. Aku pun naik seram. Macam ada hantu dalam badan dia. Kesian si anak sebab diperhatikan orang sekeliling. Aku turut simpati. Kemudian si bapa membuat bayaran harga kasut anaknya itu, RM70. 

Tidak lama kemudian, dia memberitahu kepada jurujual tentang saiz kasut tersebut. Aku tidak pasti apa yang dibicarakan coz tumpuan aku pada kasut yang sedang aku pilih. Tiba-tiba, " Nah, bawa sendiri kasut ni!" Bentak si bapa sambil membaling kotak kasut tersebut ke lantai dekat dengan anaknya. Dia terus berlalu meninggalkan anaknya. Sayu aku lihat akan wajah anaknya. 

Dalam fikiran, 

1) Si bapa tak sayangkan anak, ke? Kanak-kanak juga berhak membuat pilihan.
2) Mengapa wataknya tidak menggambarkan penampilannya yang berkopiah itu?
3) Ke mana isterinya pada waktu itu ?
4) Mengapa marahkan sangat anak perempuannya itu ? 
Wallahu alam...

Pengajaran : Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan