Jiwang Corner :)

Khamis, 16 Mei 2013

Hari Guru 2013

Hari ini Hari Guru. Sedar tak sedar dah 14 kali aku sambut hari guru. Secara tidak langsung dah lebih sedekad aku bergelar seorang guru. Namun pengalaman untuk mengurus murid dan meningkatkan teknik PdP yang berkesan belum aku capai sepenuhnya. Sesungguhnya pengalaman mengajar segalanya....


Untuk semua rakan guru, biarpun usaha kita dicemuh, niat kita dipersenda, janganlah berputus asa. InsyaAllah ada jalan yang akan buat kita lebih tabah untuk lalui dunia pendidikan masa kita. Dulu, guru kita telah ajarkan kita. Sekarang, kita ajarkan murid kita pula. Biarpun berbeza pandangan dek zaman yang telah berubah dengan arus teknologi moden, kita perlu kuat kerana inilah bidang kita, inilah kerjaya kita. Mengapa kita nak jatuhkan martabat profesion kita? Jangan sampai kita digelar Guru 25hb pula.


Sejajar dengan tema hari guru tahun ini '1 Aspirasi 1 Agenda', semua guru perlu sematkan cita2 murni bagi menterjemahkan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar akses kejayaan selari dengan pendidikan antarabangsa. Selain itu, semua guru perlu berpegang teguh pada etika profesion bagi melahirkan pelajar seimbang sejajar dengan Falfasah Pendidikan Negara.

Itulah mereka!

Hari ini aku masih teringat2 apa yang dengar semalam. Suara2 murid yang agak melampau dalam mengeluarkan kata2. Aku sendiri tidak pasti mengapa mereka bersikal demikian. Adakah kurang ajar atau terlebih ajar? Siapa yang harus dipersalahkan?

Semasa mengedarkan surat edaran kepada ibu bapa tentang kem teknik menjawab soalan, aku minta mereka membuat sedikit pembetulan pada ralat masa yang telah dicetak. Waktu program tersebut dipinda dari jam 7.30pagi-6.00ptg kepada 7.30pagi-6.30ptg.

Tetiba seorang murid berkata, "Mak ai....bapak dia ah! ". Aku terkejut mendengar kata-kata murid itu. Aku cuba tegur dengan baik. Aku tak mampu untuk menampar dia atas beberapa sebab. Dalam hati agak terkilan dan terfikir bagaimana pula komunikasi dia bersama ibubapanya, atau akukah yang tidak pandai memberi pendekatan yang terbaik untuknya? Aku sedih...

Tetiba sebelum pulang, hujan turun dengan lebat. Seorang murid datang kepada aku. "Cikgu, kahak saya,!" Aku terkejut. Dia menunjukkan sejenis pepejal seakan jelly yang lembik itu pada tapak tangannya. Memang nampak kahak sebenar. Aku marah kerana terkejut tambah geli. Dia nak bergurau dengan aku agaknya. Aku sabar lagi. Itulah kerenah mereka.

Aku cuba nasihatkan mereka. Adakalanya aku kasihan dengan mereka. Mungkin mereka kurang kasih sayang. Saat itu aku terfikir patutlah sebelum ini ada antara mereka yang memanggil aku ibu. Kasihan mereka. Mungkinkah benar tanggapan aku?

Bersambung....

Rabu, 15 Mei 2013

Didik Bistari : Jom potong tembikai

Esok hari guru akan diadakan di peringkat sekolah. Dalam masa yang sama, kelab Didik Bistari akan membuka ruang niaga bagi menjana pendapatan syarikat Hybrid Bistari. So, misi dimulakan dengan pengorbanan guru2 penasihat kelab di mana kami telah bersetuju untuk menjual beberapa produk makanan dan minuman.
Sebelum pulang dari sekolah, aku ke pasar borong Smart Pandan untuk membeli buah2an bagi jualan esok. Aku membeli 3 biji tembikai matahari, 10 biji tembikai tembikai susu dan 4 biji tembikai merah tanpa biji. " Pergh...berat juga aku nak nolak troli tu tadi!"
So malam ni misi potong memotong tembikai bermula. Rakan guru yang lain memotong jambu batu 15 biji seorang selain membeli air minuman segera. Kelmarin aku turut tempah roti pizza sebanyak 200 bungkus. Harap2 esok pagi perniagaan kami berjalan dengan lancar.
# Inilah yang dikatakan tugas tambahan guru. Korang ada?  Hahaha...

Selasa, 14 Mei 2013

Keringat Hangat

Panasnya aku,
Peluh2 membasahi baju,
Kipas berpusing selaju mungkin
Pendingin hawa berfungsi betul
Hangatnya masih terasa...

Cikgu...
Saya panaslah!
Cikgu turut panas
Sabarlah, anak-anak
Panas ini hanya sementara
Malaysia negara Khatulistiwa

Ini panas dunia
Ini panas dunia
Ini panas dunia
Bisik hati aku
Bagaimana panasnya neraka?
Panas dunia yang masih ada angin sudah tidak tahan!

Ya,Allah..
Ampuni aku
Dosa2 silam yang mungkin masih tidak terampun
Mahu pula mengeluh resah
Siapa aku di sisiMu
Layakkah aku menjadi hambaMu?

Ya, Allah berikan aku kesabaran
Dalam menempuh ujian kecil ini
Anugerahkan aku kekuatan
Untuk terus bernafas melangkah
Perjalanan yang masih panjang ini
Tidak tahu bila dan di mana ajal menjemputku.

Wallahulam...

Hadiah Hari Guru : Deposit Baiah + LHDN

Alhamdulillah...terungkap kalimah itu di bibir aku. Seorang rakan telah mengemaskini status dalam laman sosialnya melalui kumpulan kerja kami. Tulisannya," Duit Baiah dah masuk..." Akhirnya penantian daripada semua staf SKTM terjawab. Deposit ini dijangka masuk pada 30hb April yang lalu namun ianya menjadi igauan. Mungkin ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
So, semua staf bolehlah melangkah lebih jauh. Bila duit ada, semuanya boleh diatur. Apa yang diimpi bolehlah dicapai mengikut kemampuan masing2. Mungkin ini adalah anugerah Hari Guru kepada kami semua.
Aku cuba log in akaun Maybank2u aku untuk memastikan wang itu pasti diterima. Alhamdulillah...ada,  namun ada dua lagi wang deposit masuk. Duit apa tu? Setelah difikirkan akhirnya aku pasti itu duit tuntutan perjalanan dan wang lebih bayar ke LHDN yang dipulangkan semula. Syukur, berganda semula wang dalam akaun aku. Hehehe....

Isnin, 13 Mei 2013

Oh, My Gate!

Kira2 jam 7.40 malam tadi terdengar orang memberi salam di depan rumah aku. Aku buat dek je la. Maklumlah waktu itu aku sedang mengambil masa untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.
Setelah berkali2 aku mendengar orang memberi salam, hatiku mula tertanya2. Rumah aku ke? Aku cuba turun dan jenguk. Rupanya betul. Mereka datang untuk ambil pagar rumah aku. Aku nak naik taraf skit pagar itu sebelum buat auto gate. Apapun moga semuanya berjalan dengan lancar.
#Mood : Terkejut juga bila buka pintu ada tiga lelaki depan rumah. Huhuhu...

Peperiksaan Setengah Tahun Bermula

Hari ini Isnin yang cukup indah. Cuaca agak panas meskipun awan menutupi langit. Perhimpunan tidak dijalankan pada hari ini kerana bermulanya peperiksaan setara peringkat daerah.

Pagi ini semua murid menduduki peperiksaan bagi kertas Pemahaman, Penulisan, Matematik kertas 2, dan Pendidikan Jawi. Moga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah...

Akhirnya Aku Selamat Kembali

Petang Jumaat yang lalu aku selamat sampai di kampung halaman. Tanpa disedari dah sebulan lebih aku tidak pulang. Seingat aku hari terakhir aku pulang adalah musim cuti pertengahan penggal pertama iaitu pada bulan Mac yang lalu.

Atas kesibukan urusan kerja aku kurang menziarahi abah di kampung. Hanya suara yang kedengaran di telefon bimbit. Alhamdulillah semuanya sihat. Aku je yang kerap pening kepala. Mungkin cuaca yang panas menyebabkan migrain aku datang.

# Mood : Selamat sampai di rumah pada jam 10 malam tadi. Perjalanan agak lancar biarpun ada beberapa kenderaan rosak dan kemalangan kecil yang berlaku di lebuhraya tadi. Alhamdulillah...

Isnin, 6 Mei 2013

PM + BN : Kenapa Tak Umum Cuti?

Pagi subuh yang letih. Sakit dan penat badan masih tidak hilang. Malam tadi selepas pulang dari bertugas sebagai wakil SPR aku tidak lena tidur. Kenapa jadi macamtu? Hah korang mesti boleh agak apa puncanya kan?
Kenapa PM tak umum cutiiiii!  Aku letih nih. Telefon mula berdering2. Rakan2 mula menelefon untuk mengetahui sama ada hari ini bekerja atau tidak. Ibu bapa murid turut menghubungi aku. Jawapannya memang kena sekolahhhhh!  Kerja!!!!
Aku pantau FB untuk melihat rakan2 yang mengemaskini status mereka dengan harapan hari ini merupakan hari cuti. Namun semuanya hampa. Hanya tinggal angan2 dalam keletihan. Rasa macam nak cuti sakit sahaja. Bila memikirkan ramai rakan2 yang balik jauh untuk mengundi, sudah pasti mereka akan bercuti. Maka, orang tempatan seperti akulah yang kena hadirkan diri ke sekolah.
Kehadiran murid dan guru di sekolah memang tidak memberansangkan malah amat kurang. Kelas aku sendiri 14/38 orang. Kelas2 yang lain bilangan murid yang datang lebih kurang sama. Antara 5 hingga 15 orang sahaja. Bilangan murid dalam kelas dicantumkan menjadikan 3/8 sahaja. PK Kanan minta aku selaku Penyelaras Tahun 4 menyediakan jadual waktu ganti untuk kelas aliran 4.
# Mood : Badan yang lesu ditambah pula dengan aktiviti mengemas kelas dan susun atur kerusi di dalam kelas yang digunakan sebagai saluran tempat mengundi semalam. Lemah tak daya + ngantuk!

Jumaat, 3 Mei 2013

Undi Pos - Cawangan Serahan PP Pasir Gudang

Pagi ini aku ke sekolah seperti biasa. Namun pelbagai objektif yang harus aku capai bagi mereliasasikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Kertas kiriman pos yang aku terima semalam telah kemas aku susun dalam beg tanganku.
Dalam hati tetap risau bagaimana cara nak pos kertas undi nanti. Menurut seorang rakan kertas undi tersebut hanya boleh di pos di pejabat2 pos tertentu sahaja. Bagi yang membuang undi dalam daerah Johor Bahru pula mereka akan hantar sendiri ke Pejabat Tanah. Batu Pahat???? Macam2 persoalan bermain difikiran memandangkan tempoh hari mengundi semakin hampir.
Jam 2.00 petang aku yang ditemani oleh seorang rakan menuju ke Pjbt Pos Pusat Serahan Cawangan Pasir Gudang yang terletak di Seri Alam. Mujurlah tempat itu mudah dijumpai. Alhamdulillah. Memandangkan pejabat itu buka semula pada jam 2.30 petang aku menghabiskan masa dengan berbual2 bersama rakan di dalam kereta.
Posmen sampai dengan van pos. Aku mengambil peluang untuk bertanya mengenai cara mengepos kertas undi yang aku terima itu. Tak sangka posmen itu memberitahu bahawa kertas undi itu boleh terus serahkan kepadanya. Alhamdulillah
begitu mudah urusannya. Ini bermakna maklumat yang kawan aku beri sebelum ini tidak tepat. Mana2 pejabat pos akan terima kertas undi untuk diposkan ke alamat yang telah dicop di sampul surat tersebut.
Aku mengoyakkan sampul yang berisi kertas undi. Aku pangkah calon pemimpin mengikut ketetapan hati aku bersaksikan rakan aku. Dia menandatangani pada ruangan saksi yang ada pada borang tersebut. Hah, undian aku tidak sulit lagi. Dia nampak aku pangkah siapa. Hahaha...
Aku gamkan dan serahkan kepada posmen yang sejak tadi menunggu aku. Lega rasanya bila dah selesai tunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat.
#Mood : Senangnya dalam hati...lalalalala

Khamis, 2 Mei 2013

Akhirnya Kertas Undi Pos Sampai

Hari ini aku masih ternanti2 kertas undi aku daripada abang posmen. Mana tidaknya hari mengundi sebenar hampir tiba. Sempat ke nak pos kertas undi tu? Hari ni dah Khamis. Esok baru nak ambil kertas undi di Pusat Serahan Mel PG. Risaunya...
Balik dari sekolah aku singgah ke pusat fotostat untuk mengambil bahan yang telah dijanjikan. Kemudian aku sempat singgah ke kedai bunga mencuci mata melihat corak dan rekabentuk terbaharu bunga.
Hujan mula turun. Apakan daya aku perlu pulang. Aku teruskan pemanduan dan tidak sampai 5 minit aku telah sampai di rumah. Biarpun hujan lebat aku usaha buka peti surat rumahku. Rasa gembira tidak terhingga kerana nampak ada kad kuning menunjukkan ada surat berdaftar yang perlu diambil. Apa yang pasti itu adalah kertas undi aku. 
Akhirnya apa yang ditunggu telah sampai. Esok aku akan jalankan misi untuk mengambil kertas undi itu dan poskan ke pusat yang dinyatakn pada sampul surat. Tak sabar rasanya nak tunaikan tanggungjawab pada negara!

Rabu, 1 Mei 2013

Si Comel Sambut Birthday - Surau Giant

Tanpa mengambil masa yang lebih panjang aku hidupkan enjin Si Comel. Aku harap Si Comel faham apa yang bermain di fikiran tuannya ini. Maklumlah dah masuk 10 tahun bersama. Aku memecut laju memandangkan aku masih belum menunaikan solat fardu Zohor sedangkan jam dah hampir jam 3 petang.

Lastly aku membuka lampu isyarat belok ke kiri masuk ke kawasan parkir Giant. Aku bergegas menuju ke surau. Tetiba terdengar suara seorang perempuan mengaji dengan kuat di dalam surau tersebut. Jantung mula berdegup kencang. " Sebelum ini tak pernah pula ada orang mengaji," bisik hati aku. Nak tak nak aku kena masuk juga sebab solatku adalah wajib. Jika ditinggalkan dengan segala, maka seakan aku tidak mensyukuri nikmat Allah.

Dalam keadaan yang cemas aku mengambil wuduk lalu membentangkan sejadah berhampiran makcik itu. Kedengaran suara makcik itu semakin kuat. Subhanallah...bagaimana dengan solatku? Aku cuba fokus pada bacaan tanpa menghiraukan makcik itu lagi.

Projek Ukur Paku dan Gantung

Hari ini cuti umum sempena hari pekerja. Aku stay kat rumah jerk dan merancang nak buat sikit aktiviti di rumah. Hah, korang tau aku nak buat apa? Meh aku kongsikan rakaman gambar projek aku hari ini - Ukur, Paku dan Gantung.

Selasa, 30 April 2013

Awek Photostat

Selesai pulang dari sekolah aku singgah ke Tesco Plentong untuk membeli beberapa barang keperluan. Aku ke sana ditemani oleh seorang rakan.
Setelah membeli barang2 keperluan aku dan rakan keluar lalu memandu menuju ke rumah masing2. Sebelum sampai ke rumah aku perlu singgah ke Pusat Fotostat yang berdekatan dengan rumah. Aku dah janji untuk ambil semua bahan fotostat yang aku tempah. Lagipun aku memang memerlukannya sebagai bahan PdP untuk kelas tuisyen malam nanti.
Sesampainya di kedai fotostat itu, awek tu pun ke kaunter untuk mendapatkan aku. Awek itu kelihatan muda remaja. Dengar loghatnya dia berasal dari Terengganu. Tentu korang tau kan macamana loghat mereka. Ala...ikang makang tu...hehehe...org Ganu jangan marah eh.
" Saya punya bahan dah siap?," tanya aku pada awek tersebut. Dia tersenyum manis lalu menjawab, " Cikgu, betul ke cikgu nak buat 65 set? Ada banyak ni. Kalau 65 set harganya dah RM100+...Saya buat 30 set je." Aku terkejut sebab dalam hati aku berbisik sudah tentu dia tak buat. Aku memerhati kertas tempahan yang dia catat semalam. Memang betul dia tulis 65 set. Aku mula bengkek sebab aku nak gunakan bahan itu malam nanti.
" Kalau kena RM100+ apa masalahnya?" tanya aku semula. " Saya nak gunakannya malam nanti. Jadi macamana? " tambah aku lagi. " Saya minta maaf sebab saya tak yakin cikgu nak 65 set. Cikgu boleh tunggu tak?", tambahnya lagi. Mukaku mula berkerut. Jam menunjukkan hampir jam 6 petang. Dua orang pelanggan yang mungkin juga guru memerhatikan aku dari awal.
"Saya tak boleh tunggu. Saya nak bersiap di rumah. Lepas maghrib nanti saya kena ke sekolah untuk kelas tuisyen, " tegas aku. Awek itu nampak takut. Namun aku terpaksa bertegas kerana aku nampak dia agak cuai. Akhirnya aku ambil 30set itu dahulu sementara bakinya aku akan ambil pada hari Khamis.
Sebelum pulang dia meminta maaf kepadaku sekali lagi. Aku menganggukkan kepala dan terus berlalu.Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

Isnin, 29 April 2013

Penyampaian Hadiah 3 dalam 1

Pagi ini perhimpunan seperti biasa. Majlis perhimpunan pagi ini agak lama kerana ada penyampaian hadiah. Hadiah disampaikan kepada semua peserta yang memenangi anugerah dalam pelbagai bidang. Antara yang terlibat adalah

Bola Sepak - Johan Daerah Pasir Gudang, peserta individu turut menerima hadiah penjaring gol terbanyak dan penjaga gol terbaik

Bola Tampar - Naib Joan Daerah Pasir Gudang Kategori Lelaki  dan Perempuan

Johan Individu Cabaran Cilik Bistari menerima sebuah set Catur Cilik Bistari. Tempat kedua hingga ke lapan menerima sebuah beg Catur Bistari  setiap seorang tajaan Johor Corporation.

Pemenang tempat kedua berkumpulan

Pemenang tempat ke-2 berkumpulan

Pemenang tempat ke-3 berkumpulan

- Saguhati menerima alat tulis. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.