Jiwang Corner :)

Ahad, 27 November 2011

Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Yang Ketahui

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sabtu, 26 November 2011

Berjimba-jimba seketika @ Danga Bay


Berjimba-jimba ? Hehehe...perkataan popular masa kini. Maksudnya bersuka ria ( kalau salah, betulkan saya ). Bagi mengisi masa sebelum pulang bercuti, saya dan rakan-rakan mengambil peluang terakhir bermesra bersama seorang rakan yang akan bertukar tempat bertugas pada sesi persekolahan akan datang.
   
Malam tadi, selepas menghantar seorang rakan ke Terminal Bas Larkin ( pulang ke Kuala Terengganu ), kami meneruskan menikmati udara malam di Teluk Danga. Sebenarnya, perjalanan ke Teluk Dangan ini tidak dirancang. On the sport idea, sehh...


First, kami jalan-jalan melihat pelbagai jenis permainan di situ. Agak ramai juga pengunjung waktu itu. Kelihatan juga ada rombongan pelajar-pelajar sekolah. Dari mana, saya tak pastilah pulak. Hajat hati nak interview budak-budak tu, tapi tak kesampaian. Hehe..kepoh la pulak aku ni !


Hampir letih berjalan, kami menaiki kereta api yang disediakan di situ. Dapatlah meringankan kepenatan. Tapi ia bukanlah percuma tau. Berbayar....RM 5 seorang. Anyaway, duit saya tak laku malam itu kerana yang dirai telah belanja kami. Terima kasih, Kak Muni, tapi malu pun ada. Huhuhu :(

Malam ni rakaman gambar hanya menggunakan kamera telefon bimbit saya. Agak kurang jelas tapi masih memuaskan. Hehehe...

Kami berhajat nak kayuh basikal ni tapi batalkan niat. Bukan pe, takut plak basikal tu patah menampung beban lemak-lemak kami. Ahakss...


Selepas mengelilingi kawasan, kami lepaks di Bistro Bawang Merah. Membasahkan tekak yang kering disamping menikmati juadah ringan-ringan perut as otak-otak, tahu bakar dan sate.

Kelihatan Danga Cruise bercahaya. Teringat pula tahun lepas warga staf sekolah kami meraikan majlis makan malam  di atas kapal ini. Macam2 harta karun yang kami bawa turun selepas selesai majlis. Periuk ada, ion board ada, mangkuk tingkat pun ada.Ahakss :)


Makan ringan-ringan malam tadi membuatkan perut kami cukup penuh. Akhirnya, kami beredar jam 11.30 malam. Pertemuan yang singkat itu cukup bermakna bagi saya. Lebih-lebih lagi itulah kenangan terakhir bersama Kak Muni sebelum dia bertukar ke Subang Jaya. Persahabatan ini tetap saya hargai. Moga tidak luput dalam ingatan & Kak Muni sentiasa dalam ingatan :))

   
Kelihatan Danga Cruise bercahaya. Teringat pula tahun lepas warga staf sekolah kami meraikan majlis makan malam  di atas kapal ini. Macam2 harta karun yang kami bawa turun selepas selesai majlis. Periuk ada, ion board ada, mangkuk tingkat pun ada.Ahakss :)
    

Hayati Muharram

Salam Menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011, dan 1432 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. 

Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.



Pengertian AWAL MUHARRAM 

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting :

~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku :

~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama
    enam bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
    hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera
   Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.

Doa akhir tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-

~ Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

Semoga dapat kita berkongsi kepada semua. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah 1433


Selamat Tahun Baru Hijrah...


Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.



Doa Akhir Tahun 

Doa Awal Tahun

Khamis, 24 November 2011

SM Vokasional Dinaik Taraf Kolej 2013

Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu, bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

kolej vokasional Kolej Vokasional Menggantikan Sekolah Vokasional Menjelang 2013. Apa Pandangan Anda?

"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

Pelajar sekolah menengah Tibngkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua, katanya.

Mohd Puad berkata antara 15 sekolah perintis yang terlibat adalah, Sekolah Menegah Kebangsan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.

Pada tahun 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang melibatkan 9,450 orang pelajar, katanya.

- BERNAMA, 24 Nov 2011

Rabu, 23 November 2011

Sekolah kembali guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik

KUALA LUMPUR: Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.

"Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan 'soft landing' melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan Bahasa Melayu.


"Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan 'soft landing' di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menajwab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pihak yang masih ingin mengekalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menjawab soalan Datin Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi) berhubung keputusan kerajaan mengenai penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains, beliau berkata, guru-guru sekolah rendah atau menengah boleh mengajar kedua-dua mata pelajaran itu sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau dwi bahasa.

"Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik boleh diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Inggeris sepenuhnya atau dwi bahasa di semua sekolah rendah dan menengah kecuali Tahun Satu sehingga kohort terakhir.

"Namun ia bergantung kepada kesesuaian murid-murid di sekolah itu sendiri dari segi penguasaan bahasa mereka tetapi kementerian tetap memutuskan secara muktamad untuk kekal dengan pemansuhan PPSMI dan tidak bercadang untuk melaksanakannya semula seperti yang dituntut beberapa pihak sebelum ini," katanya.

Mengenai Surat Pekeliling baru berhubung pemansuhan PPSMI dan kertas soalan yang hanya akan diberikan dalam bahasa Melayu, Mohd Puad berkata ekeliling baru bertarikh 4 Nov 2011 dikeluarkan.

"Dengan itu surat Pekeliling lama secara sendirinya terbatal dan di dalam surat pekeliling baru termaktub dengan jelas bahawa soalan peperiksaan mestilah dibuat dalam dwi bahasa," katanya bagi menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik). - BERNAMA

Utusan Malaysia Online: 23 November 2011

Selasa, 22 November 2011

Sukan SEA : Malaysia Menang Bola Sepak, Yahoo !!!


Yahooo.....Perlawanan akhir antara pasukan tuan rumah iaitu Indonesia dan juga Malaysia telah pun berakhir. Perlawanan akhir ini amat sengit kerana yang pastinya kedua-dua pasukan  tidak sanggup nak melepaskan gelaran juara. ( kita dah berusaha dengan kuat kenapa mesti kalah kan ?

Perlawanan akhir malam tadi pasti kita semua terkejut dengan gol pertama dari Indonesia. Semestinya amat mengejutkan bagi peminat bola sepak Malaysia sudah dibolos dengan gol hasil tandukan dari pemain Indonesia.( Huhuhuhu...saya sgt sedih waktu itu tapi terus duduk lebih dekat dgn tv ) 

Walaupun berhadapan dengan gegak gempita sorakan lebih 100,000 penonton fanatik pasukan Indonesia dan tekanan psikologi, akhirnya anak buah Ong Kim Swee dapat memboloskan gawang gol Indonesia dengan tandukan pemain Malaysia sebelum berakhir separuh masa pertama. Perlawanan sengit itu akhirnya seri 1 sama. So, masa tambahan pun dibuat. Namun, masa tambahan selama 30 minit juga gagal memecah kebuntuan kepada kedua-dua pasukan. ( semakin berdebar-debar )

Akhirnya debaran penantian oleh seluruh penonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA terjawab. Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dengan 4-3 hasil jaringan penalti kedua-dua pasukan.

Sepakan Penalti Malaysia 4-3 Indonesia Final Sea Games 26th 2011



Syabas Malaysia! Pasukan Harimau Malaya menang terbaekkk !!! Tahniah sekali lagi Harimau Muda Malaysia. Ini adalah kemenangan paling bermakna kerana menang pingat emas bola sepak ini seolah-olah menang keseluruahan dalam sukan SEA. 
( ibu kepada semua emas. Hehehehe... )


Syabas, Harimau Muda Malaysia !
Tabik spring kat Khairul Fahmi...
Penyokong Indonesia Stadium Gelora Bung Karno diam membisu, menangis tak berlagu...

Ahad, 20 November 2011

Ekoran Mansuh Kerja Guru 9 Jam. Apa Kata Mereka ?

Hari ini saya terpanggil pula untuk memetik kata-kata orang yang kurang matang berbicara melalui penulisannya. Mereka tidak sudah-sudah mengata guru-guru sedangkan guru-guru tidak buat salah apa pun kepada mereka.Ini semua gara-gara setuju mengarahkan kerja 9 jam sehari. Agak-agaknya bila agaknya mereka nak minta maaf kepada sekalian guru sekiranya guru adalah dipihak yang benar dalam menjalankan tugasnya.

Berikut kata-kata orang yang kurang matang tersebut. Mari kita baca dan komen bersama-sama :

1) Cikgu kerajaan pemalas dan manja, didik anak bangsa x ikhlas, nk gaji je, x macam zaman dlu. Cikgu didik anak bangsa dengan ikhlas, sekarang dah la x ikhlas pastu manja sangat..dah x ikhlas, pergi kerja lain, ada cikgu yang ikhlas nk ajar anak murid. Cikgu yang kuat merungut, sila la berhenti kerja, ramai lagi yang nk masuk. Seorang pergi, ramai lagi yang nak masuk, x heran langsung dengan cikgu yang manja dan x ikhlas.


2) Manja betul cikgu2 di Malaysia ni. Merungut sana sini. Kalau terbeban sangat jadi cikgu, berhenti shj la. Ramai lagi nak jadi cikgu di luar sana.

3) Setuju sangat jika guru bekerja 9 jam sehari. Sekarang ni anak-anak aku merayau waktu petang. Nanti kalau cikgu kerja 9 jam, adalah balachi yang jaga anak-anak aku. Tak payah risau merayau-rayau kat shopping kompleks. Bukan senang nak jaga anak remaja, terutama waktu petang ,. Nasib baik ada cikgu.Terima kasih, jasamu bukan sahaja untuk mendidik, tetapi sebagai “baby sitter” cikgu serba boleh….Bila aku balik dari pejabat, terus boleh ambil kat sekolah. Bagus betul cadangan ni.

4) Batal kerja 9 jam ? Elaun dan macam2 kemudahan dah dapat, suruh kerja lebih nak ugut macam2. Tak boleh kerja berenti je la. Buka kelas tuisyen je.

5) Guru adalah golongan yang paling suka mengeluh dan komplain, semua orang pun tahu hakikat ini.

6) Saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka di sekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah. So, kerajaan xperlu mintak maid dari Indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan. Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih.

Argh...sungguh mudah mereka nak suruh jaga anak2 mereka sedangkan mereka sendiri xtau nak jaga anak sendiri. Malangnya anak yang dapat ibu bapa seperti itu...

Luahan Seorang Guru

Ekoran daripada isu guru kerja 9 jam sehari, guru semakin diperkatakan. Ini lah nasib guru-guru pada zaman teknologi.  Sesiapa sahaja boleh mengata dan sepantas kilat, maklumat tersebar luas. Almaklumlah, maklumat di hujung jari...


Namun, kami sebagai warga guru merasakan isu ini agak sensitif. Ibarat kata, hati kami ini dijentik-jentik. Orang yang bukan dalam kalangan guru, sememangkan tidak tahu apa sebenarnya tugas seorang guru. 


SUDAH kerap kali saya membaca surat di ruangan yang memperkecil-kecilkan profesion perguruan. Guru dituduh sebagai kakitangan kerajaan yang mengada-ada dan sering meminta-minta. Memang mudah orang berkata jika dia tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru. Kakitangan kerajaan lain enak nikmat di dalam pejabat yang sejuk, mempunyai ruang kerja luas serta boleh menyiapkan tugasan tanpa gangguan.

Cubalah selami sehari kerja seorang guru. Masa bekerja bermula seawal pukul 7.15 pagi. Kalau ditempatkan bekerja jauh dari rumah, ada yang terpaksa keluar seawal jam 6 pagi. Kakitangan kerajaan lain boleh menangguh kerja atau bekerja mengikut masa yang mereka tetapkan sendiri. Guru tidak boleh bertangguh kerja. Bertangguh kerja bermakna mengundang bencana. 

Bertangguh kerja bermakna guru tidak masuk ke kelas. Pelajar yang akan menjadi mangsa. Ada yang mempertikaikan waktu kerja guru yang kononnya hanya dari pukul 7.30 hingga 1.30 tengah hari. Itu bukanlah masa bekerja guru. Itu waktu persekolahan pelajar.

Cubalah anda buat kajian di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Kebanyakan sekolah berakhir pada pukul 2.30 petang dan kadangkala sehingga 4.00 petang. Itu tidak mengambil kira mesyuarat guru dan pentadbiran yang sering diadakan hingga lewat petang. Bagaimana pula waktu hujung minggu dan cuti persekolahan yang diisi dengan kursus dan kegiatan kokurikulum yang padat ? Orang di luar sana masih kabur nampaknya...

Selain itu, guru perlu mengiring aktiviti perkhemahan pelajar, masuk ke hutan berhari-hari, meninggalkan keluarga. Pengalaman ini bagaimanapun tidak dilalui oleh kebanyakan kakitangan kerajaan yang lain. Mereka selesa menginap di bilik hotel berhawa dingin, sedangkan guru kadangkala terpaksa tidur di dalam bilik asrama atau khemah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.


Risiko dalam perjalanan turut ditanggung oleh guru. Pengangkutan khas membawa murid-murid ke pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh PPD dan JPN tidak disediakan malah menggunakan kenderaan guru sendiri.

Masyarakat sering mempertikaikan tempoh cuti sekolah yang panjang dan kerap yang kononnya turut dinikmati oleh golongan pengajar. Sedarkah anda, pada cuti pertengahan semester pertama, guru-guru bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan pelajar di rumah. Tugas memeriksa mesti disiapkan dalam tempoh seminggu cuti persekolahan tersebut. Cuti pertengahan tahun pada bulan Mei selama dua minggu, guru sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun, juga di rumah. Cuti pertengahan semester kedua, guru sibuk menanda kertas peperiksaan percubaan pelajar di rumah.

Sekiranya anda prihatin, anda akan dapati guru kerap melakukan kerja di rumah, masyarakat tidak nampak hal ini kerana anak-anak mereka tidak ke sekolah. Pernahkah mereka terfikir mengapa anak-anak mereka sering memperoleh markah peperiksaan selepas cuti sekolah? 


Beralih kepada isu yang lebih sensasi, cuti akhir tahun. Sedarkah mereka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijalankan pada masa cuti akhir tahun? Sedarkah mereka, skrip-skrip jawapan itu juga perlu ditanda semasa waktu cuti akhir tahun? Menurut pekeliling Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh dipanggil balik bekerja untuk 2/3 tempoh cuti sekolah akhir tahun. Bayangkanlah berapa baki cuti yang tinggal untuk menanda kertas peperiksaan dan juga untuk menyediakan bahan-bahan untuk semester persekolahan yang baru.

Kakitangan kerajaan yang lain diperuntukkan cuti tahunan selama 30 hari yang boleh diambil bila-bila masa sepanjang tahun. Guru pula diperuntukkan cuti rehat selama 7 hari setahun. Cuti ini pula tidak boleh diambil sesuka hati. Masyarakat sedia maklum masalah kekurangan guru yang dihadapi di sesetengah negeri. Apabila seorang guru mengambil cuti pada hari persekolahan, ia akan memberi kesan yang serius kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bebanan guru lain akan bertambah, oleh itu agak sukar juga bagi guru untuk menggunakan hari cuti yang diperuntukkan.

Guru juga bekerja dalam suasana yang kurang selesa berbanding kakitangan awam yang lain, bilik pejabat sejuk sehingga perlu memakai jaket di pejabat. Guru pergi ke kelas pada waktu tengah hari dan mengajar di dalam kelas yang hanya mempunyai kipas sahaja dan perlu berdiri sepanjang masa. Guru tidak mempertikaikan itu semua. Memang suasana kerja kami begini dan kami memang sentiasa ikhlas dan memberikan tumpuan sepenuh masa untuk mendidik dan mengajar anak bangsa kami untuk menjadi insan yang berguna.


Saya bangga menjadi seorang guru kerana banyak kerja yang dilakukan oleh seorang guru tidak dilakukan oleh pekerja lain. Pengalaman kami amat berharga.


Sebelum tu mari kita tengok apa tugas sebenar sebagai seorang guru yang dikatakan gaji tidak berbaloi dengan kerja seperti yang  digambarkan oleh golongan yang kurang matang ini.

Time pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE 
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jadi JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI
Time kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN
Time RMT.. cikgu jadi PELAYAN
Time budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR
Time ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR
Time hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI
Time persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI
Time budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF
Time budak buat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
Time hari Guru... cikgu jadi PENYANYI
Time gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM
Time mak bapak ambil lambat... cikgu jadi BABY SITTER
Time budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Time merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK
Time budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK

Bersusun kerja guru. Tak penah kenal erti lelah sebagi seorang pendidik anak bangsa. Tanpa dedikasi guru-guru siapalah anda sekarang dan juga saya sekarang. Kalau anda rasa apa yang saya katakan di atas ini tidak betul, cuba anda bayangkan balik zaman anda sekolah dulu. 

Sabtu, 19 November 2011

Pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam

Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam


19/11/2011 - LABUAN : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.


Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.
Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

p/s : Alhamdulillah, syukur. Akhirnya pandangan dan luahan rasa guru-guru di ambil berat. Hanya guru yang memahami kerjaya sebagai seorang guru. Namun, orang di luar sana hanya mengeji, mengutuk dan menghina kerjaya guru.

Sekitar Serahan RM100 Bantuan Khas Persekolahan 2012 Peringkat Sekolah

Assalam dan salam sejahtera. Rasanya lama betul saya tidak mengarang di blog ini. Namun, saya tidak membiarkannya sepi kerana saya masih sempat update dgn kenyataan2 akhbar tentang berita semasa dalam dunia pendidikan.

Hari ini saya cuba kongsikan tentang sekitar serahan RM100 kepada ibu bapa sebagai bantuan khas persekolahan sesi 2012. Macam-macam ragam dibuatnya. 

Suasana sebelum jam 10.00 pagi. Guru Besar baharu je sampai sekolah  dari bank. Ibu bapa dah mula ramai yang sampai. Huhuhu...

Suasana sekitar jam 11.15 pagi. semakin ramai ibu bapa yg hadir termasuk ibu bapa 
yang tak pernah datang ke sekolah

Ada yang datang seawal pagi bersama anak2 mereka biarpun surat edaran meminta mereka datang pada jam 10.30 pagi. Siapa yang tak nak duit kan ? Kalau diberi pada saya, amat musykil jika saya tolak.Hehehe...

Guru-guru sentiasa ceria menunggu kepulangan Guru Besar bersama PK HEM mengambil wang diiringi oleh 3 anggota polis. Sesekali diberi peluang menjadi pegawai bank ni, seronok jugak. Itulah guru, serba serbi tugasan boleh dilakukan...

 
 Sedia beratur panjang dengan wajah ceria sebelum menerima wang daripada PT Kewangan. Syabas, cikgu !

 Teringat pula nak kongsikan kisah seorang bapa murid saya yang bertanya pada saya akan soalan berikut. " Cikgu, duit RM100 ni dapat setiap bulan ke ?" Kah,kah,kah...Wah,wah, wah...inilah yang dikatakan sudah diberi betis, mahukan paha pula ! 

Tersembul juga biji mata mata mendengarnya. Mungkin melihatkan keadaan dan reaksi saya, dia pun ketawa. Adeh...mahu bergurau pula dia. Elok juga agaknya jika saya bawa keratan akhbar yang menyatakan bantuan khas itu yang hanya diterima untuk sesi persekolahan 2012 sahaja. 

Dikesempatan ini, saya sempat menunjukkan keputusan anak2 didik kepada ibu bapa mereka. Sempatlah saya ulas tentang perkembangan anak2 didik saya kepada ibu bapa mereka. Alhamdulillah, semua ibu bapa datang dan terima keputusan dengan baik biarpun ada anak mereka yang terpaksa diturunkan kelas kerana keputusan peperiksaan yang merosot.

 
 Jam menunjukkan 12.50 tengahari. Waktu ini,  saya menunggu seorang sahaja lagi ibubapa murid saya yang masih belum sampai.


Terengganu nafi bocor soalan

Sangkal dakwaan ekoran 11 tahun keputusan UPSR cemerlang

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa pentadbiran negeri terdesak untuk mengekalkan kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut hingga menyalurkan soalan bocor kepada calon.


EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan), berkata tuduhan berkenaan tidak berasas dan bersifat mempertikai integriti pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta warga pendidik di Terengganu.
Beliau mempersoalkan jika benar dakwaan itu, mengapa Kementerian Pelajaran tidak mengadakan peperiksaan ulangan.

“Pencapaian cemerlang calon UPSR di Terengganu sejak 11 tahun lalu hasil kerja keras murid, guru dan pegawai Jabatan Pelajaran peringkat negeri serta daerah. Sejak 2000, kerajaan negeri mengadakan kelas tambahan untuk calon dan memberi insentif kepada guru yang mengajar murid Tahun Enam.

“Bermula 2009 pula, kita membekalkan e-book atau komputer riba mini kepada setiap murid Tahun Empat yang mengandungi sukatan pelajaran serta lebih 40,000 soalan latih tubi UPSR,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini semalam.

Pengumuman keputusan UPSR 2011 kelmarin menyaksikan 3,548 daripada 22,801 calon di Terengganu mendapat semua A, iaitu pencapaian terbaik di seluruh negara untuk 11 tahun berturut-turut. 
Ahmad Razif berkata, selain dana Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri kira-kira RM25 juta setahun membekalkan e-book kepada murid, tidak termasuk RM8 juta untuk memberi komputer riba kepada 3,000 guru mengajar murid Tahun Enam dan 800 guru Angkatan Kerja Rajin Mulia (AKRAM) sejak tiga tahun lalu.

feroz@bharian.com.my
2011/11/19

Boleh ambil RM100 ketika cuti

Bantuan persekolahan tak dituntut akan dikembalikan awal tahun depan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang masih belum berkesempatan mengambil wang bantuan persekolahan RM100 masih boleh mendapatkannya ketika musim cuti persekolahan ini sebelum wang berkenaan dikembalikan kepada kerajaan pada awal tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata guru besar di sekolah perlu memulangkan kembali wang yang tidak dituntut atau sebarang lebihan kepada kerajaan selepas tempoh berkenaan berakhir.
“Sepatutnya wang berkenaan sudah diserahkan menjelang akhir bulan ini, tetapi kita menyedari mungkin ada ibu bapa yang belum berkesempatan mengambil wang itu. Jadi mereka masih boleh mendapatkannya ketika cuti persekolahan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Malaysia, di ibu negara semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay serta Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Mohd Zulkifli Mohammed. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengulas kebimbangan ramai ibu bapa yang menyatakan mereka tidak sempat mengambil wang bantuan RM100 bagi setiap pelajar yang diperuntukkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu sebelum pelajar mula bercuti penggal hujung tahun hari ini. 
Mengulas lanjut, beliau berkata pemberian wang bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa membuat persediaan menghantar anak mereka memulakan sesi persekolahan tahun depan dan pihak sekolah perlu memastikan wang berkenaan tiba di tangan ibu bapa.

“Jika sudah berada di tangan ibu bapa, maka terserah kepada mereka sama ada mereka mahu menggunakannya atau menyerahkan kembali kepada pihak sekolah. Kalau sehingga hujung tahun, guru besar perlu membuat keputusan memulangkan wang berkenaan kepada kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai Hari UNESCO Malaysia, Muhyiddin berkata, sambutan yang diadakan buat kali pertama selepas 53 tahun Malaysia menyertai badan dunia itu, akan diadakan setiap tahun bagi memperjuang misi mempromosi pendidikan untuk semua (EFA), membasmi kemiskinan, meningkat toleransi, keamanan, menjamin hak sama rata jantina, memulihara warisan dunia serta menjamin kebebasan media.

“Malaysia sebenarnya sudah menghampiri sasaran 100 peratus peluang pekerjaan, berbanding sasaran yang ditetapkan UNESCO itu pada 2015. Pengiktirafan UNESCO ke atas peranan Malaysia menjadi lebih menyerlah dengan penubuhan dua institut di Malaysia selain banyak tempat warisan negara yang turut diiktiraf seperti Melaka dan Pulau Pinang.

“Saya dimaklumkan, kita dalam proses mendapatkan pengiktirafan tempat bersejarah terbaru iaitu di Lenggong (Perak) dan diharapkan dengan adanya sambutan seperti ini setiap tahun, rakyat lebih terdedah kepada manfaat serta kelebihan penyertaan dalam badan dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Wee berkata, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana sekolah yang mengambil kesempatan memotong sesuka hati pemberian bantuan persekolahan berjumlah RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Bantuan itu adalah hak mutlak pelajar dan golongan berkenaan bebas menggunakan wang terbabit untuk kegunaan persekolahan seperti membeli pakaian, kasut atau beg sekolah,” katanya. 

bhnews@bharian.com.my
2011/11/19

Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi Kali Ke 2

Pekeliling JPA

Siapakah kakitangan awam yang layak untuk menerima imbuhan kali kedua 2011 seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 baru-baru ini?

Bukan semua pegawai dan kakitangan awam layak untuk menerima imbuhan ini, ada syarat yang perlu dipatuhi. Dan antaranya ialah:


Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2011 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh tersebut.

Untuk butiran lebih lanjut, anda boleh download Pekeliling JPA Bilangan 10 2011 di sini: KLIK SINI

Manakala pegawai yang tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi 2011adalah seperti berikut:
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2011;
  • pegawai yang berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya sepanjang tahun 2011;
  • pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2011;
  • pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun 2011; dan
  • pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun 2011.

Cerita DIAM

Sekadar renungan bersama...


Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan...

tapi..
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..
kerana..
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..




maka..
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…