Jiwang Corner :)

Khamis, 2 Mei 2013

Akhirnya Kertas Undi Pos Sampai

Hari ini aku masih ternanti2 kertas undi aku daripada abang posmen. Mana tidaknya hari mengundi sebenar hampir tiba. Sempat ke nak pos kertas undi tu? Hari ni dah Khamis. Esok baru nak ambil kertas undi di Pusat Serahan Mel PG. Risaunya...
Balik dari sekolah aku singgah ke pusat fotostat untuk mengambil bahan yang telah dijanjikan. Kemudian aku sempat singgah ke kedai bunga mencuci mata melihat corak dan rekabentuk terbaharu bunga.
Hujan mula turun. Apakan daya aku perlu pulang. Aku teruskan pemanduan dan tidak sampai 5 minit aku telah sampai di rumah. Biarpun hujan lebat aku usaha buka peti surat rumahku. Rasa gembira tidak terhingga kerana nampak ada kad kuning menunjukkan ada surat berdaftar yang perlu diambil. Apa yang pasti itu adalah kertas undi aku. 
Akhirnya apa yang ditunggu telah sampai. Esok aku akan jalankan misi untuk mengambil kertas undi itu dan poskan ke pusat yang dinyatakn pada sampul surat. Tak sabar rasanya nak tunaikan tanggungjawab pada negara!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan