Jiwang Corner :)

Ahad, 31 Ogos 2014

Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-57

Hari ini cuti umum sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-57. Namun aku tetap melangkah kaki ke sekolah. Ini lah perjuangan aku untuk anak bangsa. Tinggal 9 hari je lagi UPSR akan dijalankan. Aku pula yang berdebar-debar. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Semoga anak-anak didik aki dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah. Inshaa Allah, setiap ilmu yang diterima ada keberkatannya. 

Sementara mengadap televisyen ni aku terpanggil untuk mereka puisi sempena kemerdekaan ini. Actually aku bukannya pandai bebenor nak berpuisi apatah lagi  bergurindam bagai ni. Untuk suka-suka bolehlah...

Saban tahun ia kembali,
Sambutannya kini berulang lagi,
Perjuangan terdahulu diimbas kembali,
Mendokong kemenangan menabur bakti.

Jalur gemilang berkibar bangga,
Negeri aman bersatu dalam negara,
Rakyat megah menggamit sejahtera,
Hanya Malaysia negara tercinta.

Di sini lahirnya sebuah cinta,
Di sini tanah tumpahnya darah kita,
Menabur bakti aku rela,
Sampai masa aku undur jua.

Malaysia, oh tanahairku...
Meski diheret bencana pilu,
Tragedi hiba rakyat bersatu,
Merentap perasaan lidah jadi kelu,
Bangkit sebaris menitip syahdu,
Kenangan tersimpan terpahat padu.

Pejuang bangsaku,
Malaysia bebas daripada penjajah,
Namun minda masih terjajah,
Pergaulan bebas masa depan musnah,
Fesyen keterlaluan menjemput padah,
Penzinaan mengundang murka Allah.

Anak muda pewaris bangsa,
Bangkitlah perjuang selamatkan negara,
Usah alpa nikmat dunia,
Ayuhlah berbakti hingga ke akhirnya....

Ahad, 24 Ogos 2014

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke-57

Pagi tadi majlis berjalan lancar. Kebetulan pada minggu ini aku bertugas merangkap mempengerusikan majlis. Persembahan turut menyemarakkan majlis biarpun latihan koir hanya dijalankan sejak empat hari yang lalu. So, aku cuba kongsikan rakaman potret sebagai kenangan.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Berkabung : Kepulangan Jenazah MH17

Jumaat merupakan hujung minggu bagi negeri Johor. Jadi warga Johor berkesempatan menonton siaran langsung kepulangan jenazah anak kapal dan penumpang MH17. Aku turut tidak ketinggalan mengambil kesempatan tersebut. Seawal pagi aku telah mengikuti siaran Nasi Lemak Kopi O dan seterusnya Astro Awani berselang seli dengan siaran TV3.

Hari ini adalah hari warga Malaysia bersatu menghimpun duka mengenang mangsa MH17. Biarpun aku tidak mempunyai talian persaudaraan ataupun kenalan dengan mangsa, namun kesedihan tersebut turut menyelubungi aku. Airmata mata mengalir tanpa dipaksa. Hibanya hati seakan terasa bagaimana jika antara mangsa tersebut adalah saudaraku sendiri.

Saat jenazah diusung mengikut istiadat, hanya Al Fatihah dapat ku sedekahkan. Mereka pergi meninggalkan semua insan yang disayang hanya sekelip mata. Perginya dalam kemalangan yang seakan sukar diampunkan. Merekalah mangsa kekejaman. Takdirnya telah tertulis. Moga roh mereka dicucuri rahmatNya.
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dariNya. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali.

10 Cara Mengenali Rakyat Malaysia

Hari ni aku terbaca artikel ni di page Astro Awani.  Aku rasa menarik untuk aku kongsikannya di sini sebab aku rasa memang benar dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengkaji.

Istimewanya menjadi rakyat Malaysia, anda mudah dikenali di serata dunia melalui gaya percakapan, budaya dan tingkah laku. Bagaimana hendak mengenal sama ada anda seorang rakyat Malaysia? Jika ciri-ciri di bawah menggambarkan diri anda, maka dengan bangganya anda boleh mengatakan, "Ya, saya memang anak Malaysia".

1. Tangan anda berkuasa.
Hanya dengan mengangkat tangan, kenderaan pastI berhenti dan memberi laluan kepada anda untuk melintas jalan. Selaju mana pun kereta, lori, van atau bas di jalan raya – semuanya mematuhi isyarat "tangan" ini. Lambaian "tangan" juga memudahkan akses kekawasan perumahan yang berpengawal. Malah, di mana-mana jua, "tangan" adalah alat komunikasi yang paling berkuasa.

2. Anda memanggil semua orang sebagai "bos".

Tetapi bukanlah bermaksud anda bekerja untuk mereka. Sesiapa sahaja yang anda temui, semuanya anda panggil "bos". Peguam, tukang gunting, pelayan restoran - contohnya, "Bos, kuah lebih sikit!" adalah laungan yang biasa didengari di kedai mamak. Satu panggilan yang mesra dan menunjukkan rasa hormat. Begitulah indahnya budaya kita, kesopanan memupuk keharmonian dan persaudaraan.

3. Anda teruja dengan "jualan murah" dan "percuma".
Sememangnya menjadi sifat orang Malaysia untuk cukup peka dengan berita jualan murah, diskaun hebat dan hadiah percuma. Lebih murah, lebih baik. Kalau percuma, lebih menarik! Sanggup beratur seawal jam 7 pagi untuk jualan murah, sedangkan ke pejabat jam 9 pagi pun berat kak melangkah. Soalan biasa didengar, "Bos, ada diskaun?"

4. Anda menantikan pengumuman cuti umum setiap kali menang acara sukan.
Setiap kali wira sukan negara bertarung di pentas dunia, setiap kali juga peminat berdebar-debar menantikan keputusannya. Sama ada Piala Thomas, Piala AFF Suzuki, mahupun sukan Olimpik- pengumuman cuti umum yang mengiringi setiap kejayaan sememangnya amat dinantikan. Apabila Dato' Lee Chong Wei memenangi perlawanan akhirnya di Piala Thomas, sorakan anda menggegarkan ruang tamu, dengan harapan esoknya diumumkan cuti sebagai meraikannya!

5. Anda mengakiri ayat anda dengan "lah".
Bolehlah. Taklah. Jomlah. "Lah" adalah istilah serba guna. Cuaca? "Panas sangatlah." Harga? "Mahal sangatlah." Tidak percaya? "Takkanlah?" Di mana jua, pada bila-bila masa … kalau anda rakyat Malaysia, katakan saja-lah.


6. Anda sanggup memandu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan makanan istimewa. Dan jika ke luar negara, makanan tempatanlah yang paling dirindui.
Anda sanggup memandu ke mana jua biar pun jauh ke Utara. 4 jam ke Pulau Pinang untuk menikmati keenakan nasi kandar asli? Boleh, Bos! Bukankah hidup ini satu perjalanan, dan di penghujungnya pasti ada ganjaran yang menanti. Begitu juga jika merantau - biarpun hujan emas di negara orang, cita rasa Malaysia tetap di hati.

7. Anda gemarkan makanan yang pedas rasanya.
Bagi rakyat Malaysia, taburan kepingan cili tidak memadai. Kalau ada sambal belacan, cili potong atau cili padi, barulah dikatakan 'pedas'. Tak pedas, tak sah! Bukan untuk masakan tempatan sahaja, apa jua hidangan mesti ada penambah seleranya. Piza atau ayam goreng? Boleh ditambah sos cili. Kami gemarkan makanan yang memenuhi cita rasa, mencabar selera dan menggugat deria. Kepelbagaian makanan umpama lambang keharmonian rakyat Malaysia.

8.Anda gemarkan makanan yang kuat baunya.
Mm-hm! Anda gemarkan durian, petai, cencaluk, budu dan belacan. Meskipun aromanya mencabar deria, anda tahu keenakannya lebih istimewa! Keenakan yang unik inilah yang kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.

9. Ambil gambar dulu, baru makan.
Pantas sahaja tangan mencapai telefon, merakam gambar hidangan dan berkongsi di Facebook, Twitter atau Instagram. Mestilah beritahu rakan-rakan apa dan di mana kita makan! Kedai mamak, restoran mewah, hidangan Barat, sajian Timur, berseorangan ataupun beramai- ramai – mesti ambil gambar dulu. Jom kongsikan di media sosial betapa seronoknya menikmati makanan kegemaran yang enak menyelerakan.


10.Anda sentiasa lewat sekurang-kurangnya 30 minit untuk sebarang janji temu.
Sama ada untuk menghadiri mesyuarat di pejabat, majlis perkahwinan ataupun berjumpa rakan di kedai mamak, anda selalunya tiba lewat. Sekurang-kurangnya 30 minit. 'Janji Malaysia', alasan yang biasa diberi. Bukankah anda juga selalu mengatakan, "saya dalam perjalanan", sedangkan anda baru sahaja hendak bertolak?

Rabu, 20 Ogos 2014

Teks Pengacara Pelancaran Hari Kemerdekaan Yang Ke-57

Ulangtahun kemerdekaan Malaysia akan tiba beberapa hari je lagi. So, setiap sekolah mesti menjalankan program bagi menyemarakkan lagi sambutan di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Tahun ini, aku dilamar lagi untuk mengacarakan majlis setelah dua tahun aku direhatkan. So, apalah daya aku untuk menolak selain cuba yang terbaik.


    Esok adalah hari raptai. So, lega aku dapat menyiapkan teks ini dalam pada aku kalut menyiapkan tugasan sebagai SUP UPSR.  So, aku kongsikan teks pengara ini untuk rujukan kalian, jika perlulah yea. Sharing is caring :)

1) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 

 


2)      Assalammualaikum dan salam 1Malaysia…. 

3)     Ceria wajah dalam majlis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

4)  Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Molek. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

5)      Anak-anak Molek,

6)    Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan  ulangtahun yang ke-57 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

1)    Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, hakikatnya menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957. Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

9)  Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama golongan muda inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang. 

10)  Anak-anak molek,

11)  Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah anak remaja sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan jadi pada negara pada zaman kalian menjadi dewasa kelak.

12)  Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan dan teknologi yang sedang kita lalui. Kita semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin. 

13)  Hadirin sekalian,

14)  Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur program akan menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu majlis diteruskan dengan menjemput .................................................... selaku penyelaras program bagi memberi penjelasan lebih lanjut.

15)  Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Dipersilakan....

16)  Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

17)  Keris Melayu Lambang Pusaka,
Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,
Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

18)  Hadirin sekalian,

19)  Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala bencana.

20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara    persembahan. Dipersilakan kumpulan koir ............................... dengan lagu Parajurit  Tanah Air dan Warisan, diikuti dengan sajak ............................................ yang akan  dibacakan oleh Siti Hazwany binti Zaini.

21)  Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Negaraku.

22)  Mengakhiri majlis, diminta ................................................... untuk membacakan doa.

23)  Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

24)  Sekian, terima kasih



Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-57 2014

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-57 2014


WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Selasa, 19 Ogos 2014

Kohort Umur Murid Siri 2

Pagi tadi aku dan kaunselor menemui murid yang terlibat. Murid itu nampak cool. Sebelum ini, aku pernah ajar dia ketika dia dalam tahun 4. Murid yang ada potensi lulus dengan baik tetapi agak malas. Kami berbual-bual tentang tapik utama. Murid tersebut masih nampak keliru tentang perjalanan pendidikannya.
Jika dia mengambil peperiksaan tahun ini, maka dia akan terus ke tingkatan 1. Jika dia tidak mengambil peperiksaan tahun ini, dan belajar dalam tahun 6 pasa tahun hadapan, maka dia akan terus berada dalam tingkatan 2 pada tahun berikutnya.

Kasihan juga aku melihat situasi terpencil begini. Namun apakan daya, ini adalah arahan KPM. Murid ini tidak diberi perhatian dan terlepas pandang. Nasi sudah menjadi bubur. Masalah yang timbul ini perlu diselesaikan segera.

Dengan bantuan PKHem, Puan Soh Rosie, dia telah membuat panggilan kepada pegawai penyelia di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Menurut pegawai tersebut, pihak sekolah tidak perlu memaksa murid tersebut untuk menduduki peperiksaan UPSR yang akan berjalan tidak lama lagi. Menurutnya lagi, pihak sekolah mewakili pihak ibu bapa perlu membuat surat rayuan segera kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar mempertimbangkan kohort umur semasa murid banding kohort umur persekolahan.

Tambah pula satu kerja aku. Tapi aku redha sebab ini melibatkan UPSR. Aku tidak mahu ada masalah lain akan muncul pada hari kemudian. So, aku akan siapkan juga surat tersebut. Mudah-mudahkan urusan aku dipermudahkan lebih-lebih lagi berserabut dengan keperluan calon UPSR. Banyaknya nak kena buat ! Huhuhuhu....

Isnin, 18 Ogos 2014

Kohort Umur Murid

Seawal pagi tadi aku dihubungi oleh rakan sejawatan dari sekolah berdekatan. Aku ni dah le baru je menjawat jawatan SUP, maka blur tahap gaban pun melanda. Cikgu tu tanya pada aku tentang calon yang lahir pada 1.1.2003. Mengikut kohort umur, murid tersebut perlu menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Aduh, masalah negara, nih !

Aku temui Penyelaras Tahun 6 dan beberapa orang guru tahun 6 yang lain. Jadi kecohlah juga. Aku temui PK1 namun tiada jawapan yang dapat menyelesaikam masalah. Begitu juga dengan GB yang bercuti pada hari ini. PKKo turut memberi beberapa cadangan. Akhirnya PKHem membuatkan aku sedikit tenang. Bukan apa, aku tak nak dipersalahkan pada masa akan datang.

Mujurlah kaunselor turut membantu meringankan masalah ni. Menurut PKHem, bapa murid tersebut telah dipanggil sebelum ini. Beliau telah berbincang dengan PKHem tentang perkara tersebut. Menurut PKHem, bapa murid tersebut bersetuju jika anaknya tidak naik ke darjah 6 tahun hadapan, malah  terus ke tingkatan 1. Huh, terkejut beruk juga aku dibuatnya! Kalau anak korang lah, apa yang korang buat?

Esok, kes ini akan terus disiasat. Inshaa Allah, esok semuanya akan selesai. Semoga Allah permudahkan, amin...

Khamis, 14 Ogos 2014

Sambutan Raya @ Sekolah

Sambutan hari raya peringkat sekolah bermula jam 10 pagi. Wah, memang nampak meriah! Warna warni memenuhi setiap ruang yang ada. Alhamdulillah, sambutan kali ini dijalankan serentak oleh semua kelas di Dataran De Molek.

Murid-murid membawa kuih raya disamping makanan masing-masing. Guru kelas turut memainkan peranan tentang menu murid masing-masing. Mihun, nasi himpit, lontong dan rendang menjadi pilihan. Syukur, semua dapat menikmati makanan bersama-sama.

Guru-guru memilih laksa Johor, roti jala dan lontong kering sebagai menu utama. Ditambah pula dengan buah-buahan dan kuih muih. Banyak bangat makanan! Aku pun tak larat makan setiap menu yang ada. On diet katakan....

Kemeriahan ditambah dengan dendangan lagu-lagu raya disamping sesi bergambar. Murid-murid pun bawa monopod, beb! Class kau Jahhh!

Ahad, 10 Ogos 2014

Photoshooter lah pulak...

Hahaha...akulah photoshooter tak bertauliah. Actually tujuan sebenar nak bantu mereka yang susah sangat nak bagi gambar untuk lengkapkan borang calon. Huh, kalau yang kurang kemampuan tu, aku accept lah juga. Tapi kalau yang memberi alasan tak sempat nak bergambar di kedai, rasa macam nak marah juga. Hai, si ibu bapa bagi anak-anak yang nak periksa, mintalah ambil berat skit! Takkan tak boleh nak luangkan masa skit untuk keperluan anak. Jika ibu bapa yang lain ada masa untuk anak-anak mereka, mengapa kamu tidak!

Bersabarlah, duhai hati!

Fail Pendaftaran UPSR

Minggu ni aku kena kerah guru-guru kelas untuk menyiapkan semua keperluan calon UPSR. Semua borang perlu dilengkapkan dan gambar calon perlu dilekatkan. Lega rasanya fail-fail tersebut dapat diedarkan kepada guru kelas lebih awal. So, skang ni tugas aku nak tampal nombor giliran calon dan siapkan keperluan hari peperiksaan.

Bila tarikh UPSR dah semakin hampir ni, aku pula yang semakin berdebar. Demam dan batuk masih tak reda sepenuhnya. Argh..ujian untuk aku lepas raya nih. Dok dalam kelas pun, terpaksa kawal suara. Nasib baik murid memahami aku. Ada yang suruh aku diam-diam, tak perlu cakap banyak. Ceh, nampak sangat dia nak monopoli aku.

Esok aku cadang nak tampal semua senarai pemdaftaran calon dan angka giliran, dan semak semua keadaan jam dinding yang akan digunakan semasa peperiksaan UPSR nanti. Mudah-mudahan kesihatan aku semakin pulih pada esok hari. Amin...

PUASA QADHA' vs PUASA 6 SYAWAL

Syawal semakin pantas berlalu. Biasanya aku akan puasa qada dalam bulan Syawal ini. Secara tidak langsung aku dapat melakukan puasa sunat 6 sekali. Tahun ni puasa qada aku hanya 4 hari. So, insyaAllah aku  akan cuba selesaikannya dalam minggu ini. 

Jom, kita study skit tentang puasa Qada yang digabungkan dengan puasa 6 Syawal nih. Mudah-mudahan manfaat buat kita mengulangkajinya :)

Assalamualaikum,

JAWAPAN:
Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha' mazhab Syafi'ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha', nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab "al-Asybah wa al-Nazair":

.صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة، والحصول عنهما

Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha' atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha' dan sunat).


(الأشباه والنظائر للإمام السيوطي, الكتاب الأول في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليه. باب ما يترتب على التمييز: الإخلاص)

Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha' dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya "Nihayah al-Muhtaj":

ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد تبعا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرمي وغيرهم، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المرتب على المطلوب لا سيما من فاته رمضان وصام عنه شوالا لأنه لم يصدق عليه المعنى المتقدم،

Maksudnya: Jika seseorang berpuasa di bulan Syawal untuk tujuan qadha' atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa di hari Asyura, maka dia akan dapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli) sebagai susulan (fatwa) dari al-Barizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka. Tetapi tidak akan dapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikan ia di bulan Sy
awal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna yang terawal.



(نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج للشيخ شمس الدين الرملي, كتاب الصيام, باب صوم التطوع, فصل إفراد الجمعة بالصوم)

Menurut fatwa Imam al-Ramli di atas menunjukkan bahawa lebih afdal puasa qadha' dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan puasa yang lengkap lagi sempurna.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qadha' berdasarkan amalan Saidatina Aisyah Radiyallahu 'anha yang melewatkan puasa qadha' beliau pada bulan Sya'ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata:

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: "Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya'ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam."

Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha' dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.

KESIMPULAN

1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan menurut ulama-ulama mazhab Syafi'ie.

2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie tetapi ganjaran atau pahala puasa tidak sempurna, kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.

3) Ramai(majoriti) di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pandapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat.

4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi'iyyah.

Wallahu A'lam

Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Abu Isa AlFadani

Sabtu, 9 Ogos 2014

Analisis Peperiksaan Percubaan UPSR 2014

Cuti dua hari pada hujung minggu ini aku hanya melepak di rumah. Mengemas rumah, mencuci pakaian, dan merehatkan diri menjadi agenda utama. Kesihatan pun masih belum pulih sepenuhnya ekoran minum ais yang melampau pada musim raya tempohari. Demam semakin pulih namun batuk masih menganggu tahap kesihatan aku.


So, masa yang ada ni aku cuba manfaatkan untuk menyiapkan tugasan aku. Dalam minggu ini boleh le aku bentangkan audit akademik bagi keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR yang telah dijalankan sebelum Hari Raya tempohari. 

Nampaknya adalah sedikit peningkatan berbanding peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Alhamdulillah...Namun, usaha untuk memulihkan murid yang lemah akan terus ditingkatkan. Apa yang aku bimbangkan dan rasa bersalah bila murid near miss menguasai itu didapati gagal dalam subjek aku iaitu Matematik. 

Calon yang ramai menyebabkan kami sukar untuk mengawal prestasi dari semasa ke semasa. Guru-guru terus berusaha untuk memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sebaiknya. Mudah-mudahan UPSR yang akan menjelang kira-kira sebulan nanti akan membuahkan keputusan yang baik berbanding tahun-tahun lepas. Amin...

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

5/6/2014 Pemanduan diteruskan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah. Teruja juga aku nak sampai ke sana untuk melihat gelagat-gelagat si belalai. Aku takdelah berhajat untuk mandi bersama gajah-gajah itu, tapi nak menumpang keseronokannya sahaja.

Stiker masuk
Sampai di sana, kami perlu mendaftar dahulu. Isi borang di kaunter. Kemudian kita akan terima stiker masuk.Tiada bayaran dikenakan kecuali jika mahu membuat sumbangan. Pusat ini dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Actually, pusat ini merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan.

Hehehe...inilah peluang keemasan. Kulitnya kasar !
Sampai dilokasi, kelihatannya telah ramai pengunjung yang berada di sana. Kami berjalan masuk. Aku teruja nak mengambil peluang memberi gajah-gajah itu makan. Ada gerai kecil yang menjual makanan gajah di situ. Terdapat pisang, tebu, dan kacang yang dijual mengikut harga tertentu. Erm...nampaknya gajah-gajah itu sudah tidak minat dengan tebu. Dia lebih minat kepada kacang. So, aku pun membeli sebungkus kacang berharga RM5 kalau tak silap.

Menuju ke sungai untuk bermandi manda

Mula-mula agak takut dan geli juga bila belalai gajah itu menyentuh tapak tangan aku. Tapi aku gagahi juga kerana staf di situ beritahu yang belalai gajah takda gigi untuk menggigit. Hehehehe...Betul juga kan...Aku cuba berbual-bual dengan staf di situ tentang aktiviti di tempat itu. Menurutnya, sejak berlaku satu kemalangan pada tahun lepas, pengunjung tidak dibenarkan lagi untuk menaiki gajah. Aktiviti mandi bersama gajah juga telah dibatalkan.

Yeay, seronoknya tengok gajah mandi !
Sejak insiden itu, pengunjung hanya dibenarkan memberi makan, menonton persembahan, dan aktiviti staf memandikan gajah. Puas hati juga dapat melihat gajah dari dekat jika nak dibandingkan di zoo. Boleh sentuh lagi badan si gajah itu.

Gajah tu tak nak makan tebu yang diberi oleh minah Salleh tu. Huhuhu...



Aku hanya sempat rakam gambar ni dicelah-celah pengunjung yang ramai. 

Selepas menonton gajah-gajah dimandikan, kami singgah di cafe untuk membasahkan tekak sebelum bergerak pulang. Destinasi R&R Gombak menjadi destinasi makan dan tempat solat kami. Percutian singkat ini membawa makna buat aku coz inilah percutian pertama tanpa membeli belah !

Sampai Batu Pahat jam 12.00 tengah malam. Alhamdulillah, kami selamat.